Friday, April 30, 2010

Jalan-jalan Cari Pasal

kain ni lawa tapi tak dapat beli..dapat bergambar jadilah..
mak buyung penat berjalan..
sampai tertidur menunggu aku dengan Sally pilih kain..haha~
pilih jangan tak pilih...
Kain yang kubeli..habis duit aku..
rajin budak ini follow kami..macam-macam kain dia buka tapi beli tidak juga..hehe~


Semalam berjalan-jalan di Jakel..habis je exam kami pergi..Jakel ni baru dibuka di Seksyen 7 depan UITM..parking pun senang juga berbanding di Jakel KL.Lama jugalah kami berada di Jakel..Sampai mak buyung pun penat.Kalau tak kerana mak buyung penat dan aku pun nak ke Bank Rakyat sampai petang agaknya ada kat Jakel..Seronok sebab banyak sangat kain..kalau pergi dengan husband mesti tak seronok macam ni.Tahu jelah lelaki macam mana.haha~
Apa-apa pun seronok sangat keluar ngan korang berdua(Norhalina Yaakob & Salimatulakma)..Lainkali kita pergi lagi..

Wednesday, April 28, 2010

Hasad Dengki

Hasad dengki ni memang tak boleh lari dari kehidupan kita.Kadang-kadang tu memang tak faham dengan manusia ini.Walaupun dari keluarga sendiri.Perasaan hasad dengki masih ada.Sedih juga bila fikirkan keluarga sendiri ada perasaan hasad dengki pada aku tapi nak buat macam mana???

Rambut sama hitam tapi hati ni kita tak tahu apa yang tersirat.Hanya Allah S.W.T yang tahu..Adakalanya aku terfikir juga apa yang nak dengkinya pasal aku ni??kaya tak tapi senanglah..hehe~nak kata lawa pun tidak..nak kata husband hensem pun tidak..Manusia-manusia,pening nak layan kerenah manusia ni..Cuma satu aku pinta padaMu Ya Allah,jauhkanlah perasaan hasad dengki pada diriku ini..

Monday, April 26, 2010

Kisah Pembantu Rumah

Kalau cerita pasal pembantu rumah macam-macam kisah ada.Kali ni nak cerita pasal pembantu rumah saya.Selalu saya dengar pasal pembantu rumah kawan-kawan.Selama ini saya berdiam diri sahaja walaupun di mata saya macam-macam tak kena.Suka duduk dalam bilik..tak peduli dengan anak-anak.kalau tak duduk dalam bilik pun akan duduk dekat belakang rumah berborak dengan bibik sebelah..
Tapi setiap manusia tahap kesabaran pun ada tahapnya.Saya tak kisah kalau kerjanya bagus.Anak-anak dia pun layan bagus tapi semuanya terbalik.Buat kerja ala kadar..asal buat sahaja.Anak-anak buat tak tahu sahaja.Bila suami saya tegur dia tidak boleh terima.Memberontak.Saya bersabar lagi tapi sampai satu tahap bila suami saya tegur.Dia hempas kuali dalam sinki.Darah saya terus naik.Bagi pendapat saya kalau tak boleh ditegur jadi boslah.Tak faham betullah dengan orang tak sedar diri ini.
Hari khamis yang lepas saya panggil dia.Saya tegur elok-elok tapi dia tak boleh terima juga.Dia kata nak balik sekarang juga dan terus masuk ke bilik.Sungguh biadap.Saya dahlah tengah tension pasal hendak exam.Maid pulak buat hal.Bertambah-tambahlah tension.Darah ni bila dah naik kepala..faham-faham sahajalah.Terus saya cakap dengan dia.kalau nak balik boleh tapi saya hantar sampai bus stop sahaja.Muka dia terus berubah.Dia ingat saya nak hantar balik Damansara.Minta maaflah.Habiskan minyak kereta sahaja.Bila tengok muka dia berubah saya terus cakap kalau tak nak hantar balai polis.Bertambah-tambah pucat muka dia.Tahu takut.Ingat selama ni saya diam sahaja dia boleh perbodohkan saya.Kali ini saya tak boleh berdiam diri sahaja.
Bila aku habis cakap saya terus turun.Tunggu 10 minit tak turun-turun.Saya suruh husband pergi tengok.Dia kata tak nak balik.Dia nak terus kerja kat rumah saya.Husband saya suruh cakap dengan saya sebab dia kurang ajar dengan saya..Lepas tu bermulalah drama nangis-nangis dan merayu minta maaf.Mula-mula hati saya memang keras.Saya suruh dia kemas baju-baju.Saya nak hantar dia masa itu jugak.Bukan saya yang mintak tapi dia yang mintak nak balik.Lama jugalah sesi menangis-nangis ni..Akhirnya saya terima tapi dengan syarat.Sampai hujung bulan ini sahaja saya bagi peluang.Kalau masih tidak berubah saya tak akan ambil dia sampai bila-bila pun.Setakat ini saya tengok adalah perubahan sikit.Hujung bulan ini saya akan update lagi..

