Tuesday, April 20, 2010

Tips Kempiskan Perut


Sejak akhir-akhir badan naik sikit.Aerobik dan joging dah buat tapi still sama gak sebabnya makan ikut suka..hehe~Tapi yang peliknya naik di perut,peha ngan punggung..apa nak buat ni???husband x kisah tapi diri sendiri yang kisah.Yang utama nak kempiskan adalah perut..bila buat aerobik dan joging yang turun kat peha..so mencari tip2 untuk kempiskan perut.kita share pada semua supaya sama-sama boleh kempiskan perut..

Perut boroi dan gendut memang mencacatkan penampilan. Ikuti dan amalkan langkah berikut untuk mendapatkan perut yang cantik berotot:-

i) Minum banyak air kosong. Air mengenyangkan dan menjaga metabolisme badan.

ii) Berhenti minum minuman beralkohol. Alkohol walaupun minuman bebas lemak, namun mengandungi banyak kalori. Ini boleh meningkatkan tahap kortisol di dalam tubuh.

iii) Lakukan gerakan sit up. Senaman ini membantu mengurangkan lemak dan mengempiskan perut.

iv) Berkebun. Berkebun juga merupakan aktiviti fizikal yang ternyata mampu mengurangkan berat badan. Aktiviti ini diyakini dapat membakar lemak 350 kalori sejam.

v) Lakukan gerakan pinggul. Senaman gerakan pinggul dapat membakar kalori sama seperti berkebun.

vi) Amalkan makan banyak buah-buahan dan sayuran. Kdua-dua makanan ini mengandungi serat tinggi. Walaupun anda makan dalam jumlah yang banyak, anda tidak perlu risau terjadinya pertambahan lemak di bahagian perut.

Selamat mencuba pada semua dan diriku juga..

2 comments:

amiszan said...

Tips yg bagus ni..

aizat912 said...

harap bkesan kat org laki jgk.. hehe thanks share

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...