Monday, June 28, 2010

Hukum Cukur Kening

Assalamualaikum semua..

Nak share pada korang semua pasal hukum cukur kening..Semuanya bergantung pada niat kita..;p

Sehingga keharusan diberikan kepada mereka yang mempunyai bulu kening yang panjang atau lebat untuk dipendekkan dan dikemaskan. Perbuatan yang ditegah dan dihukum haram adalah ke atas mereka yang mencukur habis bulu kening kemudian melukisnya dengan pencil celak. Maka golongan ini sebenarnya yang dimaksudkan oleh hadis-hadis Rasulullah SAW yang dianggap sebagai kaum yang mengubah ciptaan Allah SWT.

Bersama Mohd. Farid Ravi Abdullah
Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Sunnah,Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

SOALAN:Adakah berdosa sekira seorang wanita membersihkan bulu kening dengan mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata?. Dalam perkara ini wanita itu tidak mencabut bulu kening sehingga cuma tinggal segarisan sahaja atau langsung hilang keningnya.Ia cuma untuk mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata bagi nampak kemas.

JAWAPAN:Tidak berdosa sekiranya untuk memperbetulkan atau mengelokkan dengan membuang atau mencabut bulu yang bertaburan di atas kelopak mata. Ini akan saya jelaskan pada perbincangan dalil-dalil yang berkaitan dengan persoalan ini.

Sebelum berbincang lebih jauh elok kalau kita lihat dulu asas kepada perkara ini. Wanita dalam bahasa arab di sebut dengan perkataan al-Mar'ah yang bermaksud suatu yang dipandang atau dilihat.Kecantikan seseorang itu bermula dengan wajahnya. Sebab itulah kaum wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa.

Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang beribu ringgit untuk tujuan mencantikkan wajah.Salah satu bahagian yang menjadi tumpuan pengubahsuaian bagi kaum hawa ini ialah kening. Sehingga persoalan kening begitu mendapat perhatian dalam Islam, terutamanya melalui hadis-hadis Rasulullah SAW.Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan kaum wanita yang keningnya bermasalah dari segi lebat atau nipisnya atau bulu kening bersambung antara kening kanan dan kiri.

Setiap manusia mahu dia tampil secara sempurna dan tidak menyakitkan mata orang yang memandang, apatah lagi menjadi perhatian sehingga membawa kepada suara-suara sumbang yang memperkatakan bulu keningnya.Kaum wanita memang cerewet mengenai kecantikan wajah, dan tidak mahu wajahnya mempunyai cacat cela. Untuk mengatasi sebarang kekurangan kaum hawa ini akan berusaha untuk memperbaikinya. Sehingga kadang-kala mengenepikan tuntutan agama demi kepuasan diri sendiri tanpa mempedulikan apa kata agama dalam persoalan mencukur dan membentuk kening yang tajam, atau dicukur kening yang asal kemudian diganti dengan kening yang dilukis dengan pencil celak.

Di dalam kitab kitab-kitab hadis ada empat hadis yang membawa makna yang sama pada asasnya, namun setiap nas ada perincian yang membolehkan penghasilan hukum dalam persoalan yang dibincangkan.Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah SAW. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah r.a mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah r.a menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu". Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.

Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya.

Ini kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.

Daripada Abdullah bin Masud, daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)

Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.

Pendapat ini perlu kepada perincian kerana lafaz dalam pandangan ini ialah mencabut bulu. Mengikut biologi kejadian manusia satu-satu kawasan yang ditumbuhi bulu di wajah wanita ialah kening. Jadi lafaz mencabut bulu di wajah maksudnya kening, ini kerana kening adalah sebahagian daripada wajah, bukannya wajah sebahagian daripada kening.

Kalau difahami secara zahir pastinya apa-apa sahaja yang tumbuh di wajah wanita tidak boleh dicabut, termasuklah kalau ada bulu yang tumbuh di pipi, di dagu, atau tumbuh misai kerana semua ini tumbuh di wajah.

Sehingga keharusan diberikan kepada mereka yang mempunyai bulu kening yang panjang atau lebat untuk dipendekkan dan dikemaskan. Perbuatan yang ditegah dan dihukum haram adalah ke atas mereka yang mencukur habis bulu kening kemudian melukisnya dengan pencil celak. Maka golongan ini sebenarnya yang dimaksudkan oleh hadis-hadis Rasulullah SAW yang dianggap sebagai kaum yang mengubah ciptaan Allah SWT.



