Thursday, May 27, 2010
Hanger Tudung
Tuesday, May 25, 2010
Transformation Berlaku..
Dulu aku hitam manis,bertudung labuh pulak tu..sumpah tak ingat aku bertudung labuh dulu..Monday, May 24, 2010
Betul ke???
Friday, May 21, 2010
TUDUNG SEMATA-MATA FESYEN ZAMAN SEKARANG INI???
ada satu pemanggil ni dia terjumpa seorang wanita bertudung tetapi memakai baju dan seluar yang menampakkan lurah di belakang..Pemanggil tersebut bukan jumpa sekali tetapi berkali2..Thursday, May 20, 2010
Dosa Mengumpat
Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.
Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia Disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. "Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia.
Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.
Dipetik: Suara Persatuan Ulama Online
****Renung2kan dan Selamat Beramal..:))
Mental Luka
Hari ni aku rasa tak de mood sangat..Pagi-pagi lagi dah kena sergah..sabar jelah..Aduh..sakit tulang belakang aku ni..rasa cam kena tukar kerusi tapi siapakah aku untuk dapat kerusi yang selesa dan mewah..dah namanya ko kuli terima jelah..tukar topik jap..hehe~keje aku hari-hari mengadap kerenah orang..Kadang-kadang pening aku nak layan kerenah orang ni..
Wednesday, May 19, 2010
Pasangan remaja mengaku salah tanam bayi

Ibu bayi itu, seorang remaja berusia 15 tahun dari Durian Tunggal, Alor Gajah dan teman lelakinya, Muhammad Safiuddin Mohd. Zahari, 19, dari Taman Melaka Baru mengaku bersalah secara bersama-sama menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dan mengebumikannya di tepi sebatang sungai dekat Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini.
Kedua-dua mereka yang bertubuh kecil dituduh melakukan kesalahan itu di antara pukul 12 dan 12.30 tengah hari, 12 Mei lalu.
Mereka yang tidak diwakili peguam bela didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Majistret Muhammad Faizal Ismail menetapkan 17 Jun ini untuk menjatuhkan hukuman dan fakta kes sementara menunggu laporan akhlak kedua-dua tertuduh dikemukakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.
Beliau juga membenarkan pasangan remaja itu masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latif menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh.
Muhammad Safiuddin memohon mahkamah mengurangkan jumlah wang jaminan yang ditawarkan dengan alasan dia masih belajar dan sedia untuk berubah.
''Saya mohon diberi peluang kedua. Saya akan berubah dan ingin meneruskan pelajaran,'' katanya.
Teman wanitanya yang kelihatan menggigil ketika di mahkamah memakai dua lapis baju T, stokin dan berselipar juga memberi alasan sama iaitu masih belajar.
''Ibu saya juga merupakan ibu tunggal selain adik-adik lain juga masih sekolah,'' katanya.
Kedua-dua tertuduh kemudian dibebaskan selepas dijamin oleh ibu masing-masing.
Muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan pasangan remaja tersebut yang bertindak menyembunyikan kelahiran anak mereka dengan cara menanamnya di tebing Sungai Melaka di Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini pada Rabu lalu.
Kejadian itu mula disedari oleh ibu kepada remaja perempuan terbabit yang terkejut apabila mendapati anaknya itu dalam keadaan berlumuran darah dan terus membawanya ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan.
Sebaik sahaja disahkan anaknya baru melahirkan seorang bayi, ibu berusia 30-an itu kemudian membuat laporan polis sebelum polis berjaya menahan remaja lelaki terbabit
Tuesday, May 18, 2010
JELAJAH BLOG versi 4.0 BEN ASHAARI
2. Nama Samaran dan Blog
- Diasaskan oleh saya sendiri..Siti Hajar Binti Masri
- Dibina pada 09 April 2010..baru lagi..
- Saya buat blog sebabnya suka baca blog orang teringin nak ada blog sendiri..
- Masih belajar buat blog..tak mahir lagi..
