Tuesday, August 24, 2010

Shopping Raya

Orang lain sibuk shopping raya baju,kasut,langsir tapi aku sibuk mencari tv baru..Segala keperluan raya semuanya dah siap..Dari bulan 5 aku dah shopping raya sebab aku suka prepare awal-awal..Manalah tahu time nak raya nanti tak cukup duit plak..hehe~Sebab time raya aku nak spend duit untuk berjalan je..Semua barang aku dah beli kecuali kasut je aku tak beli lagi sebabnya belum raya lagi aku dah pakai nanti..Akukan suka melaram..

Berbalik pada cerita beli tv ni bukan aku sengaja nak beli tv baru..kononnya untuk raya..tidaklah..Aku beli sebab keperluan ye..Tv umah aku dah rosak..Bukan rosak apa colour dia keluar colour hijau je..Naik juling mata aku tengok tv..Aku ni dahlah rabun jauh ngan silau..Lama2 aku tengok tv tu tak lama lagi aku rabun warna gak..haha~

Setakat ni aku belum beli lagi..Aku ngah usha harga sebabnya aku nak beli cash..Menangis orang lain dengar aku beli tv cash ko..Ada aku kisah??First sekali, aku pergi sen heng..Aku member kat sana so nak tengok ada tak promosi untuk member..Memang ada tapi macam yang aku cakaplah..Usha dulu..

Then, aku pergi ke courth mammoth plak..Katanya beli tv dapat free tv satu gak..Seronok dengar tapi bila aku cakap nak beli cash..Terus diorang kempen buat installment..Aku dengar gak tapi mahal siot interest dia..Harga tv aku nak beli dalam RM2,399.00..Lepas tu dia bagi masa installment dalam 5 tahun..Nak tahu berapa harga aku bayar untuk installment 5 tahun??Sebulan kena bayar RM137.00 (mahal ko) dan jumlah hutang aku RM8,000 lebih..Korang kiralah berapa banyak dia untung..Aku rasa kalau duit RM8,000 ni penuh rumah aku ngan tv..haha~

So, cancel ambil kat courth mammoth..Kitorang nak pergi tempat lain pulak tapi keluar je dah nak pukul 10.00 malam..Anak dara pun dah letih..Lainkali plak cari kat tempat lain..Kitorang tak nak gelojoh main beli je..Kalau boleh nak puas hati..Sementara ni tengok tv hijaulah ye..Bila tengok Shamsul @ Bazaar Ramadhan especially kalau dia fokus pada mee aku rasa cam tengok cacing plak..Tapi tak pelah sabar je dulu..Jom tengok gambar semasa usha tv..

Anak dara 2 orang melepak sambil tunggu papanya pilih tv..

Zamri berkenan yang atas tu..Aku pun..hehe~

kakak nak duduk atas meja..Tahu kenapa??


Sebab nak tengok cerita upin & ipin..Siap suruh salesman tu pasang sound kuat sikit..

P/S : Nanti aku update tv apa yang kami beli..tunggu..hehe~



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...