Tuesday, December 14, 2010

Bodoh Sombong

Aku pernah bekerja dengan orang yang bodoh sombong..

Dia kata dia pandai semua benda.Aku suruh dia buat invoice..Tiba-tiba dia cakap komputer rosak.Aku pelik sebab bertahun aku guna komputer tu tak pernah ada masalah..Aku tengok komputer tu dah shut down secara paksa dan aku terfikir dia ni mesti tak pandai guna..Ok.Tak pe aku bagi ko peluang lagi..Second time dia guna jadi benda yang sama..Maknanya dia memang tak pandai guna komputer tapi berlagak pandai..

Ada satu hari bos aku mengamuk sebab invoice salah cop..Bos panggil aku..Rupanya dia yang bodoh sombong tu cakap aku tak ajar dia..Memang geram waktu tu..Aku memang dah ajar..Bila kali kedua aku ingatkan pasal aku ajar tu dia cakap dia pandai dengan nada yang berlagak..Kalau ko dah pandai kenapa nak babitkan nama aku bila ko buat salah..Aku biarkan juga..Sabar..

Macam-macam perangai dia buat..Suami dia pun ada kerja kat tempat yang sama..Bila dia bergaduh ngan laki dia mulalah dia buat perangai..Tak buat kerja dan buat muka ketat dia..Nampak sangat tak profesionalnya..Dia berada bawah aku tapi aku rasa macam aku seorang je yang buat kerja..

Aku rasa orang macam ni sesuai duduk hutan..Korang tahu kenapa aku kata orang macam ni sesuai duduk hutan sebabnya dia tak nak bercampur dengan orang lain..Bila dia bawa makanan sikit pun dia tak pelawa orang walaupun kami ada depan dia..Kami bukan nak sangat tapi kitakan ada adab dan sopan..Tak nak bersembang..Kira dia buat hal sendiri..Tension je aku ada orang macam ni..

Lagi satu bila kita tumpangkan dia tak pernah nak ucapkan terima kasih..Lepas tu bukan dia yang nak tanya boleh tumpang tak tapi kita pulak yang tanya..Aku kesian sebab dia kena jalan kaki ambil anak lagi..Tapi dah berpuluh kali ko tumpang tak ucap terima kasih..Aku malas nak tumpangkan orang macam tu..Officemate aku yang lain kena..Diorang ngadu kat aku..Diorang kata bukan setakat tumpang tapi mulut dia mengutuk kereta diorang yang buruk..

Semalam aku jumpa suami dia..Aku tanyalah mana dia..Dia dah duduk kedah..Balik rumah mak dia..Aku tanyalah kenapa..Suami dia kata orang lain dapat surat kenaikan gaji atau kenaikan pangkat tapi dia asyik dapat surat berhenti..Korang fikirlah sendiri kenapa..Aku rasa nama dia pun dah blacklist kat Puchong ni..Yelah buat kerja dia je yang betul..Berlagak pandai..Dah bodoh tak nak tanya pulak..

Bagi aku biar kita ni nampak bodoh tapi jangan sampai sesat sebab tak bertanya..Sebenarnya salah satu sebab aku berhenti kerja sebab dia..Waktu tu aku ngandung adik so aku kalo boleh tak naklah tertekan je..Aku amik keputusan berhenti..Senang hati aku..

The moral ni ko tak akan maju kalo ko tak bertanya..Impian ko tinggi macam istana tapi ko tak berusaha kearah itu..Macam mana?Nak tunggu jatuh dari langit..Tak mungkin2..

Hajar: Alhamdulilah..Berkat aku suka bertanya aku lebih maju dari korang yang suka mengata aku..

13 comments:

Kancilbiru said...

ha ah mmg hidup tak kemana kalau bodoh sombong dan tak berbudi bahasa...

jangan kita jadi camtu dah la kan..

far_east said...

mesti tensen kan kerja ngan orang perangai macam tue....

Siti Hajar Masri said...

kancilbiru:
betul tu kak..

insyaAllah tak..hehe~

far_east:
memang tension..menyampah tengok muka dia..

Ila said...

bila baca,rase tension klau keje ngan org mcm tu tp kesian plak bila difikirkan...hhehehe...tentu dia tu byk masalah dan takde org nak sedarkan dia...

Siti Hajar Masri said...

Ila:
kadang-kadang memang kesian tapi dia tak boleh ditegur..bagi dia dia je yang betul..suami dia pernah tegur tapi dia yg x nk terima teguran..nak buat macam manakan..

shelliey said...

hahaha..hajr2..ade je cite awak..lawak lak tu..

iszieylyanziy said...

orang macam ni pon ada ke,,hehehe

Hanis MY said...

terima kasih folo..folu u balik, betul tu stuju, takkan ke mana kalau bersikap macam tu huhu...

cik dira said...

sedih tol klau dapat membe cm gni.huu~

cik kedondong said...

takkan la laki dia takbagitau kot..
kalo mak tak brubah tu,
possibilities anak ikot langkah prangai yg sama adalah tinggi

A.D.A.M. said...

memang sakit hati la cmni. Kalo bodoh sombong tak libatkn org lain, xpe gak. Ni tak. hish.

Anonymous said...

Kalau sakit hati dengan bos, baca je kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.

Salma Abdul Wahid said...

To onanymous,lawak la pantun awak tu,sampi saya tergelak2 x berhenti hahahahahah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...