- Masa buat blog saya cuma tanya pada yang pakar iaitu Pn Salbiah dan Pn Azizah..Terima kasih banyak-banyak..hehe~
- Dalam blog saya suka bercerita tentang kehidupan saya. Kadang-kadang kalau saya rajin saya akan share dalam blog apa yang saya baca contohnya tips kempiskan perut..hehe~
- Kadang-kadang juga saya suka bercerita pasal masalah saya..bukan saya nak membebankan sapa-sapa yang baca tapi nak mengurangkan tension saya ni..kat mana lagi kalau nak bercerita kalau tak kat blog..betul tak??kalau tak betul kira betullah jugak..haha~
- Lagi satu suka sangat nak tukar2 background blog ni..gatal tangan..asal nampak yg cantik mesti tukar..orang tak de pendirian macam tulah..
- Rasanya itu sahaja..sebab blog saya baru lagi..lagipun tak tahu nak tulis apa lagi..hikhik..
3.Saya tahu Segmen ini melalui blog Home Sweet Home.. Rajin baca blog Ummi sebab nak masak tak rajin so tengok ummi masak pun oklah..Blog ummi pun bagus jugak sebabnya banyak resepi yang ummi share dan resepinya senang untuk diikut untuk orang yang terlebih rajin macam aku ni..haha~
Sekian, terima kasih..
Monday, May 17, 2010
Yang Terindah - Dakmie
Oleh : Dakmie
Ost : I’m not Single (Filem Melayu)
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah
Kalau nak download boleh klik sini..
***suka sangat lagu ni..
Saturday, May 15, 2010
Jenaka Selamba
Rizal telah menerima panggilan telefon dari seseorang yang tidak dikenali.
Penculik : Saya telah menculik anak kamu!!!Kalau kamu mahu dia selamat serahkan wang tebusan sebanyak sejuta ringgit sekarang juga..
Dengan ragu-ragu Rizal menjawab.
Rizal : Tapi encik, saya belum ada anak..Kahwin pun belum lagi.
Penculik : Kalau macam tu, kamu siasat anak siapa yang telah saya culik, dan wang tebusannya kita kongsi dua.
Jawab penculik tanpa rasa bersalah.
Rizal : X%@#*&X
**kahkahkah..
Friday, May 14, 2010
Thursday, May 13, 2010
Derita Merindu
Wednesday, May 12, 2010
27 Cara Latih Anak Kecil
1.Kemas baju.Ambil pakaian yang hendak dibasuh dan sebutkan warnanya. Kemudian biarkan dia memasukkan pakaian itu ke dalam bakul pakaian untuk dibasuh. .
2. Mewarna.Beri si kecil air, kertas lukisan dan berus. Dan biarkan dia ‘cat’ mengikut kreativitinya.
3. Main pasir.Letak sedikit pasir dalam bekas dan masukkan mainan kecil yang disembunyikan di dalamnya. Berikan penyeduk pasir kecil untuk dia mulakan pencarian ‘harta karun’ itu.
4. Permainan adunan.Ambil tepung dan air. Biarkan si kecil anda menggaul adunan itu dengan senduk kayu. Buatkan adunan itu menjadi bebola kecil. Pengalaman yang menakjubkannya!
5. Pilih dan cari.Guna gula-gula yang berwarna-warni dan letakkan dalam mangkuk. Si kecil akan mengasingkan gula-gula mengikut warna dalam bekas yang berlainan.
6. Laman web .Cari laman web yang mempunyai karakter yang menjadi kegemaran si kecil. Pastikan laman web itu berwarna-warni dan mempunyai melodi.
7. Bersihkan.Biarkan dia membasuh set pinggan plastiknya. Berikan span dan bekas yang dipenuhi buih sabun untuk dia membasuh. Dia akan merasa dirinya dihargai.
8. Anak patung kecil.Keluarkan anak patung mainan lamanya. Sudah lama dia tidak bermain dengan mainan itu dan sudah pasti diakan menyukai mainan lamanya itu.
9. Menari dan membaca.Dapatkan buku yang mempunyai CD. Setelah si kecil seronok melihat gambar yang berwarna-warni dalam buku, dia akan menari mengikut rentak muzik dalam CD itu.
