Wednesday, September 22, 2010

Aku Dapat Duit Raya

Aku tak sangka dapat duit raya sebabnya aku ni dah kerja,dah kawin pulak tu dan ada anak lagi tapi aku still dapat duit raya..Alangkah seronoknya..Seronok yang tak terkata..Dah lama tak dapat duit raya..Duit raya dari Zamri tu dah biasa..Yang ni luar biasa sikit sebabnya dah bertahun aku tak dapat duit raya..



Banyak nilah aku dapat..Semua yang aku dapat beraya dirumah pakcik aku..Yang sepuluh ringgit dari pakcik sebelah mak..Yang lima ringgit dapat dari rumah pakcik sebelah abah pula..Diorang tahu aku dah kahwin tapi still nak bagi jugak..Itu yang membuat aku teruja kejap..Asyik aku je bagi duit raya apa salahnya orang bagi aku pulak..Walaupun aku dah kahwin dan keje tapi aku still student apa..haha~

Aku masih teruja dan seronok sangat sampai sekarang dapat duit raya..

1 comment:

Solihin Zubir said...

budak2 zaman skrg :
kitor xnak masuk dah.. kitorg nak wet raye je.. hehe.. hadoii..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...