Thursday, November 25, 2010

Hari Keluarga Bersama Adik-Adikku..

Assalamualaikum semua..

Hari tu sekolah rendah adik-adik aku ada buat Hari keluarga..Seluruh keluarga pergi kecuali kakak aku..Dia tak dapat balik sebab suaminya kerja..Sangat best sebabnya jarang ada aktiviti macam ni..Dah lama tak join aktiviti macam ni..Sejak tinggalkan zaman sekolah..Nak beli apa-apa mesti guna kupon..Banyak juga aku habiskan duit satu hari kat sini..Apapun jom layan gambar..

Adik aku yang bongsu..Dia graduate juga waktu ni..haha~Graduate tadika..Nakal yang amat sangat budak ni..Kitorang panggil putek sebab dia hitam..

Budak pelahap makan..Pantang ada makanan..Aku pun sama gak pantang nampak makanan..Tapi idaklah nak bubuh gambar aku..

Abah aku ngan kawan dia..Pantang jumpa..

Berposing dengan kupon..

Mak aku tolong cikgu jual air..Upahnya air freelah..

Mak aku balik so anak2 daranya yang ganti..Mak dara tu menyibuk je..Air laku giler bila diorang jaga..

Aktiviti last sekali naik keretapi keliling kampung..Aku sanggup tunggu sampai petang semata2 nak naik keretapi ni..Bukan aku tak pernah naik tapi keretapi ni berjalan2 keliling kampung..Sangat best..

2 comments:

natasha MDG said...

salam, nak mintak jasa baik awk tolong like gambar saye. http://www.facebook.com/photo.php?pid=31463942&o=all&op=1&view=all&subj=273893046958&id=1078745108

me.. said...

syok jgak..siap ade train..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...