Wednesday, September 29, 2010

Pastikan Taska Berdaftar..

Baru-baru ni kita semua ada dengar dan baca pasal kes baby tercekik susu tu kan..Yang kedua kes tu tak silap aku taska yang dia hantar baby dia rupanya tak berdaftar dan tak berlesen..

So, kat sini aku nak nasihat pada semua ibu bapa yang nak hantar dan dah hantar anak kat taska periksa dulu samada taska tu berdaftar atau tidak..Pada yang dah hantar mungkin korang boleh check juga..tak lambat lagi rasanya sebelum apa-apa berlaku..

Korang boleh check dekat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia samada taska tu berdaftar atau tidak..Alhamdulilah sebelum aku hantar Sefia & Syamimi aku check dulu samada taska tu berdaftar atau tidak..Dan taska tu aku rasa sangat ok sebabnya ada lebih dari 5 penjaga yang jaga 20 orang budak..

Dekat area rumah aku berlambak taska tau tapi yang berdaftar hanya 1 taska dan kat situlah aku hantar Sefia & Syamimi..Dan anak dara 2 orang tu pun bukan main seronok pergi taska..Cuti pun kalau boleh nak pergi taska..

Pada Ibu bapa yang bakal hantar anak ke taska check dulu samada taska tu berdaftar dan berlesen ye..Dan kalau nak buat aduan pasal taska tu boleh juga dekat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia..

2 comments:

Solihin Zubir said...

uiiii.. bahaya btoi tercekik...

Siti Hajar Masri said...

iye..memang bahaya so check dulu sebelum terlambat..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...