Thursday, July 29, 2010

Adira Aku Ada Kamu



Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pastiKau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu


Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

P/S : suka sangat lagu ni..

I Love U En.Nuffnang

Selama aku buat blogwalking aku asyik baca orang lain dapat buffered earning je..Jealous aku tau..Tapi akhirnya baru-baru ni aku pelik iklan tu sentiasa berada di blog aku..Rupanya aku dapat buffered earning..Seronok sangat tau..Tak terkatalah aku sebab blog aku baru lagi..Aku rasa baru 4 bulan..Lagi pulak yang baca blog aku mana ramai sangat..Tapi ni mungkin rezeki untuk aku..Alhamdulillah..Bersyukur sangat..

Inilah yang aku dapat..Baru 2 kempen..Ada yang lebih otai aku rasa lebih dari yang aku dapat ni..Ben pernah cerita pasal buffered earning ni..Dia kata kalau dah dapat buffered earning kenalah rajin kenalkan blog lagi tapi aku sangat-sangatlah busy sekarang ni..Nak buat blogwalking pun tak ada masa..Aku kena utamakan pelajaran dulu daripada berblog..hehe~

Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak bagi buffered earning pada hajarpunyablog ni..Blog yang tak seberapa sangat..Tu yang buat saya sayang sangat pada En.Nuffnang kita..

Wednesday, July 28, 2010

Duduk Rumah Teres Dikira Kaya ke??

Actually aku ni tak ada masa nak update blog sebabnya assignment aku berlambak tapi hati aku meronta-ronta nak update blog..hehe~Ahad ni aku ada presentation lagi kat kelas..Pening aku..Ok..cukup cerita pasal aku..Balik pada tajuk..Nak tergelak aku dengar seorang office mate aku cakap siapa duduk rumah teres ni dikira kaya..Apa pendapat korang??


Bagi aku terpulang pada masing-masing..Kalau mampu duduklah kat rumah teres tapi kalau tak mampu rumah apartment pun oklah..Janji ada tempat nak berteduh..Tapi aku ada pelik sikit ada orang sanggup ikat perut semata-mata nak duduk rumah yang mewah supaya orang akan kagum dengan dia..


Manusia macam tulahkan..yang penting bagi aku adalah makanan..rumah tu boleh je duduk kat mana-mana ikut kemampuan kita..Betul tak??aku memang pantang nampak makanan..Tapi aku harus diet sebab semua cakap aku dah makin berisi..Aku dan diet sebenarnya tidak boleh berkawan rapat sebab aku ada gastrik (alasan je)..dan lagi satu sebab aku pantang tengok makanan..Macam mana aku nak diet???:))

Monday, July 26, 2010

Yassin Senario Tak Serik

Memang tak serik-serik bekas ahli kumpulan lawak Senario, Yassin yahya apabila sekali lagi ditahan polis kerana didakwa mengambil dadah jenis ganja..Tak silap aku ini kali keempat Yassin ditangkap..Diorang ditangkap dekat pusat hiburan di Sunway Pyramid. Macam-macamlah artis sekarang ni..Kes apek pun masih hangat diperkatakan lagi..Timbul pula kes Yassin..Memang tak serik diorang ni..Kalau korang nak baca berita penuh kat sini ye..

Wednesday, July 21, 2010

Benci Bilang Benci

Beberapa hari ni aku memang hilang mood untuk berblog, nak berfacebook dan macam-macam lagilah..Aku tahu sebab kenapa tapi aku buat-buat tak tahu..Bila aku fikir makin sakit jiwa rasanya..Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan aku..Ye..aku memang tersangat down sekarang ni..

Sesiapa yang tak suka baca entry aku yang emo sikit silalah keluar segera dari blog aku ye..bukan niat aku menghalau tapi aku tak nak korang menyampah baca blog aku yang penuh emosi segala..Niat aku buat blog sebenar-sebenarnya adalah meluahkan apa yang aku rasa jadi jangan menyampah baca blog aku ye..

