Tuesday, August 10, 2010

Cara Aku Hilangkan Tension

Bila dah masuk sem baru je..Hidup Siti Hajar diselubungi dengan tension..Mana taknya banyaknya assignment..Dengan kerja lagi, anak lagi, suami lagi..So,tired ok..Mesti ada yang cakap sapa suruh kahwin awal..Dulu suruh belajar sibuk nak kahwin..Tahu dah..haha~tapi setiap kali aku tension aku boleh hadapi dengan tenang sekali..Nak tahu macam mana??

1. Tidur.
Aku suka tidur sebab akukan sleeping beauty versi moden punya..haha~Benganglah tu..Ye,memang itulah perkara pertama yang aku lakukan bila aku tension..Bagi aku tidurlah terapi yang paling bagus aku hilangkan tension..Orang lain aku tak tahu..Lain orang lain caranya..

2. Nangis
Aku tak kisah digelar 'ciwek' sebab aku suka nangis bila aku tension..Kalo ko suka ngata aku, nak tak tolong aku buat assignment..Tak nakkan so diam..Biar aku nangis dulu..hehe~So,lepas ni sapa nampak aku nangis maknanya aku tensionlah tu..

3. Sentiasa senyum dan sentiasa buat orang lain gembira
Sentiasalah senyum walaupun dalam hati korang macam ni %^&**^()$#@^&!!!&^%$#..Dan bila aku tension aku akan buat lawak atau bercerita perkara-perkara lucu supaya orang lain akan tergelak-gelak..Dengan tengok orang gembira hilanglah segala kekusutan aku memikirkan masalah sahaja..

4. Berangan
Kadang-kadang bila aku terlalu memikirkan masalah aku tak boleh tidur..Mana taknya tak boleh tidur sebab dah terlebih tidur..haha~Bila rasa-rasa tak boleh tidur aku suka berangan..Paling aku suka berangan jadi orang kaya..Aku akan berangan seronoknya aku shopping macam2 barang..kasut dan beg sama dengan colour baju..Alangkah seronoknya kalau menjadi kenyataan..Nak ngata aku mata duitanlah tu..Tak kisah pun..

5. Beristighfar & Berdoa
Banyak-banyakkanlah beristighfar bila korang tengah tension..InsyaAllah hati korang akan tenang..Aku selalu berdoa supaya Allah permudahkanlah segala yang aku lakukan dan alhamdulillah aku boleh hadapi segalanya dengan tenang..
Itu jelah cara-cara yang aku amalkan bila aku ngah tension..yang paling penting jangan mudah putus asa..Aku akan ingat kata-kata seorang lecturer aku sampai bila-bila..

"Jangan rasa rendah diri walaupun kamu ada SPM..Tak semestinya kamu tidak boleh berjaya..Setiap orang berjaya semuanya bermula dari bawah jadi jangan mudah putus asa..Mungkin satu hari nanti saya akan berjumpa semula dengan kamu ketika itu kamu sudah menjadi orang yang terbilang dan gemilang..Kita tak tahu masa hadapan jadi jangan mudah putus asa dan teruskan belajar hingga berjaya"

2 comments:

cik kumbang said...

eh2..smala mcm cik kumbang...tapi tambah lagi satu..nyayi sepuas2nya..hehehe

KELISA DURI said...

bodohccdgvrcd
defr

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...