Wednesday, October 6, 2010

Potluck Raya

Cerita raya lagi..Selagi bulan Syawal tak abis lagi selagi tulah ada entry raya ye..Isnin lepas kami wat potluck sempena bulan Syawal ni..Masing-masing ada menu tersendiri..Aku kena bawa rendang ayam..Atas permintaan sebab diorang dah rasa yang 1st time aku buat tu..Maknanya rendang aku sedaplah ye..Perasan sendiri pulak..Inilah menu-menu yang kitorang semua bawa..

Makanan-makanan berat kiranya..Ada spageti,roti jala,mihun goreng,nasi impit & rendang dan last sekali satay kajang..Tak nampak sangat dalam gambar ni..Aku tak bawa kamera so amik guna h/p sahaja..Aku lupa sebenarnya..

Dessert kitorang..Semuanya sedap2 belaka..Memang time ni perut aku rasa nak pecah dah..Melantak tak ingat dunia..Pantang jumpa makanan macam nilah..

Gambar tak banyak sangat sebabnya aku dah beritahu tadi..Terlupa sangat-sangat..Sebab tu aku tak suka kamera besar-besar..Leceh nak bawa..Aku nak beli kamera kecil je tapi Zamri beria beno nak kamera besar..Kualiti gambar memang cantik aku tak nafikan tapi susahlah aku nak bawa..hehe~

Berbalik pada topik aku harap tahun depan buat lagi macam ni ye..Sedap sangat makanan yang korang semua bawa..Kalau hari-hari macam ni pun tak pe..Aku suka..haha~

P/S : Hari jumaat ni kena buat rendang lagi..Bahagian Finance pulak buat potluck..Minggu ni hidup aku dipenuhi dengan rendang sahaja..

5 comments:

fadhli said...

nyumnyum..sedapnya! :)

Hajar said...

sangat sedap..

Solihin Zubir said...

uiii.. meleleh..
dhla tgh lapaq nie..
lmbt lg nk berbuka.. huhu..

Zyash said...

nak satey kajang....

Hajar said...

Solihin: tgk pun meleleh apatah lagi depan mata..
Zyash: boleh aje..dtg sini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...