Kadang-kadang dalam hidup ni kita dah cuba sedaya upaya untuk memberi yang terbaik..Hidupkan cuma sekali aje so aku selalu memastikan apa sahaja yang aku lakukan mesti yang terbaiklah..Cuba menjadi hamba yang terbaik,anak yang terbaik,isteri yang terbaik,mama yang terbaik,menantu yang terbaik,pelajar yang terbaik,pekerja yang terbaik dan seorang kawan yang terbaik.

Tapi aku lupa aku cuma merancang, Allah yang menentukan segalanya..Semua orang impikan hidup yang bahagia dan sempurna..kalau segalanya indah belaka tak seronoklah pulakan..

Aku tak faham sangat-sangat dengan sesetengah perangai manusia, kalau kau tak suka kat seseorang apa salahnya kau cakap je dengan orang tu..Tak perlu kau kutuk orang tu,tak perlu kau buat cerita orang tu,tak perlu kau menghina orang tu,tak perlu kau berpura-pura baik dengan orang tu walhal kau tak suka dia..

Dan orang yang tak disuka adalah aku..Aku lebih suka kau cakap dengan aku yang kau tak suka aku..Aku tak suka kat belakang kau mengata aku,kau kata aku sombong,tak sedar diri,hidup merempat,kau jeling aku tapi kau cerita kat orang aku yang jeling kau..Aku tahu bila kau ngata aku,fitnah aku,aku akan dapat pahala, kau dapat dosa tapi aku tak nak dapat pahala free bila kau ngata aku..Tak nak ok..

Lagi satu perangai manusia yang memang aku tak faham, yakin dan bangga bila menyampaikan fakta dan maklumat segala kepada orang lain walhal dia sendiri pun tak tahu kesahihannya tu..Kesian orang macam nikan..Aku ada kenal seseorang ni, nak kata dia bijak, entahlah..bijaklah kot..Sebab dia dah tua, jadi dia rasa dia orang paling bijak didunia ni..haha~

Tapi dia ni ada masalah jiwa kot..dia terlampau suka bercakap sesuatu yang diluar kebijaksanaan dia dan dia tak boleh terima kalau ada orang nak betulkan kesalahan dia..

Di satu majlis birthday,

Dia : Anak kau bila birthdaynya???

Tuan rumah : Esok..saje buat awal..

Dia : eh..mana boleh buat awal..tahu tak sambut birthday awal nanti pendek umur tau..

Tuan rumah : ye ke??tak pernah dengar pun..

Dia : tulah kau..aku ni segala buku aku pernah baca tau..dalam kitab islam pun ada beritahu..kau tak baca ke??

Tuan rumah : ???????????

Korang rasa dia ni psiko tak??Aku nak gelak dengar dia cakap.Aku nak bacalah buku yang ada fakta macam dia cakap..Ada ke??First time aku dengar..Itulah yang aku cakap tadi..Dia ni psiko..Cakap ikut suka hati dia je..kalau dia cakap semuanya betul aje..Aku memang tak boleh betulkan dia sebab pendapat yang dia bagi sebenarnya dari perspektif pandangan dia bukannya fakta..kadang-kadang aku rasa dia ni badut yang berada di satu majlis yang boleh membuatkan orang sekeliling ketawakan dia..

Masalah dia yang kedua pulak dia suka bercakap yang dia ni kaya..Dapat projek berjuta-juta tapi sebenarnya dia cuma dapat projek dalam 20 ribu paling tinggi..berjuta-juta tu tak pernahlah..Aku bukan jealous dia kaya tapi dia cakap sahaja dia kaya tapi sebenarnya berhutang sekeliling pinggang..Peguam sana sini cari dia..Lagi satu yang membuat aku tak puas hati dengan dia kerana dia suka bercerita dengan semua orang yang rumah aku,kereta aku,harta aku dia yang bagi duit..Bila masa kau bagi duit kat aku??Sekali lagi aku rasa dia ni psiko..Agaknyalahkan..Segala barang-barang kat dunia ni dia punya kot..haha~Memang ada masalah jiwa orang ni..

Kesimpulannya,kalau rasa benci bilang benci jangan kau jadi hipokrit..Ok..Aku nak buat pengakuan memang aku tak suka dengan kau dengan kau..yang hipokrit dan suka kata harta aku harta kau..Bukan setakat tak suka tapi benci yang sangat..Sekurangnya aku tak hipokrit macam korang berdua..Depan baik tapi belakang jadi hantu jembalang..

