Sunday, August 8, 2010

Senyum Itukan Satu Sedekah


Senyum itu tanda mesra, senyum itu tanda kasih sayang, senyumlah sedekah yang paling mudah tapi sayang ada juga manusia yang tak suka senyum..Mungkin gigi tak de..Tak tahulah..Tapi senyum bukannya nampak gigi.Betul tak??

Itulah yang aku hadapi bila aku pergi satu kaunter ni..Aku tak nak cakap kaunter apa..Karang aku kena saman..haha~Tak kira siapa yang datang sikit pun dia tidak memberi senyuman..Minta maaf aku nak kutuk sikit..Muka dia memang tak manis..Tapi aku rasa kalau dia senyum mesti muka dia nampak manis macam aku..(perasannya).

Aku juga bekerja di bahagian kaunter..Bagi aku senyumlah benda pertama yang kita sambut pada tetamu yang datang..Lagipun senyum itukan satu sedekah..Aku memang suka senyum..Dulu mula-mula kahwin, aku dengan Zamri makan kat satu kedai mamak..Ada seorang pakcik ni senyum kat aku dan aku pun balas..

Zamri tanya : kenal ke ngan pakcik tu??
aku : tak kenal..
Zamri : habis tu kenapa senyum ngan pakcik tu??
aku : senyum tu kan satu sedekah..

Lagipun tak rugi pun senyum..Betul tak??Bukannya kena bayar pun..So, pada yang kerja bahagian kaunter tak kisahlah cashier,customer service atau apa-apa sahaja..Senyuman anda penyejuk hati para customer..

2 comments:

Mknace said...

^_^ sangat bersetuju.. senyum itu satu sedekah

ku_Merpati said...

senyuman lahir dari hati..lalala...(nyanyi entah apa2...)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...