Thursday, October 14, 2010

Sedih,kecewa Dan Akhirnya Gembira

Hari ni mood aku bercampur aduk..Pagi-pagi lagi aku memang sedih sangat sebabnya ada orang complain pasal aku..Memang rasa down tau bila ada orang complain pasal kita..Aku dah buat terbaik tapi masih ada lagi yang ada phd pada aku..Sedih giler..Orang yang complain pasal aku tu dahlah gemuk,tak lawa,busuk hati..Geram aku..Lepas tu perasan lebih yang dia sorang je boleh buat kerja kat office ni..Ok..Cukup setakat tu..Malas aku nak cerita pasal ni..Buat sakit hati aku je..

Lepas tu balik lunch tengok kat blog redmummy dah ada senarai pemenang contest yang dia buat..kecewanya aku tak menang..Aku meletakkan harapan yang tinggi pasal tu kecewa lebih..Aku tengok yang menang tu berilmu jugaklah..Mula-mula dia kutuk tapi lepas tu dia bagi cara-cara nak menambah baik blog redmumy..Tak pe..Mungkin bukan rezeki aku..Tu yang aku malas masuk contest..Confirm tak menang..hehe~

Akhirnya dipetang ini aku mendapat perkhabaran yang menggembirakan bila aku dapat emel dari wartawan kosmo..Dia kata nak interview aku..Actually aku jarang buka gmail aku..Jarang-jarang sangat..Tiba-tiba hari ni tergerak hati nak buka juga dan aku dapat emel tu..So excited ko..Tapi emel tu bertarikh 5.10.10..Aku tak tahulah dia masih berminat ke tidak..Aku harap masih lagi..Boleh menjadi sejarah dalam hidup aku ni..Aku gembira tak terkata..

P/S:kalau boleh aku nak melompat sekarang ni..

6 comments:

kakchik@ella said...

Jgn sedih2. Pedulikn org2 phd tu. Lbh baik fikirkan diri sndiri dn anak2.

Solihin Zubir said...

interview nk jd wartawan kosmo ke kak?

mizzura said...

abaikan je orang yang dengki dengan kita ni...bab menang contest tu..namapun contest..50% usaha 50% nasib..fyi..saya dari kecik lagi memang suka masuk contest..tapi alhamdulillah tahun ni byk plak menang smpai blog pun penuh cerita menang contest...anggaplah masuk contest sekadar suka2..
wah...interview apa tu...report la sket...macam meanrik jer..

Hajar said...

kakchik@ella : sebab tu skrg buat bodoh je..malas nak amik port.lantaklah diorgkan..

Hajar said...

solihin:bukan interview jadi wartawan kosmo tapi wartawan kosmo nak interview akak..

mizzura:bkn rezeki saya nak buat mcm manakan..hehe~wartawan kosmo nak buat artikel pasal taska so dia nak interview saya minta pendapat..

mamawana said...

Salam Hajar

Biasa lah org Phd, walhal dia lebey teruk dari org yg di complain. Biasa kat opis mama. Depa lagak cam bagus jer...depa buat kerja lagi banyak salah silap u....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...