P/S : Entry ni bukan nak perli siapa-siapa tapi hanya luahan hati aku pada 2 orang yang aku kenal yang membuatkan aku sakit jiwa sekali..tapi korang silap aku down sekejap aje dan aku akan bangun semula untuk buktikan pada korang yang aku akan berjaya lebih dari korang..Bukan sekadar cakap kosong tapi fakta dan bukti sekali..

Monday, July 19, 2010

Malam Minggu Yang Meletihkan

Memang malam minggu yang meletihkan..Mana taknya kami berjalan-jalan tak ingat dunia..Mula-mula pergi Subang Jaya..makan kat restoran Salero Negori sebab Zamri tak pernah makan kat situ..Dengar aku cerita je..Zamri kata memang sedap dan dia makan bertambah-tambah..

Lepas tu kitorang pergi I-City kat Seksyen 7..Ramai promote tempat ni..Katanya best..Banyak lampu..Aku memang suka tempat banyak lampu tapi sampai sana jalan jem teruk sangat..Mood aku waktu tu dah kurang sikit sebab jalan jem..tension pun ada(walaupun bukan aku yang bawa kereta)haha~Bila dah dapat parking semua mood aku bertambah kurang sebabnya orang terlampau ramai sangat..Aku tak suka tempat yang terlalu ramai manusia..Nak ambil gambar pun susah..So,tak sampai 15 minit aku dah gerak nak balik..Sempat ambil gambar sikit je..

Aku tak boleh tengok lampu ni lama-lama sebab aku ada masalah silau..

Posing jap sebelum balik..

Tengoklah nak bergambar pun tak senang..Ramai sangat..


Lepas tu, kami pergi ke Serdang pula..Zamri nak tengok driftlah pulak..Actually waktu tu mata aku dah tak boleh nak buka..Aku membebel gak pada Zamri sebab aku dah tak larat..Puteri-puteri tu pun dah tidur tapi Zamri still nak pergi juga..Masuk kena bayar RM5.00 je..Anak-anak tak dikenakan bayaran..Tapi sekali diorang dah start buat drift mata aku terus segar..Anak dara tu pun mata segar jugak walaupun diorang terkejut..Memang bestlah tengok drift ni..Puas hati sebab bayarannya pun berpatutan..Sapa-sapa nak tengok bolehlah ke Serdang..Dekat dalam Mardi diorang buat..Setiap sabtu pukul 6.00 petang sampai 2.00 pagi..Anak dara tu pun seronok sangat..Anak orang lain mungkin dah mengamuk tapi anak aku ok je..Memang boleh bawak majlis..haha~Jom tengok gambar tapi gambar tak banyak sebab bateri kamera dah kong..










P/S : Memang malam minggu yang memenatkan tapi sangat-sangat seronok sebab dah lama kami tak keluar malam minggu sejak aku mula belajar..

Thursday, July 15, 2010

Wakaka Crew Juara Showdown 2010

Tahniah pada Wakaka Crew jadi pemenang showdown 2010..Aku memang dah jangka Wakaka Crew akan menang..Minat sangat dengan diorang sebab diorang menari banyak skill..Best sangat..Floor Fever pun aku suka tapi awal-awal dia dah kalah..Apa-apapun tahniah sekali lagi pada Wakaka Crew..Korang semua memang best especially Alam..hehe~


Tuesday, July 13, 2010

74 Terbunuh Dibom Ketika Menonton piala Dunia

Aku baru baca berita dan aku berminat sangat ngan artikel ni..Orang lain baca berita pagi-pagi tapi aku baca berita petang..hehe~Kesian sangat bila aku baca berita ni..Diorang tengah syok-syok tengok perlawanan Sepanyol ngan Belanda main tiba-tiba kena serangan bom pulak..kalau korang nak baca berita penuh kat sini..

Gambar mangsa yang terbunuh..ni aku amik dari Utusan online..

