Monday, July 19, 2010

Malam Minggu Yang Meletihkan

Memang malam minggu yang meletihkan..Mana taknya kami berjalan-jalan tak ingat dunia..Mula-mula pergi Subang Jaya..makan kat restoran Salero Negori sebab Zamri tak pernah makan kat situ..Dengar aku cerita je..Zamri kata memang sedap dan dia makan bertambah-tambah..

Lepas tu kitorang pergi I-City kat Seksyen 7..Ramai promote tempat ni..Katanya best..Banyak lampu..Aku memang suka tempat banyak lampu tapi sampai sana jalan jem teruk sangat..Mood aku waktu tu dah kurang sikit sebab jalan jem..tension pun ada(walaupun bukan aku yang bawa kereta)haha~Bila dah dapat parking semua mood aku bertambah kurang sebabnya orang terlampau ramai sangat..Aku tak suka tempat yang terlalu ramai manusia..Nak ambil gambar pun susah..So,tak sampai 15 minit aku dah gerak nak balik..Sempat ambil gambar sikit je..

Aku tak boleh tengok lampu ni lama-lama sebab aku ada masalah silau..

Posing jap sebelum balik..

Tengoklah nak bergambar pun tak senang..Ramai sangat..


Lepas tu, kami pergi ke Serdang pula..Zamri nak tengok driftlah pulak..Actually waktu tu mata aku dah tak boleh nak buka..Aku membebel gak pada Zamri sebab aku dah tak larat..Puteri-puteri tu pun dah tidur tapi Zamri still nak pergi juga..Masuk kena bayar RM5.00 je..Anak-anak tak dikenakan bayaran..Tapi sekali diorang dah start buat drift mata aku terus segar..Anak dara tu pun mata segar jugak walaupun diorang terkejut..Memang bestlah tengok drift ni..Puas hati sebab bayarannya pun berpatutan..Sapa-sapa nak tengok bolehlah ke Serdang..Dekat dalam Mardi diorang buat..Setiap sabtu pukul 6.00 petang sampai 2.00 pagi..Anak dara tu pun seronok sangat..Anak orang lain mungkin dah mengamuk tapi anak aku ok je..Memang boleh bawak majlis..haha~Jom tengok gambar tapi gambar tak banyak sebab bateri kamera dah kong..










P/S : Memang malam minggu yang memenatkan tapi sangat-sangat seronok sebab dah lama kami tak keluar malam minggu sejak aku mula belajar..

4 comments:

jfook said...

I wanna go to I-city. :P

Thristhan said...

I-city is cool, very unique.

Mohamad Nur Hidayat said...

nak g gak...macam best je

Hajar said...

jfook : pergilah..
thristhan : yes..very cool & unique..
Hidayat: pergilah..best tp make sure jgn pergi malam minggu..sgt2 jem..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...