Wednesday, July 7, 2010

The Book Of Eli


Aku baru tengok cerita ni..Cerita ni pada mulanya aku macam tak berminat nak tengok tapi ada kawan aku yang kuat agama suruh tengok cerita ni..Dia kata banyak sangat pengajaran yang boleh dapat dari cerita ni..

Cerita ni diarahkan oleh Hughes Brothers..Bila aku dah tengok baru aku faham maksud kawan aku ni..Cerita ni berkisahkan seorang lelaki bernama Eli mengembara untuk bawa buku yang terakhir iaitu bible dekat tempat yang selamat di barat United State..kalau dalam bahasa agama Islam lebih kurang macam dia ni dapat wahyulah untuk menyelamatkan kitab yang terakhir dan dibawa ditempat yang selamat..Dalam perjalanan dia untuk ke Barat macam-macam dugaan yang dihadapi sebab ramai orang yang mencari buku tersebut..Walaupun dia kena tembak dan buku tersebut kena rampas Eli gagahkan juga untuk ke Barat..

Perampas buku tu sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan buku tu dan ramai yang terkorban..Tapi bila dia cuba buka buku tu hanyalah helaian kosong..Maknanya dengan niat dia untuk mendapatkan buku tu cara yang salah..Buku tersebut tidak mengeluarkan apa-apa ayat pun..

Bila Eli sampai ke tempat yang selamat, rupanya dia hafal segala yang ada di dalam buku tersebut..Dia pun baca dan ada seorang rekodkan apa sahaja yang dibaca oleh Eli.Bila buku tersebut habis dibacakan dan telah dibukukan Eli pun mati..

Sedih gak tengok cerita ni..Dia sanggup buat apa sahaja demi untuk menyampaikan kitab bible yang terakhir..Bagi aku cerita ni memang banyak pengajarannya..Eli sanggup bergadai nyawa untuk menyampaikan kitab dia..kita sebagai umat Islam untuk mendirikan solat 5 waktu sehari pun bukan main liat lagi..Bukannya susah pun..Tak mati pun kalau sembahyang tapi itulah yang umat Islam hadapi sekarang ini..Bukan nak kata aku ni baik sangat.Cerita ni banyak menyedarkan aku yang kadang-kadang aku pun lalai juga.


So,jom ramai-ramai tengok cerita ni..Cerita ni dah tak ada dekat wayang..kena cari cdlah..hehe~Tengok cerita ni dan renungkan dia punya pengajaran ok..Lepas tu renung-renungkan dan selamat beramal..hehe~

7 comments:

MyCerita! said...

Menarik..
aku dh tengok citer ni..

Itu bukan kitab yang kosong, tp kitab dengan tulisan khas untuk orang buta. (moral of the story sebenarrnye adalah walaupun anda buta, anda tetap mendapat NUR jika berpegang pada kitab(ajaran agama) tersebut.)

Citer agak bahaya kalo tak faham betol2..

Eli = Tuhan atau Paderi tertinggi dalam bahasa Hebrew.

Kita kena tahu gak kenapa dia ke Barat, kenapa tak ke timur? Journey to the west.. haha


Tak pelik dia dpt hafal kalo tiap2 hari bace dlm mase 30tahun..hohoho..

anyway, soundtrack menarik, ala futuristik gitu.. ehehe:D

aanz said...

ermhh..
betul tu..
kita ni kebanyakannya islam pada nama je..
tapi jiwa tak sepenuhnya islam..
kdg2 pandang hukum agama tu remeh je..
inikan pulak nak berjuang utk selamatkan n tegakkan agama sndiri..mmg x ramai yg mcmtu..
thx 4 sharing...
btw, follow u..
keep updating okehh

Hajar said...

mycerita: sy tgk cerita ni br sekali dan byk pula gangguan..memg kena fhm betul2..sy cerita berdasarkn pemahaman saya..hehe~

aanz: terima kasih follow sy..dh follow awk blk..hehe~

suhaisweet said...

Nice..My very da very latest.. Bahaya!

din3187.com said...

yup..memang bez citer nie..saya suka aksi dia lawan ramai2..tangkas dan cepat.. (^_^)

hudhud said...

i dah tgk movie ni. terbaik. :D

Aidi-Safuan said...

la, awat dier tak potostat banyak2 buku tu? rajin plak nak bawak sebijik buku tu. :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...