Monday, September 27, 2010

Rendang Ayam Pertama Hajar..



Semalam aku masak rendang ayam..First time masak rendang sebenarnya..Teringin nak buat rendang ni dah lama sebenarnya tapi disebabkan kemalasan melanda diri aku ni dan kesibukan aku kononnya maka tergendala nak masak..

Aku gigihkan juga masak rendang sebelum aku pergi kelas semalam..Sebenarnya aku takut nak rasa aku masak ni..First timelah katakan tapi bila Zamri cuba dia kata sedap..Aku pun lega..Tak sangka aku masak rendang jadi..hehe~

Rendang tu kami makan dengan lemang..Aku dapat lemang bukan main senang lagi sebabnya jiran aku memang jual lemang so order je kat dia..Nak berapa cakap aje tapi aku beli satu je..Sekali tak cukuplah..Nasib baik aku ada buat nasi impit..

Hari ni bawak kat ofis sebab makan kat rumah tak abis..Diorang semua cakap rendang aku sedap..Seronoknya..Next time boleh buat lagi ni..Tak payah harap mak aje..hehe~

Siapa nak rasa aku punya rendang datang rumah aku tahun depanlah..haha~Tunggu aku buat open house ye..Tahun ni memang aku tak buat sebab weekend aku dipenuhi dengan kelas..Tapi kalau ada request dari ibu yang mengandung aku buat..Kalau yang mengandung lemak sorry ye..

2 comments:

Kancilbiru said...

wah wah...nanti nak p jalan umah hajar la...hehehe boleh? bak sini alamat...:P

Hajar said...

terima kasih akak..boleh aje..kat puchong je..hehe~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...