Sumber: http://www.utusan.com.my/

First Day Sefia & Syamimi ke Taska

Salam & Selamat pagi semua..Hari ni first day Sefia & Syamimi ke Taska..Sebenarnya hati aku gundah gelana.Macam manalah hari mereka di Taska..Aku yang hantar mereka kerana aku nak tengok suasana pagi taska..Siapa yang sambut mereka dan aku nak explain macam mana nak jaga mereka..Syamimi nangis tapi sekejap je sebab ada pekerja tu terus pujuk dia..Tapi hati aku still tak senang..entahlah..

Sebenarnya pengalaman aku pernah hantar Sefia waktu baby mungkin menyebabkan aku jadi macam ni..Mungkin aku trauma tak pastilah..Sefia jadi kurus sampai sekarang adalah disebabkan taska yang pernah aku hantar tu..Nama taska itu cukup indah tetapi tidak seindah yang disangka..Korang bayangkan susu satu tin mengambil masa 2 bulan untuk habis..Bila aku tengok berat badan Sefia makin susut tinggal di Taska aku membuat satu keputusan yang sangat berat sebenarnya aku berhenti kerja..

Bila aku jaga susu 1 tin tak sampai sebulan pun..Maknanya Sefia duduk ditaska tak dibagi minum ke??Korang bayangkanlah perasaan aku sebagai ibu??Sejak tu memang aku tak pernah hantar anak aku ke mana-mana taska..Aku hantar rumah orang dan aku amik maid tapi semuanya tak berkekalan..Ada hantar rumah orang anak aku dirotan,ada yang mintak duit melampau-lampau..macam-macamlah..amik maid semua jenis main-main kerja..entahlah pening aku..

Akhirnya,aku dan Zamri buat keputusan untuk hantar Taska since Sefia & Syamimi dah besar..Itupun aku check banyak Taska samada Taska tu berdaftar atau tidak..Akhirnya Taska Rebung Emas menjadi pilihan kerana banyak aktiviti dilakukan terutama aktiviti luar.Aku suka sebab Sefia & Syamimi sangat suka lakukan aktiviti luar.Aku cuma mampu doakan Princess2 aku tu selamat duduk di Taska..Amin..

Thursday, June 24, 2010

Akibat Harga Rokok Naik...banyak masalah timbul..

Aku dapat email pasal ni so aku rasa memang bengonglah email ni..nak share ngan korang..sebelum itu,aku gelak dulu..kahkahkahkah..

KEPADA KAWAN2 YG SUAMI ATAU BOY FRIENDS YG HISAP ROKOK, JAGO2

HARGA ROKOK AKAN DINAIKAN KEPADA RM 50.00 SEKOTAK...
BYK KEBURUKAN DRP KBAIAKAN..
KEBAIKAN..
KERAJAAN MALAYSIA AKAN MDAPAT BYK INCOME HASIL CUKAI YG TINGGI
SBB DIAORG TAHU RAMAI RAKYAT YG XLEH BRENTI AKAN STILL ISAP ROKOK.
KEBURUKAN...
RAMAI AKAN MJADI PENCURI, PEROMPAK, PERAGUT, PEMBUNUH
DAN RAKYAT AKAN DTIMPA KSUSAHAN.TERUTAMA PENGANGGUR N MAMAT YG XKEJA..
MESTI MJADIKAN TABIAT CURI OR RAGUT SMATA2 NK DAPATKAN ROKOK.FIKIR2KAN LAH...
SBB KNAIKAN HARGA BUKAN JALAN PENYELESAIAN YG BAIK!

PALING TERUK KALAU...baca di bawah


HUHUHUhhuhuhu,,,kesian kaum wanita...ble dapat kanser!!!!!!!!!!

Beribu-ribu kaum wanita telah mendapatkan rawatan
pesakit luar manakala terdapat juga yang dirujuk
kepada rawatan kecemasan akibat puting payu dara yang
lebam dan kempis. Mengikut kajian pihak NGOK, sindrom
ini adalah diakibatkan oleh kesan kenaikan cukai
tembakau dan menyebabkan perokok telah berhenti
merokok terus. Oleh itu mereka yang ketagihan puting
rokok telah menukar tabiat selera kepada puting isteri
mereka.