10. Teka barang mainan.Bungkus beberapa barang mainan kesukaannya. Biarkan dia membukanya untuk meneka mainan itu. Jangan guna terlalu banyak pelekat. Biarkan dia membuka dengan mudah pembalut itu.
11. Album gambar.Guna buku nota dan beberapa gambar anda, suami dan keluarga. Bantu anak anda untuk menampal gambar itu dan sementara itu tanya, adakah dia mengenali orang dalam gambar itu.
12. Main buih.Tiup buih sabun. Anda boleh membuat buih sabun ketika si kecil mandi dengan sampu dan mandian badannya.
13. Ikut saya.Biarkan si kecil anda mengikut anda- melompat, menari, berjalan dengan pantas dan duduk. Kemudian anda pula mengikut pergerakannya.
14. Permainan muzik.Mainkan muzik, kemudian beritahu dia perlu duduk dengan cepat apabila muzik berhenti. Pasti si kecil suka!
15. Buat peti surat.Guna bekas bijirin lama dan cat warna merah untuk buat peti surat. Potong kertas untuk membuat sampul surat dan setem untuk dia poskan ke dalam peti surat buatan itu. Dia akan berasa bangga apabila diberi tanggungjawab
16. Rakam aksinya.Kemudian tunjukkan kepadanya aksi-aksinya yang mencuit hati. Pasti dia akan gembira melihat rakaman aksi spontannya.
17. Ke taman permainan.Bawa bola dan anak patung bersama. Anda dan si kecil pasti seronok bermain bersama dengan udara pagi yang segar.
18. Kentang bercorak.Potong kentang beberapa keling dan bentuk beberapa saiz dan corak pada kentang. Biarkan si kecil menyapu pewarna air dan menampalkan di atas kertas lukisan. Lihat dia berjaya melakukannya!
19. Buat kolaj.Kanak-kanak suka menampal. Gunakan kertas warna-warni, kapas dan kain untuk ditampal.
20. Kuih tat.Si kecil pasti suka membuat gulungan pastri apabila membuat kuih tat.
21. Permainan pasta.Berikan dia pasta, contohnya spageti yang kering, mangkuk dan bekas minum plastik. Biarkan dia asyik bermain dengannya!
22. Minum petang.Sediakan kain dan buatkan makanan untuk si kecil minum petang. ‘Jemput’ sekali anak patung kesayangannya ‘minum’ bersama-sama.
23. Alam semula jadi.Biarkan dia keluar di sekitar rumah. Berikan bakul untuk dia kumpul daun dan bunga.
24. Lampu isyaratAnda adalah polis dan si kecil adalah kereta. Apabila anda berkata, ‘merah’, dia akan berhenti. Dan apabila ‘hijau’, dia akan bergerak.
25. Cerita lucuCeritakan suatu kisah lucu. Dan anda ketawa. Pasti si kecil akan turut ketawa sama.
26. Khemah.Susun kerusi dan letakkan kain di atas kerusi itu seakan khemah. Biarkan dia berimaginasi seketika.
27. ‘Kilang’ ais krim.Letakkan satu skop ais krim warna krim dalam mangkuk. Kemudian biarkan dia pilih ais krim berwarna untuk diletakkan pada bahagian atasnya sebagai hiasan.
P/S: Sharing is caring..hehe~
Tuesday, May 11, 2010
Duit

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit
Monday, May 10, 2010
Selamat Hari Ibu
Friday, May 7, 2010
Mimpi
Apa perasaan korang kalau mimpi tu berkaitan dengan kematian??kematian tu adalah orang yang paling kita sayang..Itulah yang aku alami sekarang ni..Mimpi tentang kematian anak aku yang sulung.Bukan sekali tapi dua kali..
Mimpi yang pertama,
Kejadian berlaku di kampung,tiba-tiba Sefia hilang waktu tengah main di laman.Semua orang cari dia.Tak jumpa..Setelah sekian lama mencari rupanya dia terjatuh di lubang dekat kebun dan dah meninggal..Saya bangun dan beristighfar.Bersyukur ke hadrat ilahi..Dia masih hidup..