Paintball

Hari Sabtu yang lepas kelab sukan office aku ada buat tournament paintball..Aku dengan tak berapa sihat tapi still nak main gak..Tak pernah main paintball ni so aku nak mencuba sesuatu yang baru sahaja..Tapi bila sampai sana aku dah berdebar-debar..Tak tahu kenapa??Tempatnya pun agak pedalaman sikit..Macam hutan..Aku ni penakut so macam-macam benda terbayang especially ular..Benda yang paling aku fobia sejak kecil..Sampai je ada bangkai ular plak tu..Terus bulu roma meremang..Orang lain jumpa hantu baru bulu meremang tapi aku??Jumpa bangkai ular pun meremang..Lepas pendaftaran kitorang kena dengar briefing dari marshal..Dengar briefing je lagi bertambah berdebar-debar..Tak pernah mainlah katakan..Setelah main memang best sangat game ni..Cuma sakit siot kena tembak..Jom tengok gambar sepanjang game ni..


Dengar briefing dari marshal..Gelak-gelak juga time ni tapi hati berdebar-debar..

Group aku "Gile Kentang" tengah bincang strategi..

Gile Kentang dah ready untuk berperang..


Sedia untuk berperang..Tunggu arahan je..

Ok..Sembunyi semua..

Aksi aku menembak orang..

Hendap jangan tak hendap..hehe~

Gile Kentang paling tinggi markah..Hebat tak??haha~

Posing jap lepas game..Macam askar je tapi layak ke aku jadi askar??

Gile Kentang dapat no.3 je..Memang mata paling tinggi tapi kalah masa game kalah mati..



Seronok main game ni walaupun badan sakit-sakit..Dah lama tak seronok macam ni..Game ni juga mengeratkan hubungan kitorang..Ahli group Gile Kentang datang dari pelbagai department so memang mengeratkan hubungan kitoranglah..Aku macam gian pulak nak main lagi..haha~tak serik betul aku ni..


P/S : Mungkin lepas ni aku jarang update blog sebab dah start kelas dan assignment berlambak..Sekarang aku tengah cari maklumat pasal maybank..ada presentation untuk subjek BEL 312..tak suka buat presentation..

Sunday, July 11, 2010

Aku Perlukan Rehat..

Salam semua..

Aku memang perlukan rehat..hari jumaat doktor bagi aku mc selama 2 hari..aku demam,selesema dan batuk..Tapi hari jumaat aku tak rehat..Pagi aku pergi ined,uitm untuk uruskan pembayaran yuran dan pengambilan modul..Aku nak buat cepat sebab hari ahad ni ada kelas..Mesti kena ada modul..

Hari sabtu pula aku ada tournament paintball kat kajang.Aku tak sihat sangat tapi aku gagahkan juga.Malam tu aku makan ubat double..Semata-mata nak main paintball..Aku tak kisah pasal kesannya sebab aku nak main gak..hehe~

Hari ahad aku ada kelas sampai petang..Bila bangun pagi satu badan sakit sangat..Mungkin kesan main paintball..Aku pun dah lama x senam so urat-urat semua terkejut bila aku main paintball terus..haha~Padan muka aku..Memang tak larat tapi aku pergi juga..kelas pertama untuk semester baru..Wajib datang..

Petang habis kelas pukul 6.15..Kami terus gerak ke Melaka sebab abang ipar ada buat birthday anak dia..Sampai lebih kurang 7.45pm..Makan dan sembang-sembang semua dalam pukul 10.00pm baru abis..dalam perjalanan singgah rumah mak mertua jap..Tak lama singgah sebab dah malam..Masing-masing penat..Esok pun nak kerja..Sampai rumah dalam pukul 1 lebih..penatnya..

Sesungguhnya, aku perlukan rehat..

Wednesday, July 7, 2010

The Book Of Eli


Aku baru tengok cerita ni..Cerita ni pada mulanya aku macam tak berminat nak tengok tapi ada kawan aku yang kuat agama suruh tengok cerita ni..Dia kata banyak sangat pengajaran yang boleh dapat dari cerita ni..

