Tuesday, October 12, 2010

Bila Berjanji Dengan Anak

Hari ni nak cerita pasal anak pulak..Takkanlah hari-hari entry pasal aku jekan..Muak pulak korang baca nanti..hehe~

Kadang-kadangkan kita tak perasan pun sebenarnya selama ni kita ajar anak kita menipu..Aku selalu dengar ceramah..Selalu juga dengar pakar-pakar motivasi beri nasihat..Salah satunya bila kita berjanji dengan anak adakah kita akan tunaikan atau kita abaikan..Ok.Aku bagi contoh..

Bila anak kita minta sesuatu kita akan beritahu dia "mama akan belikan tapi tunggu gajilah.."Adakah bila gaji korang semua akan tunaikan permintaan anak tu??Kadang-kadang bukan kita sengaja tak nak beli dan tak mampu tapi sebenarnya kita lupa..Betul tak??

Dari situlah sebenarnya kita ajar dia menipu..Bila dia minta sesuatu tapi kita berjanji nak belikan tapi kita tak tunaikan..Memang kita mengajar dia menipu..Kalau rasa tak mampu dan tak boleh belikan untuk anak terus terang je..Aku selalu cakap ngan anak aku bila dia minta sesuatu macam rumah barbie memang terus terang aku cakap mama tak mampu tunaikan apa yang kakak nak sebab benda yang kakak minta mahal..Mula-mula memang dia tak faham tapi lama-lama dia akan faham juga..

Jangan sesekali tipu dia..Jangan sesekali berjanji tapi tak tunaikan..Kalau rasa tak boleh tunaikan permintaan dia terus terang..Bukan untuk beli barang sahaja..Benda lain juga..Kepada ibu bapa amalkan petua ni ye..Petua ke??Tak kisahlah..Sharing is caringkan..

P/S:Dah janji ngan kakak nak belikan belon..Petang ni mama beli ye..

2 comments:

- zuriey - said...

betul tue,,kalau xde duit cakap je terus terang. nanti anak2 pun faham

Siti Hajar Masri said...

betul tu..senangkan kalo terus terang..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...