"Mula-mula makcik suka pakcik buat macam tu. Dah lama
dah pak cik tak buat macam tu" kata Makcik Kiah.

"Tapi ni dah kira melampau. Lepas makan je nak isap.
Sampai anak kecik makcik pun komplen tak nak isap susu
badan lagi sebab bau jering"..

"Sakit puting akak ni dik, ada ke lepas makan sambal
belacan dia nak isap?? paneh puting akak." keluh Kak
Melah.

"Sekarang ni puting dah terpanjang sikit,
akak kena tukar anak baju sebab dah tak berapa selesa"
komplen Kak Zizah.

"Abisssss nak buat camana, harga rokok naik. Abang
terpaksa leeee buat macam tu nak lepas gian" kata Pak
Karim.

Badan bukan Kerejaan - NGOK.. berkata menurut bancian serta kaji selidik yang
dijalankan kes ini akan mengakibatkan kerugian
berbillion ringgit setahun kerana sektor kedai makan
dan restoran akan ditutup kerana lelaki lebih suka
makan kat rumah sebab depa senang nak isap puting isteri…oleh itu fikir2kanlah…

Wahai sekalian……

Wednesday, June 23, 2010

Pantang Nampak Iklan

Aku ni pantang nampak iklan mesti nak klik..Tak kiralah blog aku, blog kawan-kawan, aku jelajah blog orang mesti nak klik iklan orang tu..Sebenarnya aku ni tak de keje..Tunggulah aku masuk sem baru mesti aku busy giler..blog pun mesti aku jarang update so time sekaranglah aku nak explore iklan-iklan dan blog orang..Kadang-kadang aku gelak sendiri bila baca blog orang..Seronok plak..Macam-macam jadi kat dunia ni dan macam-macam perangai orang..

Semalam paling lama aku klik iklan kat blog (sapa tah aku tak ingat) ada iklan enfagrow..Bukan main lama lagi aku kat enfagrow punya website..Mesti empunya blog tu banyak dapat duitkan..Tak kisahlah..Itu rezeki dia..Sapa lagi nak klik kalau bukan tetamu cam aku ni..Takkan nak klik sendiri tul tak??Tapi aku memang pantang nampak iklan..hehe~

Senangnya Memasak

Aku ada beli buku Senangnya Memasak oleh Kak Liza..Kononnya nak belajar memasaklah tapi setakat ini aku belum mencuba apa-apa resepi dari buku ni..Aku busylah..alasan je sebenarnya..haha~Malas cakaplah..Bila aku beli buku ni Zamri bukan main suka lagi..Katanya untuk belajar memasak ok tapi kalau menghabiskan duit beli kasut,alat mekap dan baju Zamri terus tarik muka masam..hehe~Mana taknya bininya suka menghabiskan duit beli tu semua..Perempuan biasalahkan..Betul tak??

Ni bukunya..Baru beli 3..Banyak lagi collectionnya..Resepinya senang sangat nak ikut bagi ibu muda & berkerjaya macam aku..hehe~

Monday, June 21, 2010

Suami boroi tanda bahagia..

Aku kemas fail lama2 so aku terjumpa artikel pasal boroi ni..so,aku nak share dengan korang semua..artikel yang sangat menarik untuk dibaca..hehe~

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya.. Lelaki akan bertambah berat
badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti
berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang
waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa
dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak
menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka
sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah
tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah
kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan
bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila
mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki
berkahwin dengan tujuan untuk 'makan di rumah?.
Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan. Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih
tetap memasak.. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah
menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga.
Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan
masakan.
Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali,
periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak
bergitu.
Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat
suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang
dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat
mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka.
Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut.
Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain 'b
oroi?. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang
bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di
mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma
bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda
mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab
dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke
atas tempoh perkahwinan.

Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir
89% kes penceraian berlaku kepada suami yang 'slim dan masih tampan.
Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19%
kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang...namun itulah hakikatnya.
Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut
kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih
mementingkan hidup berumah tangga.