Mimpi yang kedua,
Kejadian di kampung juga tetapi kali ni pelik sikit sebab kejadian berlaku di rumah lama yang kami dah tak duduk.Sefia hilang juga tapi kami tak cari sebab ingat dia main kat luar..Aku nak mandikan Syamimi dan yang paling mengejutkan Sefia ada dalam kolah mandi (aku tak tahu korang panggil apa..) dan dah meninggal juga.Tapi yang ni paling menyedihkan sebabnya aku nampak dia yang dah tak bernyawa...
Aku tak dapat nak gambarkan perasaan aku walaupun ini hanya mimpi..Ada yang cakap Sefia panjang umur kalau mimpi macam ni..Tapi bila aku cerita dekat mak, mak terdiam..Apa maksudnya???Mak cuma cakap tak de apalah..
Hati aku bertambah runsing apabila aku terpaksa tinggalkan Sefia & Syamimi di kampung sebab adik aku yang jaga diorang kena daftar masuk tingkatan 6..Aku berpura-pura ok apabila Zamri asyik memandang aku sepanjang perjalanan setelah hantar diorang..Hakikatnya hati aku sangat-sangat sedih terpaksa tinggalkan anak di kampung.
Thursday, May 6, 2010
Lagi isteri dicederakan suami akibat minta cerai
Kali ini, seorang isteri cedera parah selepas ditendang dengan kasut but dan dipukul dengan topi keledar oleh suaminya, hanya kerana wanita itu menulis surat untuk meminta diceraikan.
Insiden keganasan rumahtangga tersebut dilaporkan berlaku pada Sabtu lalu selepas suspek mengesyaki isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi ketika mengesahkan perkara itu berkata, suspek, seorang peniaga pasar malam berusia 51 tahun, 'naik angin' apabila menerima surat daripada isterinya yang minta diceraikan.
Menurutnya, suspek percaya isterinya berusia 33 tahun yang bekerja sebagai pembantu di sebuah pasar raya di Bukit Beruntung berbuat demikian kerana mempunyai teman lelaki.
"Akibat cemburu, suspek hilang pertimbangan dan bertindak memukul dan menendang isterinya dengan kasut but dan topi keledar.
"Ekoran itu, wanita malang tersebut terpaksa dirawat di Hospital Sungai Buloh akibat lebam di beberapa anggota badan selain patah kaki," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, polis yang menerima laporan mengenai kejadian itu kemudian menahan suspek di rumahnya pada hari sama.
Katanya, suspek kemudian ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Tambahnya, suspek akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bahru esok.
Menurutnya, pasangan suami isteri itu mempunyai tiga anak perempuan berusia antara enam dan 11 tahun.
Kejadian terbabit merupakan kes keganasan rumahtangga ketiga dilaporkan berlaku di negara ini dalam tempoh empat hari.
Semalam di Taman Bertam Perdana, Melaka, seorang jururawat, Hashimah Nong, 40, dimasukkan ke Hospital Melaka selepas kemaluannya cuba ditoreh oleh suaminya, seorang anggota tentera berusia 40-an.
Suspek dikatakan berkelakuan kejam gara-gara mendengar 'bisikan suara halus' di dalam rumahnya yang mengatakan isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
Terdahulu di Kuala Lipis, Pahang, kelmarin, seorang isteri, Rosmawati Abdul Rahman, 39, menemui ajal akibat kepalanya dihentak, selain perut, dada dan paha dipijak oleh suaminya yang tiba-tiba naik angin.
Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu berlaku selepas anak pasangan terbabit mengadu kepada suspek berusia 46 tahun bahawa ibunya bercakap dengan seorang lelaki menerusi telefon di rumah mereka di Ladang Selborne, Kampung Padang Tengku, Kuala Lipis.
***Takutnya zaman sekarang ni macam2 boleh jadi..
Tuesday, May 4, 2010
Kisah Pembantu Rumah 2
Monday, May 3, 2010
Ayam Penyet
Apa-apa pun sedap makan dekat sini dan harganya pun boleh tahan juga..hehe~Sapa-sapa yang teringin nak makan masakan jawa dan minang bolehlah ke "Ayam Penyet"








