Wednesday, July 21, 2010

Benci Bilang Benci

Beberapa hari ni aku memang hilang mood untuk berblog, nak berfacebook dan macam-macam lagilah..Aku tahu sebab kenapa tapi aku buat-buat tak tahu..Bila aku fikir makin sakit jiwa rasanya..Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan aku..Ye..aku memang tersangat down sekarang ni..

Sesiapa yang tak suka baca entry aku yang emo sikit silalah keluar segera dari blog aku ye..bukan niat aku menghalau tapi aku tak nak korang menyampah baca blog aku yang penuh emosi segala..Niat aku buat blog sebenar-sebenarnya adalah meluahkan apa yang aku rasa jadi jangan menyampah baca blog aku ye..

Kadang-kadang dalam hidup ni kita dah cuba sedaya upaya untuk memberi yang terbaik..Hidupkan cuma sekali aje so aku selalu memastikan apa sahaja yang aku lakukan mesti yang terbaiklah..Cuba menjadi hamba yang terbaik,anak yang terbaik,isteri yang terbaik,mama yang terbaik,menantu yang terbaik,pelajar yang terbaik,pekerja yang terbaik dan seorang kawan yang terbaik.

Tapi aku lupa aku cuma merancang, Allah yang menentukan segalanya..Semua orang impikan hidup yang bahagia dan sempurna..kalau segalanya indah belaka tak seronoklah pulakan..

Aku tak faham sangat-sangat dengan sesetengah perangai manusia, kalau kau tak suka kat seseorang apa salahnya kau cakap je dengan orang tu..Tak perlu kau kutuk orang tu,tak perlu kau buat cerita orang tu,tak perlu kau menghina orang tu,tak perlu kau berpura-pura baik dengan orang tu walhal kau tak suka dia..

Dan orang yang tak disuka adalah aku..Aku lebih suka kau cakap dengan aku yang kau tak suka aku..Aku tak suka kat belakang kau mengata aku,kau kata aku sombong,tak sedar diri,hidup merempat,kau jeling aku tapi kau cerita kat orang aku yang jeling kau..Aku tahu bila kau ngata aku,fitnah aku,aku akan dapat pahala, kau dapat dosa tapi aku tak nak dapat pahala free bila kau ngata aku..Tak nak ok..

Lagi satu perangai manusia yang memang aku tak faham, yakin dan bangga bila menyampaikan fakta dan maklumat segala kepada orang lain walhal dia sendiri pun tak tahu kesahihannya tu..Kesian orang macam nikan..Aku ada kenal seseorang ni, nak kata dia bijak, entahlah..bijaklah kot..Sebab dia dah tua, jadi dia rasa dia orang paling bijak didunia ni..haha~

Tapi dia ni ada masalah jiwa kot..dia terlampau suka bercakap sesuatu yang diluar kebijaksanaan dia dan dia tak boleh terima kalau ada orang nak betulkan kesalahan dia..

Di satu majlis birthday,

Dia : Anak kau bila birthdaynya???

Tuan rumah : Esok..saje buat awal..

Dia : eh..mana boleh buat awal..tahu tak sambut birthday awal nanti pendek umur tau..

Tuan rumah : ye ke??tak pernah dengar pun..

Dia : tulah kau..aku ni segala buku aku pernah baca tau..dalam kitab islam pun ada beritahu..kau tak baca ke??

Tuan rumah : ???????????

Korang rasa dia ni psiko tak??Aku nak gelak dengar dia cakap.Aku nak bacalah buku yang ada fakta macam dia cakap..Ada ke??First time aku dengar..Itulah yang aku cakap tadi..Dia ni psiko..Cakap ikut suka hati dia je..kalau dia cakap semuanya betul aje..Aku memang tak boleh betulkan dia sebab pendapat yang dia bagi sebenarnya dari perspektif pandangan dia bukannya fakta..kadang-kadang aku rasa dia ni badut yang berada di satu majlis yang boleh membuatkan orang sekeliling ketawakan dia..

Masalah dia yang kedua pulak dia suka bercakap yang dia ni kaya..Dapat projek berjuta-juta tapi sebenarnya dia cuma dapat projek dalam 20 ribu paling tinggi..berjuta-juta tu tak pernahlah..Aku bukan jealous dia kaya tapi dia cakap sahaja dia kaya tapi sebenarnya berhutang sekeliling pinggang..Peguam sana sini cari dia..Lagi satu yang membuat aku tak puas hati dengan dia kerana dia suka bercerita dengan semua orang yang rumah aku,kereta aku,harta aku dia yang bagi duit..Bila masa kau bagi duit kat aku??Sekali lagi aku rasa dia ni psiko..Agaknyalahkan..Segala barang-barang kat dunia ni dia punya kot..haha~Memang ada masalah jiwa orang ni..

Kesimpulannya,kalau rasa benci bilang benci jangan kau jadi hipokrit..Ok..Aku nak buat pengakuan memang aku tak suka dengan kau dengan kau..yang hipokrit dan suka kata harta aku harta kau..Bukan setakat tak suka tapi benci yang sangat..Sekurangnya aku tak hipokrit macam korang berdua..Depan baik tapi belakang jadi hantu jembalang..

P/S : Entry ni bukan nak perli siapa-siapa tapi hanya luahan hati aku pada 2 orang yang aku kenal yang membuatkan aku sakit jiwa sekali..tapi korang silap aku down sekejap aje dan aku akan bangun semula untuk buktikan pada korang yang aku akan berjaya lebih dari korang..Bukan sekadar cakap kosong tapi fakta dan bukti sekali..

5 comments:

Tasbih Alam said...

Salam ziarah dah salam ukhuwah.. Moga kunjungan ini dapat mengeratkan ukhuwah sesama kita sebagai seorang blogger.. Insya Allah...

Hamzah Ian said...

ha'ah.. aku mmg benci hipokrit..

MENTARI_KABUS_PAGI said...

salam ukhwah...
ucapkan syukur (alhamdulillah)...tatkala, tak semua org dpt nikmat hati yg dpt bezakan yg mana baik, yg mana buruk ^^

nuraitul said...

hush..marah beni rsenye nie..sabo ye..sabo..btw..klaka jgak ek mitos yg bru awk cite kt ats tue..tringin gak nak thu sources mne dia bca..tlg tnya kn blh tak.. :D

Hajar said...

Hamzah : sy sgt2 benci hipokrit..
Mentari : betul tu..tak semua dikurniakan hati baik..
nuraitul : x marah tapi geram je..hehe~nnti sy tlg tanya tp jwpn dia mesti yg pelik2..betul tak??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...