Monday, April 26, 2010

Kisah Pembantu Rumah

Kalau cerita pasal pembantu rumah macam-macam kisah ada.Kali ni nak cerita pasal pembantu rumah saya.Selalu saya dengar pasal pembantu rumah kawan-kawan.Selama ini saya berdiam diri sahaja walaupun di mata saya macam-macam tak kena.Suka duduk dalam bilik..tak peduli dengan anak-anak.kalau tak duduk dalam bilik pun akan duduk dekat belakang rumah berborak dengan bibik sebelah..
Tapi setiap manusia tahap kesabaran pun ada tahapnya.Saya tak kisah kalau kerjanya bagus.Anak-anak dia pun layan bagus tapi semuanya terbalik.Buat kerja ala kadar..asal buat sahaja.Anak-anak buat tak tahu sahaja.Bila suami saya tegur dia tidak boleh terima.Memberontak.Saya bersabar lagi tapi sampai satu tahap bila suami saya tegur.Dia hempas kuali dalam sinki.Darah saya terus naik.Bagi pendapat saya kalau tak boleh ditegur jadi boslah.Tak faham betullah dengan orang tak sedar diri ini.
Hari khamis yang lepas saya panggil dia.Saya tegur elok-elok tapi dia tak boleh terima juga.Dia kata nak balik sekarang juga dan terus masuk ke bilik.Sungguh biadap.Saya dahlah tengah tension pasal hendak exam.Maid pulak buat hal.Bertambah-tambahlah tension.Darah ni bila dah naik kepala..faham-faham sahajalah.Terus saya cakap dengan dia.kalau nak balik boleh tapi saya hantar sampai bus stop sahaja.Muka dia terus berubah.Dia ingat saya nak hantar balik Damansara.Minta maaflah.Habiskan minyak kereta sahaja.Bila tengok muka dia berubah saya terus cakap kalau tak nak hantar balai polis.Bertambah-tambah pucat muka dia.Tahu takut.Ingat selama ni saya diam sahaja dia boleh perbodohkan saya.Kali ini saya tak boleh berdiam diri sahaja.
Bila aku habis cakap saya terus turun.Tunggu 10 minit tak turun-turun.Saya suruh husband pergi tengok.Dia kata tak nak balik.Dia nak terus kerja kat rumah saya.Husband saya suruh cakap dengan saya sebab dia kurang ajar dengan saya..Lepas tu bermulalah drama nangis-nangis dan merayu minta maaf.Mula-mula hati saya memang keras.Saya suruh dia kemas baju-baju.Saya nak hantar dia masa itu jugak.Bukan saya yang mintak tapi dia yang mintak nak balik.Lama jugalah sesi menangis-nangis ni..Akhirnya saya terima tapi dengan syarat.Sampai hujung bulan ini sahaja saya bagi peluang.Kalau masih tidak berubah saya tak akan ambil dia sampai bila-bila pun.Setakat ini saya tengok adalah perubahan sikit.Hujung bulan ini saya akan update lagi..

3 comments:

E-na Zarina said...

Salam...singgah baca n3...mcm2 kisah maid ni kan...ada susah xde pun susah...huhuuu

jemput singgah LOVELY KITCHEN ye...:-)

Siti Hajar Masri said...

terima kasih sudi baca..tau x pe..macam2 kisah ada..

Siti Hajar Masri said...

saya dah singgah awak punya LOVELY KITCHEN..siap jadi follower lg..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...