Monday, December 6, 2010

Semalam Aku Jumpa Sari Yanti & Wan Sharmila Di Subang Parade

Selepas pergi kenduri kawan aku, Zamri ajak pergi Subang Parade..Actually malam minggu tu dah pergi jumpa kawan aku,Kak Sally dekat Subang Parade jugak..kami datang lagi sebab nak bergambar dekat bawah tu yang telah dihias begitu cantik sempena krismas..Malam tu tak bawa kamera..Sanggup datang lagi semata-mata nak bergambar kat situ..

Aku jalan-jalan then aku terstop sekejap sebab aku tergamam..Macam kenallah diorang ni..Memang kenallah..Sari Yanti & Wan Sharmila..Sangat cantik diorang..Tapi yang aku peliknya aku takut nak cakap dengan diorang yang aku nak bergambar dengan diorang..Padahal kamera ada ditangan aku..Dulu aku pernah juga jumpa Yuna & Qushairi kat bazar ramadhan..Benda yang sama juga berlaku aku tak berani nak cakap dengan diorang yang aku nak ambil gambar dengan diorang.. Gambar credit pada Mr.Google..

Sari Yanti yang sangat cantik dimata aku..Tengok di tv & majalah tak secantik korang tengok live tau..Badan pun still mantap lagi walaupun dah beranak satu..

Wan Sharmila pun cantik..Dia senyum bila aku pandang dia..Tak sombong tapi aku je yang takut nak tegur..Waktu aku jumpa diorang ngah shopping so aku tak naklah ganggu mereka..

Hajar: Apatah masalah aku..Ada peluang bergambar ngan artis tapi aku lepaskan..Entahlah aku seganlah nak tegur diorang..Siapalah akukan..

5 cakap hajar comel:

zabidi said...

saya penah bekerjasa ngan Wan Sharmila,dia memang spoting habis...(Video Clip manifestasi cinta Fiq)

Hajar said...

zabidi:
tulah..nmpk sporting..

tungkaran hati said...

Betulke? ramai orang kata artis wanita Malaysia ni kurang bijak terutama dalam berinteraksi dan penampilan diri..selalunya over?

YUL said...

wah, seronoknya, rugi tu xdpt bergambar dengan mereka kan? da la susa ouh nk jmpe artis depan2 mata nie

Kancilbiru said...

ahaha....macam sy masa jumpa ziana zain tu la...malu habis macam kita pulak yg artisnya...hehehe, rugi tak ambik gambar...hihi

P/s: psstt..akak, ada 3 cara nak beli pb tau, cash, credit card atau RHB installment..the choice is yours..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...