Saturday, October 9, 2010

Kerana Tiada Elektrik

Hari ni rumah aku 1st time tak ada elektrik semenjak aku duk sini tahun 2009..Bukan sebab tak bayar bil ye..Semalam area rumah aku ribut taufan so banyak sangat pokok tumbang maybe diorg nak potong pokok-pokok yang tumbang tnb terpaksa off kejap..Tapi bukan kejap aku rasa..Lama jugalah..Sebab tu kami sekeluarga terpaksa keluar kerana terlalu panas..Cuaca panas plak tu..

Ada yang kata tak de elektrik tak pe tapi jangan air tak de..Bagi aku pulak bila dah duduk bandar ni dua-dua sangat penting..Kalau duduk kampung elektrik tak de pun tak pe..Panas ko..Bila tengok susu anak dara 2 orang tu nak abis so decide pergi shopping susu diorang..Actually nak keluar dari rumah sebenarnya..

Anak dara sibuk nak duduk dalam troli..Masing-masing malas nak jalan..Mamanya sibuk pilih barang..

Aku ngah pilih shampoo..Pilih mana yang terbaik untuk rambut aku ni..

Cantik tak gambar ni..Aku yang ambil..Aku ngah proses belajar ambil gambar yang lawa2..

Gambar ni pun aku yang amik..Sila komen ye..

Sebenarnya gambar yang dalam Giant tu gambar curi sebabnya diorang tak bagi aku amik gambar tapi peduli apakan..Zamri ambil tak pakai flash..hehe~

2 comments:

Solihin Zubir said...

kat kwsn sy, tiap2 minggu letrik wat hal..
mmg sakit hati.. huhu..

Siti Hajar Masri said...

yg ni sekejap pun tak boleh tahan apatah lagi tiap-tiap minggu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...