Monday, September 6, 2010

Kesian Mak & Abah Aku..

Weekend tadi aku balik rumah mak & abah aku kat Sekinchan..Berbuka puasa bersama mereka sebab tahun ni turn raya rumah mertua..Bila aku balik macam-macam cerita aku dengar.First sekali, mak ngan abah aku beli langsir..Banyak plak tu..Tak silap aku dekat 20 meter..Tapi langsir tu hilang lepas beli..Ceritanya macam ni..Lepas beli langsir mak ngan abah aku letak dalam bakul motor sebab nak pergi market yang agak jauh cikit tapi nak jalan kaki je..Senang kononnya..Tapi bila balik je dari market langsir mak & abah yang baru beli hilang..

Dugaan mak & abah aku kata..Mak & abah redha je dengan kehilangan langsir tersebut tapi bila dia tanya dekat kawasan tu memang selalu barang hilang bila letak dalam bakul motor..Tak kira apa bendalah mesti hilang..Semua orang tak report sebab rasa benda kecil..Tapi bagi aku kalau dah semua orang kena itu bukan benda kecil lagi tu..Aku rasa kena report gak..

Kisah kedua pulak adik aku yang baru tingkatan 1 kerja kononnya nak kurangkan beban mak & abah..Tapi orang tu langsung tak bayar gaji dia..Dekat RM 200 gaklah..Dia baru nak berangan nak beli baju ngan seluar..Sedih pulak aku dengar so hari ahad semalam aku bawa dia pergi beli baju ngan seluar..Barulah dapat tengok dia senyum sikit..

Macam-macam dugaan yang mak & abah aku tapi mak & abah aku redha setakat langsir dengan adik aku yang gajinya tak bayar berbanding dugaan yang jiran kampung kami hadapi kehilangan anak yang baru berusia setahun dua bulan kerana lemas dalam parit..Kecuaian juga kerana maknya tertidur dan kakaknya keluar rumah tak tutup pintu..Betul jugak apa yang mak aku cakap orang lain lagi hebat dugaannya..Dugaan bulan Ramadhan..Aku harap jiran kampung kami tu tabah hadapi dugaan ni..

3 comments:

mizzura said...

setiap dugaan datang dari allah mengikut level ketabahan masing-masing..sentiasa redha dengan ujiannya..smile :-)

Siti Hajar Masri said...

tq mizzura..tulah redha je..ada orang lebih susah dari kita..:-)

Anonymous said...

ank sape maksu..??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...