Sunday, April 25, 2010

4 Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Tidur

4 PERKARA SEBELUM TIDUR
( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :
"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan
empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di
hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan
empat perkara
seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum
aku, maka kami semua akan
memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan
meredhai kamu.

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil,
bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan
umroh"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sekian untuk ingatan kita bersama.

Tuesday, April 20, 2010

Tips Kempiskan Perut


Sejak akhir-akhir badan naik sikit.Aerobik dan joging dah buat tapi still sama gak sebabnya makan ikut suka..hehe~Tapi yang peliknya naik di perut,peha ngan punggung..apa nak buat ni???husband x kisah tapi diri sendiri yang kisah.Yang utama nak kempiskan adalah perut..bila buat aerobik dan joging yang turun kat peha..so mencari tip2 untuk kempiskan perut.kita share pada semua supaya sama-sama boleh kempiskan perut..

Perut boroi dan gendut memang mencacatkan penampilan. Ikuti dan amalkan langkah berikut untuk mendapatkan perut yang cantik berotot:-

i) Minum banyak air kosong. Air mengenyangkan dan menjaga metabolisme badan.

ii) Berhenti minum minuman beralkohol. Alkohol walaupun minuman bebas lemak, namun mengandungi banyak kalori. Ini boleh meningkatkan tahap kortisol di dalam tubuh.

iii) Lakukan gerakan sit up. Senaman ini membantu mengurangkan lemak dan mengempiskan perut.

iv) Berkebun. Berkebun juga merupakan aktiviti fizikal yang ternyata mampu mengurangkan berat badan. Aktiviti ini diyakini dapat membakar lemak 350 kalori sejam.

v) Lakukan gerakan pinggul. Senaman gerakan pinggul dapat membakar kalori sama seperti berkebun.

vi) Amalkan makan banyak buah-buahan dan sayuran. Kdua-dua makanan ini mengandungi serat tinggi. Walaupun anda makan dalam jumlah yang banyak, anda tidak perlu risau terjadinya pertambahan lemak di bahagian perut.

Selamat mencuba pada semua dan diriku juga..

Sunday, April 18, 2010

Menu Makan Malam 17/04/10




Semalam saya terlebih rajin sikit.Teringin nak masak lain dari yang lain.Tengok dalam peti ada siakap.Apa lagi pergi cari resepi siakap.Nak masak stim dah biasa so pilihlah Siakap Sweet Sour..Sedap jugak dan tak susah nak masaknya..Resepi seperti dibawah..Resepi diambil dari blog Kak Liza.

Siakap Sweet Sour

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara:
1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.
Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

Selamat mencuba..hehe~

Friday, April 16, 2010

Keguguran rambut

Masalah keguguran rambut di kalangan wanita selepas bersalin adalah perkara biasa.Tapi masalah yang ada pada saya adalah luar biasa.Sejak bersalin hinggalah hari ini.Anak pun sudah umur 3 tahun.Apa nak buat ye kalau rambut gugur???Selama ini saya buat bodoh sahaja tetapi bila sudah sampai tahap teruk gugurnya dah tak boleh buat bodoh sahaja.Baru-baru ni rajin membaca sikit dan terjumpa tips atasi rambut gugur.InsyaAllah akan dipraktikkan.hehe~

Tip atasi keguguran rambut


Masalah keguguran rambut di kalangan wanita selepas bersalin adalah perkara biasa. Ia terjadi akibat perubahan hormon yang berlaku pada wanita selepas bersalin.
Mungkin masalah ini tidak pernah berlaku sebelum anda melahirkan anak dan pastinya ia membuatkan ramai wanita runsing dan bimbang.

Biasanya rambut wanita lepas bersalin akan gugur ketika usia anak mula menganjak dua bulan ke atas. Wanita perlu peka menjaga kesihatan rambutnya kerana jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan rambut wanita menjadi botak.

