Thursday, May 20, 2010

Mental Luka

Hari ni aku rasa tak de mood sangat..Pagi-pagi lagi dah kena sergah..sabar jelah..Aduh..sakit tulang belakang aku ni..rasa cam kena tukar kerusi tapi siapakah aku untuk dapat kerusi yang selesa dan mewah..dah namanya ko kuli terima jelah..tukar topik jap..hehe~keje aku hari-hari mengadap kerenah orang..Kadang-kadang pening aku nak layan kerenah orang ni..

Bukti aku duduk kat tempat sahaja..tak ngumpat orang..haha~
Yang aku tak tahan ni adalah mulut-mulut longkang suka bercakap tentang aku..sapa yang terasa nasiblah..cakap aku ni lawalah,bijaklah,pandai bergayalah..ops tersalah plak..sebenarnya kontra dari tu semua..ada yang cakap aku ni suka bawak ceritalah dan menyampaikan apa yang orang cakap,suka ngumpat oranglah,mulut lazerlah..macam-macam lagilah..pening aku dengarnya tapi aku sikit pun tak down bila korang cakap macam tu sebab aku tahu siapa benar siapa salah..Aku rasa orang suka bercakap pasal aku adalah orang yang paling cemburu dan dengki dengan aku..haha~

Cakap pasal aku suka bawak cerita dan suka menyampaikan tu..ada bukti ke??memang tak delah..tapi aku akan menyampaikan bila benda tu akan memberi keburukan..contohnya aku menyampaikan pada orang bila ko mengumpat dan mengata kawan baik aku..salah ke??niat aku baik supaya kawan baik aku jangan berkawan dengan ko lagi sebab ko pandai bermuka-muka walaupun dibelakang ko selalu kutuk dia..Macam aku pun aku suka kalo ko tak suka aku jangan buat baik2 depan aku..kalau tak suka tunjukkan pada orang tu jangan kita berpura2 suka dia..itu namanya tikam belakang wei..

Aku suka ngumpat orang..sapa yang tak suka mengumpat??betul tak??tapi yang peliknya aku ni dahlah keje duduk sorang-sorang..duk ngadap pc ngan kerenah orang..bila masa pulak aku suka mengumpat..mengumpat dengan dinding apa??aku suka berkawan dengan satu group ni sebabnya diorang tak suka mengumpat..suka cerita pasal kehidupan iaitu pasal anak,suami,kereta dan macam-macam lagilah.Dari aku ngumpat baik aku update blog aku..ada faedah ckit..sapa yang suka bawak mulut tu bawak2lah taubat..ko ngata dan ngumpat aku tak pe..banyak pahala aku dapat..korang dapat dosa..haha~dan itu salah satu sebab aku tak ngumpat orang..mana boleh bagi free2 pahala kat korang..
Mulut lazer???aku mulut lazer??pelik..bila masa plak aku jadi mulut lazer sampaikan ada yang terasa hati ngan aku..ntahlah..ada orang tu sampai tak tegur aku berminggu-minggu..katanya aku menyakitkan hati dia..bila masa??lagi pelik..setahu akulah..aku yang banyak terasa hati dengan dia..mulut dia yang lazer..kalau korang2 terasa hati ngan aku..cakap je terus terang..tak payah cerita belakang..tak elok tau..lagi2 kalo pandang belakang..eeeiii takutnya..
kesimpulannya, jangan suka mengata dan mengumpat orang..kalau rasa nak burukkan orang je tolonglah muhasabah diri samada kita ni betul atau tidak..ok..

3 comments:

Mohd Khafiz said...

abaikan jer, update blog lagi best....

Siti Hajar Masri said...

tau x pe..janji ko jadi pembaca setia..hehe~

Ombak Timur said...

mulut manusia mmg cenggitu hajar...kalau kita senang mereka dengki, kalau kita susah mereka keji...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...