Saturday, December 4, 2010

Ikan Siakap Stim & Sayur Campur Untuk Lunch Hari Ini..

Semalam ada pasar di area rumah aku..Ada sebaris gerai jual ikan-ikan so pilihlah ikan then nampak ikan siakap..Segar lagi..Dah lama tak makan..Zamri kata belilah..Apalagi cepat2 tanya sekilo berapa..Sekilo RM18.00.Aku beli 2 ekor tak sampai sekilo pun..Dalam fikiran aku ikan ni akan aku stimkan..

Hari ni cari resepi kat blog kak ummi..Sebelum ni aku pernah masak tapi macam tak rasa kat kedai je..Tapi bila aku ikut resepi kat blog kak ummi..Menjadilah sangat sedap ko..Aku share ngan korang resepinya..Aku CNP je dari blog kak ummi..Gambar aku punya sendirilah..


BAHAN:-
  • 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok)
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh tepung jagung
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • 3 camca besar jus limau kasturi*
  • 1 1/2 camca besar minyak masak*
  • 1 1/2 camca teh gula*
  • 1/2 camca teh garam*
  • 5 - 10 biji cili padi, dihiris*
  • 2 batang serai, dihiris halus*
  • 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
  • 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
  • 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
  • 1/2 camca teh tepung jagung*
  • 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.

CARA-CARA:-

  1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
  2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
  3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya.
  4. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih.
  5. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.
Sayur campur ni resepi aku sendiri..Campak je..Sedap juga..Tak yah resepilah ye..Mesti korang semua pandai masakkan..Gambar kurang clear sikit..Ambil guna h/p je..

Hajar: Esok nak masak apa pula ye..Apa cadangan korang??

9 comments:

♥NuR SyAFiQah♥ said...

wah..mak saya pon masak lauk ni for lunch tdi :)

Hajar said...

Nur SyaFiQah:
ye ke?smlah kita ye..

ciknabil-a said...

huhu sedapnya.. nak sikit. hari ini makan lauk kdai jew. :(

Hajar said...

ciknabil:
sorry dear..dah licinlah..x pe lauk kedai pun janji kenyang..hehe~

^aNgRiAni^ said...

Alamak setapnyaaa
bila tgk pic ikan masak stim, terus lapar ^__*

Solihin Zubir said...

perghh.. kecur air liur tgok..
dhla tgh lapaq ni.. huhu..

Nur said...

whoahh...
nice la..bleh try but not now..hehhee

AziE said...

meh hantar sini sikit

YUL said...

macam sedap je kan. hoho, lau masak pakai ikan lain xbole kew? siakap dan yg ad kat atas tu mahal ouh, hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...