Untuk menghindari rambut kering dan gugur, beberapa faktor perlu anda ikuti dan amalkan. Antaranya:

Penjagaan
•Penjagaan pemakanan perlu diambil kira. Makan makanan seimbang agar kesihatan dapat dijaga.
•Amalkan makan vitamin A,B,C dan E khusus untuk penjagaan rambut.
•Hindari penggunaan syampu yang tidak sesuai kerana ia boleh menyebabkan rambut gugur.
•Hindari penggunaan pengering rambut atau gel yang boleh menyebabkan rambut gugur/kering/.

Bahan yang sesuai
Pastikan menggunakan jenis bahan yang sesuai dengan rambut anda. Contoh minyak pencemaran berfungsi untuk merawat rambut yang gugur dan kering. Selain itu ia bertindak dalam pertumbuhan rambut lebih bersinar dan segar.

Cucian
Anda perlu tahu penggunaan syampu yang sesuai dengan jenis rambut. Penggunaan syampu yang betul memberi kesegaran pada rambut. Jika tersilap pilih, rambut lebih mudah gugur atau kering.

Penggunaan krim
Setelah rambut dicuci dengan syampu, krim khusus untuk rambut haruslah disapukan ke rambut. Tujuannya agar dapat mengawal rambut supaya tidak reput dan beruban.

Penggunaan krim juga turut bertindak merangsang pertumbuhan rambut lebih segar dan sihat serta melancarkan pengaliran darah pada rambut agar lebih stabil.

Air suam/jus
Tahukah anda bahawa pengambilan minuman turut memainkan peranan terhadap rambut kita. Amalan minum air suam ataupun jus buah-buahan sekurang-kurangnya dua liter sehari bukan sahaja untuk kesihatan badan tetapi mampu memberi kesegaran pada rambut yang menjadi mahkota semua wanita.

Thursday, April 15, 2010

Favourite Song Adila Sefia

video

Lagu ni Sefia siap hafal dan menari-nari lagi.

5 Tips Mudah Ajar Anak

Kicker: Bila si kecil semakin membesar pelbagai kerenah yang bakal ibu bapa hadapi. Malah ketika ini juga dia semakin mengerti persekitaran yang ada di sekelilingnya. Jom lihat tip mudah ajar buat si kecil ini.

Anak-anak adalah anugerah Tuhan kepada ibu bapa. Dalam menuju kepada pembesarannya mereka memerlukan bimbingan yang sempurna di samping kasih sayang. Dengan ini usaha untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang beberapa bimbingan dilakukan pada usia seperti ini. Ikuti lima kaedah buat si kecil, iaitu:

1. Didikan
Anak-anak mempunyai potensi diri untuk berjaya. Mereka mulai belajar apa yang dikatakan perilaku yang betul atau sebaliknya. Misalnya jika mereka dididik bersikap sopan itu adalah baik, maka mereka akan bersikap begitu apabila berada dalam persekitaran orang ramai. Sebaliknya jika mereka dididik dengan nilai yang negatif apabila dewasa mereka akan menghadapi pelbagai masalah untuk bergaul dengan orang lain. Didikan yang baik akan mencerminkan sikapnya apabila dewasa nanti.

2. Dorongan
Kanak-kanak memerlukan dorongan, semangat dan pendedahan persekitaran sihat yang membantunya mempunyai daya kreativiti yang luas. Dengan didikan dan asuhan yang baik, potensi diri mereka akan mencapai suatu tahap yang memberangsangkan. Ini kerana keadaan persekitaran yang selesa, pemakanan seimbang dan kasih sayang mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan minda mereka. Jadi dalam tempoh ini beri peluang kepadanya untuk meneroka alam sekeliling mereka. Malah ketika ini rasa ingin tahu pada kanak-kanak ini adalah lebih tinggi dan jika ibu bapa tidak memberi dorongan positif mereka akan menjadi seorang yang kurang kreatif dalam hidupnya.

3. Interaksi
Lebih awal ibu bapa berinteraksi dengan anak mereka lagi elok untuk perkembangan anak. Malah dikatakan ia adalah faktor utama untuk membantu melahirkan anak-anak pintar. Interaksi antara anak dan ibu bapa mampu meningkatkan dan merangsang semua aspek perkembangan anak terutama melibatkan keyakinan dalam dirinya. Semasa berinteraksi ibu bapa harus memberi sepenuh perhatian, sentuhan, belaian kasih sayang dan tunjuk ajar secukupnya supaya anak mereka diri mereka dihargai. Interaksi ketika usia seperti ini amat perlu disebabkan dia sudah mengerti persekitaran yang ada di sekitarannya.