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula jemu atau
mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila
wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada
suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik
beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang
sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda.

Namun sebaliknya pula bagi
isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah
berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas,
isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin b
ulat atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang
mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup. Selalunya suami akan terus
mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya
tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan
penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan
lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan.

Nampak sekali dunia
ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi.
Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai
susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin
lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga,
buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat
dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas
berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air 'zat' isteri yang mengalir
masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan
perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka
buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini..

Faktor ini
juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan
besar berbanding lelaki bujang. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan
dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin,
perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut
malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang
telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah
lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan
mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit
isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma
suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi
couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar
boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala
kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita
yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami
cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.

Dalam Islam juga
tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh
isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin
yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak
berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus
melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai... Ada juga
pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri
yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh
isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita
lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda,
mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.

Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut
buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang
telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun
mereka berberut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai
isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan
anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan
pemakanan sihat sekeluarga.



P/S : maknanya Zamri bahagialah..hehe~

Biar Allah Yang Menghukum

Orang mengkhianati kita kerana dia ingin melihat kita gelisah,gelabah,tersungkur,menangis dan sewel.Kalau boleh dia ingin melihat kita jatuh dan mati..Jika kita betul-betul gelisah,tersungkur,menangis,sewel dan jatuh tergolek,bukankah itu memberi kejayaan dan markah kepada dirinya??

Jadi,bagi pendapat aku janganlah kita berlawan dengan pengkhianat.Tiada gunanya kita berlawan.Biarlah Allah sahaja yang menghukum sebarang pengkhianatan yang dilakukan..Kita perlu tunjukkan pada pengkhianat tersebut yang kita juga boleh berjaya dan fokus pada apa yang ingin kita lakukan sehingga berjaya..Senang kata buat bodoh je..Macam apa yang dibuat tu tak ada kesan langsung pada kita..Anggap itu sebagai cabaran untuk kita berjaya..

Friday, June 18, 2010

Kempunanlah..

Sejak cerita shrek yang terbaru keluar Sefia ajak tengok tapi mama ni busy sangat.Minta maaf ye sayang..aku ingat esok nak bawak Sefia & Syamimi tengok cerita ni so aku nak booking online ticket tapi sayangnya cerita dah tak keluar dekat wayang..kempunanlah anak aku..Sorry sangat-sangat sayang..Nampaknya En.Zamri kenalah cari cd ye supaya tak kempunan anak dara dua orang tu..


Gila Kasut

Aku ni memang gila kasut.Aku rasa semua kasut cantuk-cantik..tak kira aku pergi shoping mana mesti beli kasut..Zamri selalu gak bising tapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri..haha~pandai tak??Baru-baru ni aku pergi Queens Bay Mall kat Penang..Aku berkenan macam-macam kasut tapi tak boleh nanti Zamri bising.Tapi,aku tetap beli satu.Tak kira nak jugak..Sebenarnya aku ambil colour krim tapi tak de stok..Hitam pun hitamlah..hehe~Gila kasut macam tulah..

Inilah kasut yang aku berkenan sangat..lawa tak??tak lawa pun mesti kata lawa..hehe~


Tapi,mula-mula pakai kasut ni kakiku sakit sangat.Petua orang kata sebelum pakai kasut baru kena gigit dulu..Aku tak sanggup plak nak gigit kasut..Tu yang sakit kaki..padan muka..haha~


Wednesday, June 16, 2010

Bomoh Penipu

Assalamualaikum semua..

Korang percaya pada bomoh tak??aku memang tak percaya pada bomoh..banyak sebab aku tak percaya pada bomoh dan tak akan percaya pada bomoh..kerana bomoh aku membenci seseorang..aku rasa bukan seseorang kot tapi satu family..aku pelik sangat bila diorang suka sangat jumpa bomoh bila sakit.Walaupun sakit kepala..ada juga orang cam ni zaman sekarang ni ye..pelik aku..

