Saturday, September 4, 2010

Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim

Sorry lambat sikit entry ni..Ada masalah sikit bila aku nak upload gambar..Mungkin fail gambar aku besar tu yang susah sikit..Office aku ada buat majlis berbuka puasa dengan anak yatim..Seronok sangat sebab aku tak pernah berbuka puasa dengan anak yatim..Anak-anak yatim ni semua peramah..Aku dah interview semua..Tahu jelah Hajar..Semua benda nak tanya..


Tapi bila dah tanya sedih pulak aku dengar cerita diorang..Ada yang mak saudara yang hantar diorang dekat rumah anak yatim..Sedih aku dengar..Aku cuma boleh cakap dengan diorang mungkin mak saudara diorang tak mampu sebab tu dia hantar..Itu je aku boleh cakap..

Bergambar bersama anak yatim..Banyak gambar aku tak ada sebenarnya sebab aku yang tukang ambil gambar..Aku dahlah gila bergambar tapi tak ada orang ambil gambar aku..Tu yang aku suka kalau Zamri yang pegang kamera mesti banyak gambar aku..

Anak-anak yatim buat persembahan nasyid..Sedap suara diorang..Lagu yang diorang nasyidkan pun sedih je kalau kita hayati betul-betul..

Lepas tu acara yang aku nanti-nantikan iaitu makan nasi briyani..Nasi briyani ni special sebab makan dalam talam..Sedap betul nasi briyani ni..Kambing dia tak bau langsung..Memang sedaplah..Siapa yang tak join makan-makan ni memang rugilah..

Bila korang tengok talam yang dah licin ni mesti korang boleh agaklah betapa sedapnya..Nak tahu tak talam yang kat atas ni makan berapa orang??Tekalah..Mesti korang tak sangkalah..Talam kat atas tu yang makan hanya 3 orang sahaja..Itupun tak cukup curi nasi orang sebelah..haha~


Apapun memang seronok dapat join majlis macam ni..Harap-harap lepas ni office aku buat lagi macam ni..Kalau korang nak derma atau sebagainya pada Rumah Amal Limpahan Kasih ni boleh ke website dia kat sini..RALK ni dekat juga kat rumah aku..Dekat puchong..Kalau korang nak tempah baju kat RALK ni pun boleh gak..Sambil tu boleh membantu..Beli pokok bunga-bunga pun ada juga..Diorang ada nurseri kat situ..So,apa lagi jom kita bantu diorang..Aku rasa lepas ni aku nak try tempah baju kat diorang..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...