Sunday, April 18, 2010

Menu Makan Malam 17/04/10




Semalam saya terlebih rajin sikit.Teringin nak masak lain dari yang lain.Tengok dalam peti ada siakap.Apa lagi pergi cari resepi siakap.Nak masak stim dah biasa so pilihlah Siakap Sweet Sour..Sedap jugak dan tak susah nak masaknya..Resepi seperti dibawah..Resepi diambil dari blog Kak Liza.

Siakap Sweet Sour

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara:
1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.
Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

Selamat mencuba..hehe~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...