Monday, September 6, 2010

Menjelang Hari Raya

Inilah suasana menjelang hari raya di kampung aku..Hati aku sebenarnya ada kat kampung aku walaupun badan aku ada kat office sekarang ni..Aku nak tolong mak aku goreng rempeyek..Nak balik2..Boleh tak bos??Boleh tapi cuti terus tak payah datang lagi..haha~Mesti bos aku cakap macam tu..Bila nak raya macam-macam kena buatkan..

First sekali mesti aku nak bawa kakak & adik potong rambut..Kedai ni je aku berkenan nak potong rambut diorang..Kedai lain aku dah reject..Walaupun jauh sanggup aku pergi..Tak adalah jauh sebenarnya..Kat kampung aku juga..

Comel je bila kakak & adik potong rambut..Diorang dah biasa sebab tu tak nangis..Mula-mula dulu jelah diorang nangis..Tapi yang adik tak mahu duduk diam bila amoi tu potong rambut dia..Adik sibuk nak tengok aku,nak tengok kakak dia..Sampaikan aku terpaksa duduk depan dia supaya dia tengok aku je..

Lepas tu, balik je dari kedai beli barang semua bermulalah tugas-tugas semua..Mak aku macam biasa goreng rempeyek..Tiap-tiap tahun wajib ada..Mak aku punya rempeyek the best in Sekinchanlah..

Inilah rempeyek mak aku buat..tak guna acuan langsung..Memang sodap..Kalau tak percaya datanglah rumah mak aku kat Sekinchan ye..

Orang kuat untuk segala aktiviti-aktiviti menjelang hari raya..Abah akulah..Cerewet orangnya walaupun dia baik orangnya..Bab makananlah dia cerewet..Abah aku tak makan daging..Tak kiralah daging apa..Yang berkaki empat je..Ayam dia makan..Bila mak aku masak daging dia suruh buang minyak yang mak aku guna untuk masak daging..Itulah abah aku tapi aku tetap sayang dia..

Macam nilah suasana nak sambut hari raya..Masing-masing sibuk..Aku sibuk potong ubi nak buat kerepek ubi..Ada yang tengah nak buat kayu untuk pelita..Ada yang sibuk nak pergi kedai cari bahan-bahan yang terkurang..Ada yang sibuk nak siapkan juadah buka puasa..Ada yang sibuk nak makan..Anak akulah tu..

Setelah semua keletihan dan waktu berbuka pun dah masuk..Apa lagi makan tapi kali ni special sikit..Mak aku masak nasi ambeng..Nasi ambeng ni orang jawa yang selalu buat..Sedap ko..Abaikan meenya yang hitam tu sebabnya kakak aku terlebih bubuh kicap..Bercakap je waktu masak mana taknya..Walaupun mee tu hitam tapi rasanya sangat sedap..Hitam itu menawan..

2 comments:

Yani said...

selamat hr raya! ;D

Hajar said...

selamat hari raya juga pada awak yani..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...