Cerita ni diarahkan oleh Hughes Brothers..Bila aku dah tengok baru aku faham maksud kawan aku ni..Cerita ni berkisahkan seorang lelaki bernama Eli mengembara untuk bawa buku yang terakhir iaitu bible dekat tempat yang selamat di barat United State..kalau dalam bahasa agama Islam lebih kurang macam dia ni dapat wahyulah untuk menyelamatkan kitab yang terakhir dan dibawa ditempat yang selamat..Dalam perjalanan dia untuk ke Barat macam-macam dugaan yang dihadapi sebab ramai orang yang mencari buku tersebut..Walaupun dia kena tembak dan buku tersebut kena rampas Eli gagahkan juga untuk ke Barat..

Perampas buku tu sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan buku tu dan ramai yang terkorban..Tapi bila dia cuba buka buku tu hanyalah helaian kosong..Maknanya dengan niat dia untuk mendapatkan buku tu cara yang salah..Buku tersebut tidak mengeluarkan apa-apa ayat pun..

Bila Eli sampai ke tempat yang selamat, rupanya dia hafal segala yang ada di dalam buku tersebut..Dia pun baca dan ada seorang rekodkan apa sahaja yang dibaca oleh Eli.Bila buku tersebut habis dibacakan dan telah dibukukan Eli pun mati..

Sedih gak tengok cerita ni..Dia sanggup buat apa sahaja demi untuk menyampaikan kitab bible yang terakhir..Bagi aku cerita ni memang banyak pengajarannya..Eli sanggup bergadai nyawa untuk menyampaikan kitab dia..kita sebagai umat Islam untuk mendirikan solat 5 waktu sehari pun bukan main liat lagi..Bukannya susah pun..Tak mati pun kalau sembahyang tapi itulah yang umat Islam hadapi sekarang ini..Bukan nak kata aku ni baik sangat.Cerita ni banyak menyedarkan aku yang kadang-kadang aku pun lalai juga.


So,jom ramai-ramai tengok cerita ni..Cerita ni dah tak ada dekat wayang..kena cari cdlah..hehe~Tengok cerita ni dan renungkan dia punya pengajaran ok..Lepas tu renung-renungkan dan selamat beramal..hehe~

Tuesday, July 6, 2010

Terima Kasih Pada Follower Semua..

Entry ni khas untuk semua follower-follower saya..Tak sangka follower saya dah sampai 100..Terima kasih banyak-banyak..Tapi tak ada hadiah tau..Cuma jutaan terima kasih yang tak terhinggalah..hehe~


Untuk follower yang ke-100 saya ucapkan terima kasih banyak-banyak.Dia ialah Cik Fiza ..Datanglah ke blog dia..Banyak info tentang agama Islam..Kadang-kadang kita lupa dan alpa..Terima kasih banyak-banyak pada cik Fiza mengingatkan insan yang lemah seperti saya ini..Apapun terima kasih sekali lagi pada follower saya..Love u olz..

Artikel Nuffnang

Aku dapat emel pasal artikel ni dari kawan aku yang tahu blog aku berdaftar dengan nuffnang..

Upah Dari Google Adsense &
Nuffnang : Haruskah?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Salam ustaz, saya nak bertanya pasal satu advertisement blog yg bernama nuffnang ni. kalau kita letakkan subscribe nuffnang dan google adsense di blog, kita akan dapat duit upah kerana telah mengiklankan sesuatu produk. Soalan saya ialah, boleh ke kita ambil duit yang diberi dan apakah status duit tersebut? Harap UZAR dapat ulas. terima kasih

JAWAPAN
Saya tidak pernah meneliti perjanjian yang diletakkan oleh pihak Nufnang dan Google Adsense, justeru saya sukar untuk saya memberikan jawapan yang tepat dan specifik kepada kedua-dua penyedia ruang iklan tersebut.
Namun untuk tidak mengecewakan pihak yang bertanya, saya akan memberikan jawapan umum yang berupa panduan ringkas untuk menyemak status hukum dalam hal-hal yang melibatkan iklan dan bayaran darinya.

