Friday, October 1, 2010

Resepi Rendang Ayam

Seperti yang dijanjikan aku bagi resepi rendang ayam yang baru-baru ni aku masak..Aku ikut resepi Chef Hanieliza..Memang senang dan gerenti sedap..

Bahan A
  • 1 ekor ayam
  • 2 cawan santan pekat (1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan kerisik (aku beli segera punya)
  • 2 helai daun kunyit (dikoyak halus)
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar)

  • 3 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering
  • 15 biji cili api

Cara-cara membuat:-

  1. Ayam dibuang kulit dan dipotong kecil
  2. Masukkan semua bahan ke dalam kuali besar dan kacau hingga sebati.
  3. Masak dengan api sederhana hingga ayam lembut dan kuahnya sebati.
  4. Sedia dihidangkan apabila sudah pekat.

Selamat Mencuba ye..

2 comments:

princess_eryna said...

15 biji cili kering erk???.. kalo guna cili kering yg da blend tuh x reti laa plak nak agak...aduh...

Hajar said...

kalo yg dah blend satu senduklah..agak2 je..kalo nak pedas lebihkan..kalo x nk pedas ikut sukatanlah..kalo saya suka rendang pedas..hehe~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...