Friday, September 3, 2010

Shopping Hari Merdeka

Dah terlambat sebenarnya entry ni..Hari Merdeka pun dah lepas..Apa-apa pun belum terlambat rasanya nak wish "Happy Merdeka Day" pada semua rakyat Malaysia..Aku rancang hari cuti merdeka nak bawa kakak & adik tengok wayang..Tak kisahlah nak tengok cerita apa sebab kakak dah berkali-kali ajak nak tengok wayang tapi tak bawa-bawa juga..Akhirnya aku pilih cuti merdeka..Tapi alangkah sadisnya tak dapat juga tunaikan permintaan kakak sebabnya korang tengoklah sendiri gambar kat bawah..

Jem teruk nak masuk ioi mall..Sangat-sangat jem dan aku jangka mesti tak ada parking juga so Zamri teruskan perjalanan.Kononnya nak pergi Sunway pyramid plak tapi lagi teruk jem dari ioi mall..Kami teruskan perjalanan menghala ke Damansara..Zamri ajak pergi Ikea..Seronoknya..Dah lama tak pergi Ikea..

Rupanya nak pergi Ikea jem teruk juga tapi disebabkan dah sampai kitorang teruskan juga..Aku rasa kat mana-mana pun jem teruk..Semua orang shopping raya..Mungkin..Bila dah sampai di Ikea mencari parking satu hal pula..Dekat satu jam jugaklah..Kalau aku yang bawa kereta memang aku dah patah balik tapi Zamri ada kesabaran lagi memandangkan kami dah sampai situ..Last-last dapat juga parking..Gambar atas keboringan aku menunggu dapat parking..

Pergi sana nak mencari barang untuk hias bilik kakak & adik sebab nak ajar diorang tidur bilik sendiri..Niat hati nak beli katil tapi tengok semua katil untuk diorang mahal ko..So,aku beli untuk perhiasan dulu..Boleh beli tapi raya nanti ngangalah ye..


Kononnya nak buka puasa di Ikea tapi ramai siot..Aku rasa tak ada ruang langsung untuk kau letak barang pun..Last-last kami keluar dan berbuka di KFC..Kakak panggil kedai atuk..Korang fikirlah kenapa..hehe~


P/S : Petang ni nak berbuka dengan anak-anak yatim..Pengalaman pertama tu..Seronoknya..Nanti aku buat entry pasal tu ye..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...