4. Luahan perasaan
Anak anda semakin mengenali dirinya sendiri. Sebagai ibu bapa anda harus tahu keperluan anak anda. Rapatkan diri dengan anak, luahkan perasaan kepada mereka agar mereka juga belajar meluahkan perasaan kepada anda. Carilah peluang untuk menyatakan kasih sayang kepada anak-anak. Cara ini akan membuatkan anak merasa diri mereka disayangi dan dihargai. Luahan perasaan umpama ‘terapi’ buat anak yang ingin dirinya diberi perhatian selalu.

5. Berdikari
Menyediakan anak-anak yang bersikap berdikari, ibu bapa perlu memberi latihan, bimbingan dan pengawasan berterusan. Ia adalah usaha untuk menyemaikan tabiat dan nilai baik untuk menguruskan diri sendiri. Tanamkan keyakinan dalam dirinya bahawa dia boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain. Berikan kata-kata semangat untuk sebagai dorongan kepadanya. Sikap berdikari ini mampu mengasah dirinya menjadi seorang berani dan yakin diri dalam melakukan sesuatu.


Sumber:www.karangkraf.com

Petua 8P Ustazah Siti Nurbayah

Siti Nur Bahyah berkata,
1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"

Wednesday, April 14, 2010

Selamat Pengantin Baru Wan & Ija






Tuesday, April 13, 2010

Birthday Haris 10/04/10


Hari sabtu 10/4/10 birthday Haris. Abg Ngah buat jamuan sikit kat rumahnya. Kitorang datang pukul 6.30..ingat nak tolong apa-apa..rupanya semua dah siap..(macam rajin je nak tolong)..ramai yang datang terutama kawan-kawan Haris.adik beradik x ramai yang datang..harapkan kitorang ngan abg rosli..yg lain haram..pentingkan kerja dari family..ishk2..x faham aku ngan family diorg ni..msg2 buat hal sendiri..entahlah..malas nak cerita..cerita pun nnti jadi ngumpat plak..baik aku diam aje..apa2pun 'Happy Birthday Haris'...

Monday, April 12, 2010

Mulut Longkang

x faham dgn sesetengah manusia yang suka mengata orang dan fitnah orang..orang cam ni saya panggil mulut longkang..suka jaga tepi kain orang..kadang-kadang tu saya tengok orang yang macam ni sebenarnya kain dia yang terkoyak tapi sibuk jaga tepi kain orang..saya memg geram ngan orang macam ni sebab orang cam ni bawak cerita yang bukan-bukan pasal saya..kalo ko bagus its ok..aku pun x de cakap banyak sebab ko bagus tapi ko x lah sebagus yang ko cakap..ko cerita kat semua orang ko bagus tapi sekadar cakap aje..saya pun cakap ngan husband jangan sampai saya blender cili api then saya g serang dia..husband saya cakap "saya tengok jelah awak buat macam tu sebab orang tu dah melampau sangat bawak cerita pasal kita"...haha~boleh buat drama kalau aku buat cam tu..tapi nasib baiklah saya ni orang yang boleh bersabar lagi walaupun macam2 orang tu buat kat saya..

kepada mulut-mulut longkang sekalian,
bawak2lah bertaubat..x selamanya ko berada diatas..apa yang ko buat akan ada balasannya..Allah maha mendengar doa2 orang yang teraniaya..

Friday, April 9, 2010

Proses Pembelajaran

Proses pembelajaran apa??belajar buat blog..tengah belajar lagi..explore sendiri je..haha~seronok plak belajar sesuatu benda baru..tapi kalo suruh belajar malas pulak..ishk2..apa nak jadi ni??hujung bulan ni exam plak tu..x study lg plak tu..nk mintak tolong sapa ni??nak bawak toyol?ishk2..x boleh2..bahaya2..x selamat dunia & akhirat..maknanya kenalah usaha sendiri..bangun Hajar..sedarlah dr mimpi..

Sambung pada proses pembelajaran, tengah2 blaja my blog list ada kat atas plak..apa nk buat ni??gelabah jap..explore sendiri je,mintak tolong ngan orang busy sokmo..pandai juga aku explore sendiri..angkat bakul sendiri..haha~

First Time Buat Blog

Kenapa tiba-tiba nak buat blog???sebabnya suka baca blog orang so rasanya nak buat blog sendirilah..nak melepaskan apa yang kurasa sekarang ini pun ada..kat mana lg kalau bukan kat blog..hehe~permulaan, x de apalah nk ckp lg..

bye..jumpa next post..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...