Wednesday, September 22, 2010

Open House Rumah Atuk..

Entry raya lagi..Actually open house atuk aku hari raya ketiga..Dah lama sebenarnya tapi aku dok kepam je gambarnya..Sebenarnya nak upload lambat..Tahukan broadband aku buat hal..So, satu hari aku masukkan 2 gambar jadi lambatlah nak post entry ni..hehe~Open house rumah atuk memang tradisi setiap tahun..Cuma raya keberapa ikut persetujuan ramai..Tujuan open house rumah atuk ni sebenarnya nak kumpulkan adik-beradik atuk aku..

Memang ramai..mana taknya anak-anak,cucu-cucu dan cicit-cicit atuk aku dah ramai..Apatah lagi adik-beradik atuk aku yang lain..Yang datang silih berganti so tak adalah penat sangat..Kami tak panggil catering cuma masak beramai-ramai..Bak kata orang jawa rewanglah senang..hehe~

Apalagi jom tengok gambar-gambar semasa kejadian..


Aku suka gambar ni sebab abah aku ngan aku..Susah nak amik gambar abah aku..Gambar ni menceritakan 'like father like daughter'..hehe~

Siap ada dj..Dj ni sepupu abah aku maknanya pakcik akulahkan..Yang dua orang tu import punya..Tak kenal pun..

Inilah family aku..Ramai tak?ni baru 2 orang yang kahwin..Adik beradik aku semuanya 9 orang..

Yang ni pulak family aku ngan adik-beradik abah aku..Banyak yang tak ada dalam gambar ni..Aku pun tak ada dalam gambar ni sebab anak aku buat perangai..Masing-masing dah penat..

Bergambar bersama keluarga-keluarga yang datang..Aku yang jadi camerawoman sebab cameraman pergi pekan jap cari battery kereta..Time majlis macam nilah keta aku nak wat hal..Batery kong sangat..Nak jumper pun tak mahu hidup..

Kitorang yang sedondon..

Sepupu-sepupu aku..Cun tak??

Bergambar lagi bersama keluarga yang jauh-jauh datang..

Inilah orang kuat majlis open house atuk aku..Gambar ni menceritakan "kopak lagi duit aku tahun ni"haha~Gurau jer..Dialah sponsor makanan dan pinggan mangkuk segala..Lemang yang dia order memang best gaklah..Mana tak sedapnya ye..Benda free..


Ok.Cukup sampai sini saja..Aku malas nak membebel banyak-banyak..Bukan ada yang nak baca pun..hehe~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...