Friday, May 7, 2010

Mimpi

Aku tahu mimpi tu mainan tidur tapi mimpi yang aku alami ni membuatkan aku terfikir dan sedih. Aku tak kisah sangat kalau mimpi yang aku alami hanya sekali tapi masuk ni dah kali kedua aku mimpi benda yang sama cuma cara berbeza..


Apa perasaan korang kalau mimpi tu berkaitan dengan kematian??kematian tu adalah orang yang paling kita sayang..Itulah yang aku alami sekarang ni..Mimpi tentang kematian anak aku yang sulung.Bukan sekali tapi dua kali..


Mimpi yang pertama,
Kejadian berlaku di kampung,tiba-tiba Sefia hilang waktu tengah main di laman.Semua orang cari dia.Tak jumpa..Setelah sekian lama mencari rupanya dia terjatuh di lubang dekat kebun dan dah meninggal..Saya bangun dan beristighfar.Bersyukur ke hadrat ilahi..Dia masih hidup..


Mimpi yang kedua,
Kejadian di kampung juga tetapi kali ni pelik sikit sebab kejadian berlaku di rumah lama yang kami dah tak duduk.Sefia hilang juga tapi kami tak cari sebab ingat dia main kat luar..Aku nak mandikan Syamimi dan yang paling mengejutkan Sefia ada dalam kolah mandi (aku tak tahu korang panggil apa..) dan dah meninggal juga.Tapi yang ni paling menyedihkan sebabnya aku nampak dia yang dah tak bernyawa...


Aku tak dapat nak gambarkan perasaan aku walaupun ini hanya mimpi..Ada yang cakap Sefia panjang umur kalau mimpi macam ni..Tapi bila aku cerita dekat mak, mak terdiam..Apa maksudnya???Mak cuma cakap tak de apalah..


Hati aku bertambah runsing apabila aku terpaksa tinggalkan Sefia & Syamimi di kampung sebab adik aku yang jaga diorang kena daftar masuk tingkatan 6..Aku berpura-pura ok apabila Zamri asyik memandang aku sepanjang perjalanan setelah hantar diorang..Hakikatnya hati aku sangat-sangat sedih terpaksa tinggalkan anak di kampung.

2 comments:

AziE said...

Mimpi mainan tido. Banyakkan istigfar pada Allah

Mohd Khafiz said...

kolah = kolam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...