Monday, September 13, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Rasanya tak lambatkan aku nak ucapkan Selamat Hari raya pada semua..Tak sempat aku nak buat entry pasal ucapan raya ni sebab busy sangat..Biasalah tu nak raya..Kononnya aku bawa laptop dengan broadband nak update blog tapi haram aku nak buka..Tak ada masa langsung..

Sempena raya ni aku nak minta maaf pada semua..kawan-kawan aku,family dan yang selalu baca blog aku..Minta maaf kalau ada salah & silap dan minta maaf juga kalau blog tak best yang diharapkan..

Pagi ni aku tengah siap-siap nak pergi kerja aku dapat khabar berita Datuk Sosilawati Lawiya dah meninggal dibunuh dengan kejam..Aku sangat terkejut..Bila berita kehilangan Datuk Sosilawati keluar aku memang dah agak benda ni akan terjadi tapi aku tetap berdoa supaya dia selamat dan hari ni aku dengar berita dia dah dibunuh dengan kejam..Aku macam tak boleh terima pun ada sebab terlalu kejam apa yang dilakukannya..

Aku harap pembunuh yang melakukan perkara ini harus dihukum dan dikenakan tindakan yang sewajarnya..Apapun takziah diucapkan kepada ahli keluarga Datuk Sosilawati terutama anak-anak beliau..Harap sabar dan tabah hadapi dugaan ni..

1 comment:

najib said...

selamat hari raya juga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...