Sefaham saya, isu utama dalam hal ini adalah upah yang diberi kerana membenarkan ruang web atau blog kita digunakan bagi tujuan pengiklanan oleh pihak nuffnang dan google adsense, hasil dari kemudahan yang diberikan itu, kedua pihak tadi akan memberikan upah tertentu menurut cara tertentu.
Dari sudut aqad atau kontrak, susbstance atau inti utama kontrak sebegini jatuh dalam kategori aqad ‘menjadi wakil dengan tawaran upah tertentu' atau wakalah bil ujr. Atau lebih tepat, dalam hal ini pemilik web menjadi wakil memanjangkan iklan syarikat-syarikat dan produk yang tersenarai dalam senarai panjang google dan nuffnang (kerana biasanya bukanlah google dan nuffnang mengiklan barangan mereka sendiri tetapi barangan dan produk pihak lain)

Dalam konteks ini, kita selaku pemilik web dan blog dikira menjadi wakil pihak nuffnang and google untuk menyebarluaskan iklan mereka, sebagai timbal balas, ganjaran akan diberikan kepda pemilik web atau blog, berdasarkan formula kiraan tertentu sama ada berdasarkan jumlah klik dan sebagainya.
Secara ringkasnya, bagi menentukan hukum dalam hal ini beberapa perkara perlu diambil kira iaitu:-

1) Autoriti : Autoriti pihak yang menyediakan tawaran, dalam konteks ini adalah Nuffnang dan Google. Jika telah disemak dan dipastikan kedua-dua pihak mempunyai kredibiliti untuk melunaskan janji dan tawarannya, satu peringkat semakan hukum telah lulus. Peringkat ini penting bagi memastikan tiada unsur gharar dalam penawaran mereka.

2) Upah dan cara kiraan : Jumlah upah dan cara pengiraannya MESTILAH diberitahu dengan jelas dan boleh difahami oleh pihak pelanggan (kita). Jika perkara ini telah berjaya dipastikan dan difahami sebaiknya, tatkala itu lulus peringkat kedua semakan Shariah.

3) Kandungan iklan : Kandungan iklan yang dipaparkan. Jika sekiranya kandungan yang terbit di ruangan iklan yang disediakan untuk google dan nuffnang itu memaparkan iklan yang TIDAK HALAL, seperti gambar wanita tidak menutup aurat, permainan berunsur judi, iklan forex trading, bank riba dan pinjaman riba dan apa sahaja iklan yang tidak halal, tatkala itu upah yang diterima kerana mengiklankannya juga turut haram sebagaimana kandungan iklan tersebut.

Prinsip Islam jelas dalam hal ini, setiap promosi produk dan iklan yang haram adalah haram juga mempromosikannya, maka setiap upah atas promosi sesuatu yang haram juga jatuh di dalam kategori haram. Dalilnya terlalu banyak antaranya adalah laknat nabi terhadap setiap golongan yang terlibat dengan arak, demikian juga riba. Juga firman Allah yang melarang kerjasama dalam hal yang membawa dosa dan permusuhan.
Saya difahamkan bahawa terdapat fungsi ‘filter' atau pemilihan iklan yang boleh kita benarkan terpapar di web kita. Namun begitu, masih terdapat juga iklan-iklan yang tidak sewajarnya tersiar dan di luar kawalan pemilik web. Justeru, dalam menentukan keharusan penggunaan kedua-dua Nuffnang dan Adsense, hal seperti ini mestilah terlebih dahulu dipastikan terkawal dengan sempurna.

4) Cara pembayaran ; Hal ini mestilah juga disemak dengan teliti bagi memastikan tiada unsur penipuan dan gharar.

KESIMPULAN
Jika keempat-empat peringkat iaitu semua lulus dan berjaya mematuhi hukum Islam, tatkala itu upah yang kita perolehi juga turut halal, demikian juga sebaliknya.

Perlu diingat sekali lagi, tulisan saya ini TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG PENGESAHAN terhadap penggunaan google adsense dan Nuffnang, ia hanya memaklumkan garis panduan yang perlu diambil kira oleh sesiapa yang ingin menyediakan ruang iklan kepada kedua pengendali iklan terbabit.

