Tuesday, May 4, 2010

Kisah Pembantu Rumah 2

Sambungan pada post yang lepas..Memang dia berubah. Apa yang saya cakap semua dia buat. Rumah adalah perubahan sikit dan jaga anak sepanjang waktu tapi.....
Rupanya ada udang disebalik batu..dia berubah semata-mata nak dapatkan gaji dan aku hantar sampai ke Damansara..ke rumah suaminya. Sungguh tak kusangka..Busuk hatinya.Sebenarnya di sudut hati ini memang kuat mengatakan maid ni memang akan berhenti bila dia cuti. Rupanya memang betul kata hati ni. Aku dah pesan pada suami supaya bagi gaji separuh sahaja tapi suamiku degil. Muka je ganas tapi hati baik sungguh suami aku ni..Katanya dia nak bagi duit tu pada anak dia..Baiknya..
Aku hantar dia pada Jumaat malam dan malam tu juga aku tengok bilik dia. Bilik dia kosong. Tak de langsung barang dia. Memang dah ku jangka. Tapi husband sedapkan hati mengatakan dia akan datang sebab dia cakap nak kerja lagi. Aku berpura-pura percaya tapi sudut hati aku kuat mengatakan dia memang nak berhenti..
Kami balik kampung keesokan harinya..Hati ni runsing sangat sebab fikir nak cari pengasuh. Husband sedapkan hati lagi "bibik akan balik punyalah"...Berpura-pura percaya lagi..hakikatnya hati runsing sangat..
Hari ahad tengahari terima mesej dari maid ...ayat dia..
'' kak,saya minta maaf.saya nak berhenti kerja.tak payah ambil bibik lagi."
Mengikut ayat ni aku tahu sapa yang bagi mesej..mesti suaminya..Aku tak terkejut sangat sebab benda ni memang aku dah jangka..Tapi aku tetap balas mesej tu.Ayat aku pulak..
"x pelah kamu buat saya macam ni,biar Allah saja yang balas.Kamu aniaya saya..ingat satu sahaja..doa orang teraniaya Allah akan makbulkan.."
Ayat makan dalam punya..Tapi aku tetap sedih kenapa sampai hati buat macam ni kat kami.Aku layan dia macam family sendiri..tak pernah anggap dia macam maid.tak pernah marah pun cuma tegur je..Tegur pun secara baik sangat..Sangat tak faham diorang ni..Tak reti bersyukur langsung.Memang aku ambil dia untuk sementara sahaja tetapi kalau nak berhenti tolong bagitahu awal seminggu atau sebulan sebelum berhenti supaya tak menyusahkan aku..Itu yang buatkan aku marah dan geram..
Sekarang ni yang jaga anak aku..Adik aku yang lelaki tu..Muhammad Amirullah..Kelam kabut jugalah dia jaga.Kesian dia..Dia kata anak aku gediklah..macam2lah tapi apapun aku ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab jaga diorang..

3 comments:

~kuyam~ said...

InsyaAllah,doa orang teraniaya Allah akan makbulkan..jgn risau ye kak :)

Siti Hajar Masri said...

Terima kasih..

Mohd Khafiz said...

ko colek akak yg buat air kat sini... ahaks

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...