Wednesday, December 8, 2010

Azam Baru

Assalamualaikum semua..

Azam baru aku banyak sangat tahun ni..Sempena maal hijrah ni banyak perubahan yang ingin aku lakukan..

1. Aku nak jadi anak yang solehah..Selama ni bukan tak solehah ye..Nak jadi lagi solehah..Bawak mak ngan abah pergi jalan-jalan..Berbakti dengan diorang..

2. Aku nak jadi isteri best in the world untuk Zamri..Sampai dia tak fikir nak cari lain..Service baiklah katakan..hehe~

3. Aku nak jadi mama yang sporting untuk Sefia & Syamimi..Mak mudalah katakan..Sporting bertempat..Ada masa aku tegas jugak..

4. Untuk berblogging ni, aku nak usaha lebih sikit..Aku nak jadi macam redmummy..Redmummy lagi ye..Redmummykan idola aku dalam blogging ni..

5. Dunia je akhirat jangan lupa pula ye..Aku masuk kelas mengaji. Kelas start hari nilah..Bukan aku tak reti mengaji tapi nak improvekan aku punya pembacaan..Ustaz kata kalau tajwid salah dalam sembahyang pun jadi tak sah..Contohnya baca al-fatihah dalam sembahyang..Walaupun nampak simple tapi kalau tak ikut tajwid yang betul tak sah sembahyang..Lebih baik tak payah sembahyangkan..

6. Tahun ni start sem baru..Sem ke-5..Pejam celik pejam celik dah sem 5..Ok..Untuk study pulak aku nak usaha lebih sikit sebab kalau boleh nak dapat pointer lebih baik dari sebelum ni..

7. Last sekali azam aku untuk kerja aku..Aku ni memang selalu ada masa lapang..Waktu bekerja aku curi masa untuk blogging..Sorry ye boss..Tapi dah memang aku tengah tak ada kerja aku updatelah blog..Tak salahkan..Dari aku dok ngumpat ngan rakan sekerja baik aku update blog..Ada faedah sikit..Kalau boleh aku nak lebih sabar dari sebelum ni dengan kerenah manusia yang macam2..Bermacam2 perangai yang menjelekkan..Malas aku nak cerita buat sakit hati je..

Tu saja azam aku..Kira banyaklah tukan..Orang lain satu dua je..Aku harap tahun ni lebih baik dari tahun sebelum ni..

Rasanya tak terlambatkan aku nak ucapkan 'Selamat Tahun Baru Buat Semua Muslimin dan Muslimat sekalian'..

4 comments:

mizzura said...

salam maal hijrah untuk hajar..eh dah tukar layout eh...sorry lama tak singgah :-)

Siti Hajar Masri said...

mizzura:
salam maal hijrah utk awak juga..
aah dah tukar..nak mesra alam sikit..hehe~

Solihin Zubir said...

semoga azam dan impian tercapai ye akak! ahahaha...

sy bkn prasan muda.. cuma hormat org yg dh kawen dan beranak dua ni.. hehe..

Siti Hajar Masri said...

solihin:
ko main2 yek..
yelah..orang dah kahwin ngan ada anak dah tua..tp memg rasa cam dah tua tp still muda..haha~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...