Mengikut pengalaman aku,bukan pengalaman jumpa bomoh ye..seumur hidup aku tak pernah jumpa bomoh..takut aku nak jumpa bomoh..orang tu jumpa bomoh sebab dia sakit dan tempiasnya kena kat family aku sebab family aku yang paling dekat dengan orang tu..bomoh punya ayat mesti ayat yang samalah iaitu:
"yang buat sampai jadi sakit ni orang yang paling dekat sekali dengan kamu tapi saya tak boleh cakap namanya nanti jadi gaduh pula"
Aku percayalah mesti bomoh tu cakap macam tu..so,orang tu fikir family akulah buat dia..cubalah fikir positif sikit.buat apa kitorang nak buat ko??dahlah tak kaya,tak lawa,suka bawak mulut plak tu..suka ngata orang..tak ada faedahnya kalau buat kat ko..dan kami pun redha kalau ko fitnah kami tapi janganlah canang cerita ko fitnah ni kat semua orang..dan benda tu fitnah semata-mata yang ko reka atas kata-kata bomoh tu..
 
Kesianlah pada mak aku yang dah tua tu..merana dia dengan fitnah-fitnah yang ko sebarkan tu..cukup-cukuplah dosa yang ko dah buat..bertaubatlah..sapa-sapa yang rasa nak jumpa bomoh lupakanlah niat tu..kalau diri tu kena santau atau kena kacau dengan benda halus baik jumpa ustaz je..kalau jumpa ustaz dia tak akan bagi harga atau pengeras yang merepek dan mahal.bomoh cuma nak duit sahaja..
Dan untuk pengetahuan semua aku tak de kena mengena dengan video Siti Hajar & bomoh tu..Siti Hajar ada banyak ye..Bukan aku seorang sahaja..Harap maklum..

Tuesday, June 15, 2010

Penatnya

Penat dan mengantuk sangat2..4 hari aku berjalan..malam tadi sampai rumah dalam pukul 1..lepas tu kemas2 lagi..sangat2 mengantuk..boleh tak kalau aku tidur???bolehlah bos..boleh.. lepas tu kena buang keje terus..haha

Tengoklah muka aku yang tak bersemangat..ngantuk giler..

Tapi aku pergi mana ye??Aku berjalan pergi ke Perak & Penang..Aku pergi perak sebab sepupu aku kahwin..dekat Parit Buntar,Perak..meriah sangat kenduri ni..mana taknya..sepupu aku kahwin ngan anak orang yang paling penting di parit buntar ni..



Inilah sepupu aku..sepupu aku yang lelaki tu..ada yang cakap muka dia cam muka pierre andre(ntah betul tak aku eja..hehe)

Lepas habis kenduri tu kitorang pun gerak pergi penang..Hari ahad petang baru pergi penang..so tak banyak tempatlah kami pergi sebab kesuntukan masa..gambar nanti aku upload..aku ngantuk sangat sekarang ni..nak rehatkan mata..

Bye...lalala~

Thursday, June 10, 2010

Tanggungjawab Seorang Suami

Aku tujukan entry pada sesiapa yang bergelar suami,bakal suami dan sebagainyalah..Kadang2 yang sudah bergelar suami pun tidak tahu tentang tanggungjawab sebagai suami..buat2 lupa atau sengaja lupa tak tahulah..jadi aku nak ingatkan pada semua yang bernama suami..jangan sesekali lupakan tanggungjawab dan jangan lepaskan semua pada perempuan atau isteri..pada yang bakal jadi suami aku rasa dalam kursus kahwin mesti ada jelaskan..kalau boleh ingat sampai akhir hayat..ok..hehe~



1. Suami mesti kena adil.



Tanggungjawab utama suami terhadap isterinya mestilah adil kerana isteri adalah amanah Allah yang diserahkan pada si suami..



Sabda Rasulullah SAW:



(Fear) God, (fear) God in the matter of women. They are weak partners, a trust from God with you; and they are made by the divine word permissible for you.



