Wednesday, December 1, 2010

Gegaran gempa Sumatera dirasai di Selangor

2010/12/01

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di Sumatera Utara Indonesia pada 8.50 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata, pusat gempa itu terletak di latitud 2.8 Utara dan longitud 99.0 Timur iaitu 28 kilometer dari Barat Daya Permatang Siantar, Indonesia, dan 241 kilometer dari Barat Daya Pulau Pangkor, Perak.

Menurut kenyataan itu, gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Selangor, namun ia tidak mencetuskan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sementara itu, Pusat Kawalan Bomba dan Penyelamat Selangor, ketika dihubungi mengesahkan tidak menerima sebarang panggilan berkaitan gegaran. - BERNAMA

Sumber: Berita Harian Online

Hajar: Office kitorang memang rasa gegar..Tak tahulah tempat lain..Korang rasa tak?

3 comments:

Hanis Azla said...

aduh gempa lagi.. 5.9 tu. tapi kat ofis ni tak rasa plk.. mungkin bangunan x tinggi sgt kot.

Hajar said...

Tulah..kesian yang ada kat indon tu..mungkin kot..tp ofis saya pun 6 tingkat je..

ctpayong said...

di JB kami tidak terasa mungkin sudah agak jauh sedikit. negara jiran itu hampir keseluruhan terletak di lingkaran api ( gurung berapi ) kecuali di pulau borneo dan makasar. kesian juga mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...