Tuesday, July 6, 2010

Membawa Diri

Pagi tadi tengah drive layan hot fm..Topik hari ni pasal membawa diri..Ada seseorang yang hantar emel mengatakan dia membawa diri disebabkan perselisihan faham dengan family..Tapi aku nak cerita pasal satu caller ni yang dia tidak menyalahkan si anak..dan aku pun setuju.Caller ni cerita pasal ayah dia yang membeza-bezakan anak-anak..Kalau yang dia sayang lebih macam-macam dibagi tapi kalau yang kurang dia sayang kuranglah dia memberi kasih sayang dan perhatian..Dia kalau boleh memang nak membawa diri tapi bila memikirkan syurga dan neraka yang menggerunkan itu tiadalah dia membawa diri..Hanya memendam rasa..

Aku faham sangat apa yang dialami oleh caller tu sebab aku pun mengalami situasi yang sama cuma aku tak adalah parent yang bercerai-barai..Pernah korang alami mak korang sayang anak yang sulung lebih sikit daripada yang lain..Itulah yang aku alami..Aku pernah dengar ceramah ibu bapa tidak boleh membezakan2 kasih sayang pada anak-anak..Kena sama rata..Dan Ustaz tu siap cakap ibu bapa yang membeza-bezakan anak-anak mereka tergolong dalam ahli-ahli neraka..Aku rasa ramai ibu bapa perlu dengar ceramah yang macam itu..

Pada dasarnya memang aku macam tak kisah tapi aku pun macam manusia biasa juga..Ada hati dan perasaan..Korang tak sedih ke bila anak kakak korang mak korang mandikan,pakaikan baju dan sebagainya tapi anak korang dia tak kisah pun..Aku mengaku aku memang pernah lukakan hati mak dan abah aku.Dan aku sangat menyesal..Dan aku sanggup buat apa sahaja untuk mereka..Pergi kemana sahaja..Habis duit beribu riban..sikit pun aku tak kisah tapi yang aku sedih anak yang mak aku puja dan sayang lebih itulah yang selalu berkira dengan mak aku..Itu yang membuat aku terkilan..Sepatutnya aku orang paling gembira bila dia buat macam tu tapi aku makin sedih adalah..

Bila aku ada pengalaman sendiri dibezakan-bezakan..aku tidak akan buat pada anak-anak aku..Bila cium aku tak akan cium kakak tapi aku akan cium adik sekali..Bila beli barang aku akan beli dua..Bila adik mintak dukung aku akan dukung adik dan kakak sekali sebab aku tak nak anak aku rasa apa yang aku rasa..Perasaan tu pedih sekali bila orang yang kita sayang sanggup membeza-bezakan kita..So,pesan aku pada ibu bapa yang lain janganlah kita membezakan-bezakan anak-anak kita..Beri perhatian dan kasih sayang yang sama rata..Dan kalau boleh pada yang bergelar anak janganlah bawa diri jauh dari mak ayah bila ada perselisihan faham dengan mereka..Diorang lebih tua dari kita..Tak kiralah apa yang dilakukan oleh mereka kita perlu terima sebagai dugaan hidup..Lagipun syurgakan dibawah tapak kaki ibu..Senang cerita buat bodoh jelah apa yang dibuatnya..Mungkin Allah nak uji kita je..

2 comments:

AziE said...

Kadang2 cara parents berfikir adalah kompleks. Abaikan saja la Hajar.

Hajar said...

Sekarang kita buat bodoh je kak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...