Suami hendaklah menjaga isteri dan bukannya menjadikan isteri sebagai hamba walaupun disebutkan diatas sebagai mengawal isteri.Maksud mengawal isteri ialah mengawal isteri itu daripada melakukan perkara2 yang ditegah oleh Islam.Suka ye suami bila cakap boleh kawal isteri tapi berpada2lah..takkanlah isteri nak keluar dengan kawan2 pun tak bagi..bagilah ruang pada isteri untuk keluar bersama kawan2..asalkan isteri tidak melakukan perkara2 yang ditegah dalam Islam..tahukan apa yang ditegah dalam Islam..tak kan nak aku cerita gak..3 hari 2 malam pun tak habis..hehe~



2. Suami Sebagai Pemimpin Keluarga



Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam keluarga.Suami yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya tapi lebih elok lagi kalau bawak berbincang sesama keluarga..Barulah keputusan adil dan saksama.Tanggungjawab ni sangat besar oleh itu para suami atau bakal suami perlu bersedia memimpin keluarga yang dibinanya.



3. Nafkah



Suka sangat tanggungjawab yang ketiga ni sebab kebanyakan lelaki suka mempertikaikan tanggungjawab ini.Suami hendaklah memberi nafkah zahir dan batin mengikut kemampuannya.Mesti sediakan keperluan asas kepada isteri iaitu: makanan yang mencukupi,pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.



Firman Allah



"dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik."



(Al-Baqarah:233)



Suami juga hendaklah memberikan wang secukupnya kepada isteri supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga.Janganlah bila isteri kerja langsung tak bagi duit ye cik abang2 sekalian..ada yang bagi pun kadang-kadang sikit.Alasannya isteri bekerja.Janganlah macam tu ye..tak baiklah.ada fikir tak makan minum isteri tu bila kat luar..Walaupun isteri bekerja makan minum tu kan tanggungjawab suami..fikirkanlah..



Untuk pakaian pula, isteri berhak dapat pakaian sesuai mengikut keadaan dan kemampuan suami.kalau cerita pasal pakaian pula ada suami lepas tangan.Lebih2 lagi kalau isteri bekerja.Baju raya pun isteri beli sendiri..Tak patut2..Bukan pakaian isteri je kadang2 anak2 punya pakaian isteri juga kena belikan.pelik2 dunia sekarang.



Isteri juga berhak mendapatkan tempat tinggal yang selesa,selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum..Sesetengah isteri bukanlah minta banglo mewah tapi cukuplah sekadar tempat tinggal yang selesa dan yang paling penting dapat bersama dengan orang tersayang..Tak semua perempuan pisau cukur..ok..



Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami.Jangan serahkan pada isteri.Boleh serahkan pada isteri tetapi bagilah kewangan yang cukup..Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah.Suami kena ikhlas walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah.



Untuk keperluan batin pula,suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri.Jangan paksa-paksa bila isteri letih..

4. Pendidikan

Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari.Dalam institusi keluarga,suamilah yang akan main peranan memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islamdalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak.Oleh itu,bakal-bakal suami dan suami diluar sana perlulah melengkapkan diri dengan pendidikan agama supaya dapat mengajar anak dan isteri.Kalau rasa-rasa belum cukup ilmu didada jangan kahwin..hehe~

Dengan memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini,tentulah ia akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama.Jangan pula isteri yang ajar suami pula..Kalau suami terima tak pelah tapi ada sesetengah lelaki jahil tentang agama tak boleh terima kalau isteri cerita pasal hukum semua.

5. Pelindung

Suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan,penjagaan dan kegembiraan kepada isteri.Isteri adalah amanah Allah,maka sudah tentu suami hendaklah menjaganya serta menggembirakan hatinya.Suami hendaklah memastikan bahawa isteri sentiasa berasa senang hati tanpa rasa susah hati dan sengsara.

Suami hendaklah memastikan bahawa hati isteri tidak terluka dengan sikap suami.Jika isteri melakukan sesuatu perkara yang kurang disenangi oleh suami,maka suami hendaklah bersabar dan beralah dengannya asalkan ia tidak merosakkan akhlak isteri dan tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam Islam.

Untuk memastikan suami dapat bersabar dengan kerenah isteri,suami hendaklah mempunyai sikap memahami dan memaafkan.Ini adalah perlu supaya tidak terjadi perbalahan sesama sendiri walaupun punca masalah yang timbul adalah kecil sahaja.Suami perlulah bersabar dengan kerenah isteri,bertimbang rasa,dan memahami penderitaan yang ditanggung oleh isteri ketika hamil,melahirkan anak dan mengasuhnya.Pada ketika inilah,isteri kadang-kadang bertindak mengikut perasaan.Oleh sebab itulah,pada ketika ini suami hendaklah melayan isteri dengan baik dan lemah lembut.Hati wanita ni sangat lembut.Apabila dilayan dengan baik dan lemah lembut maka akan lembutlah hati wanita tersebut.Janganlah kerana perkara yang kecil sahaja maka suami menengking isteri.Akibatnya,rumahtangga akan menjadi goyah.

6. Melayan & Menggauli Isteri Dengan Baik

Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka.Tapi bergurau jangan berlebih-lebih pula takut isteri pulak yang terasa hati.Suami hendaklah menggembirakan hati isteri apabila berehat dengannya dengan bergurau senda secara sederhana.Apabila menggauli isteri,suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut,sopan santun dan tidak zalim.

Itu sahaja tanggungjawab suami..wahai suami-suami diluar sana jangan lupakan tanggungjawab anda kerana isteri adalah amanah Allah yang diberikan.So,hargailah isteri anda..Nanti saya akan post entry tanggungjawab isteri pula..tunggu...

Hari Yang Paling Sedih

Hari ni hari yang paling sedih dalam hidup aku..kenapa yek??Biarlah rahsia..haha~Mesti korang cakap baik tak payah cerita kalau macam tu..Sebenarnya aku nak cerita supaya hilang segala kesedihan aku ni tapi tak boleh..akan menjatuhkan maruah seseorang..cukuplah sekadar aku share ngan korang yang aku sangat sedih hari ini..sedih yang tak terkata..kalau boleh aku nk je nangis dan menjerit sekuat hati..

Tuesday, June 8, 2010

Masalah Facebook

Aku ada dapat emel ni dari office mate aku..Masalah facebook yang kadang2 kita tak sedar apa yang kita pamerkan..Harap artikel ni dapat menghalang kita semua dapat dosa yang kita tak nampak..Ada kawan aku cakap patutlah tengok ko jarang bagi status sekarang ni..Aku on9 fb bila ada benda penting sahaja..

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat membaca’ dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang perang dingin’ dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya , aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat lamaran’ nafsu.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah janganlah kamu menghampiri zina’.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi friend’ seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu bersepah’ difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai rupa’ yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan …’DOSA’. Simpan sahajalah gambar-gambar ‘kiut’ (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke’kiut’an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.
5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.
Ini adalah kerana, terdapat trend’ menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di’tag’, akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan candid’, tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di’tanda’ boleh dengan segera delete ‘tag’ itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh untagged’ nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan seseorang’ yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, zaman aku ekstrem’, zaman solehah’, waktu innocent’, zaman-zaman suci’, ‘itu zaman kuno dulu’, ‘itu masa duduk bawah tempurung’ dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.


KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama ‘ukhuwah’ untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Friday, June 4, 2010

CHARLES & KEITH SALES

Jom ramai-ramai serbu Sunway Pyramid..


apa-apa maklumat sila klik sini..

Thursday, June 3, 2010

Tips Kuruskan Badan Tanpa Ubat

Aku nak share dengan korang tips kuruskan badan tanpa ubat..aku tengok ubat untuk kuruskan badan punyalah mahal so aku sayang duit carilah tips2 macam ni..oklah dan boleh diikutkan..jom kuruskan badan..

1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. SIMPAN SATU DIARI

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha."

Dimana aku??

Adakah aku sibuk atau buat-buat sibuk??nak kata musim exam lagilah bukan..dalam hidup aku mana ada aku busy maknanya aku buat-buat busylah..haha~tapi ada sebab2nya aku tak update blog..yang pertama aku memang tak de mood nak update blog..aku tak tahu kenapa minggu ni aku susah nak tidur walaupun aku dah mengantuk sangat..asyik tidur bila dah pagi..apa yang merisaukan aku??entahlah..mungkin result exam yang aku risaukan..
Yang kedua aku busy sebab ni..hehe~

Novel ini best sangat.Aku siap nangis..emosi betul..Baguslah penulis ni..Ini novel terbest yang aku baca..kalau korang nak baca apalagi belilah novel ni..mesti korang ingat aku nak bagi pinjam..haha~aku pun pinjam..hehe~macam mana nak bagi korangkan..lalalala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...