So, pendapat aku selagi nuffnang tidak keluarkan iklan yang diharamkan dalam Islam..Kira oklah tapi banyak aku tengok blogger nak up trafik guna cara yang salah.Itu yang aku rasa kena pertikaikan samada halal atau tak halal..Tapi,siapalah aku untuk menentukannya..

Tamaknya

Korang nilailah sendiri tengok gambar-gambar dibawah..

Komputer dan laptop..ada 2..

Telefon ada dua gak..

Kerusi pun ada dua..


Tamakkan..Macam tulah aku hari2..hehe~


p/s : sebenarnya kat ofis aku macam2 kena block so kenalah bawa laptop & berukband sendiri..yang lain tu memang kepentingan..

Membawa Diri

Pagi tadi tengah drive layan hot fm..Topik hari ni pasal membawa diri..Ada seseorang yang hantar emel mengatakan dia membawa diri disebabkan perselisihan faham dengan family..Tapi aku nak cerita pasal satu caller ni yang dia tidak menyalahkan si anak..dan aku pun setuju.Caller ni cerita pasal ayah dia yang membeza-bezakan anak-anak..Kalau yang dia sayang lebih macam-macam dibagi tapi kalau yang kurang dia sayang kuranglah dia memberi kasih sayang dan perhatian..Dia kalau boleh memang nak membawa diri tapi bila memikirkan syurga dan neraka yang menggerunkan itu tiadalah dia membawa diri..Hanya memendam rasa..

Aku faham sangat apa yang dialami oleh caller tu sebab aku pun mengalami situasi yang sama cuma aku tak adalah parent yang bercerai-barai..Pernah korang alami mak korang sayang anak yang sulung lebih sikit daripada yang lain..Itulah yang aku alami..Aku pernah dengar ceramah ibu bapa tidak boleh membezakan2 kasih sayang pada anak-anak..Kena sama rata..Dan Ustaz tu siap cakap ibu bapa yang membeza-bezakan anak-anak mereka tergolong dalam ahli-ahli neraka..Aku rasa ramai ibu bapa perlu dengar ceramah yang macam itu..

Pada dasarnya memang aku macam tak kisah tapi aku pun macam manusia biasa juga..Ada hati dan perasaan..Korang tak sedih ke bila anak kakak korang mak korang mandikan,pakaikan baju dan sebagainya tapi anak korang dia tak kisah pun..Aku mengaku aku memang pernah lukakan hati mak dan abah aku.Dan aku sangat menyesal..Dan aku sanggup buat apa sahaja untuk mereka..Pergi kemana sahaja..Habis duit beribu riban..sikit pun aku tak kisah tapi yang aku sedih anak yang mak aku puja dan sayang lebih itulah yang selalu berkira dengan mak aku..Itu yang membuat aku terkilan..Sepatutnya aku orang paling gembira bila dia buat macam tu tapi aku makin sedih adalah..

Bila aku ada pengalaman sendiri dibezakan-bezakan..aku tidak akan buat pada anak-anak aku..Bila cium aku tak akan cium kakak tapi aku akan cium adik sekali..Bila beli barang aku akan beli dua..Bila adik mintak dukung aku akan dukung adik dan kakak sekali sebab aku tak nak anak aku rasa apa yang aku rasa..Perasaan tu pedih sekali bila orang yang kita sayang sanggup membeza-bezakan kita..So,pesan aku pada ibu bapa yang lain janganlah kita membezakan-bezakan anak-anak kita..Beri perhatian dan kasih sayang yang sama rata..Dan kalau boleh pada yang bergelar anak janganlah bawa diri jauh dari mak ayah bila ada perselisihan faham dengan mereka..Diorang lebih tua dari kita..Tak kiralah apa yang dilakukan oleh mereka kita perlu terima sebagai dugaan hidup..Lagipun syurgakan dibawah tapak kaki ibu..Senang cerita buat bodoh jelah apa yang dibuatnya..Mungkin Allah nak uji kita je..

Monday, July 5, 2010

Killing Me Softly

video



Strumming my pain with his fingers
singing my life with his words
killing me softly with his song
killing me softly with his song
telling my whole life with his words
killing me softly with his song

I heard he sang a good song, I heard he had a style
And so I came to see him to listen for a while
And there he was this young boy, a stranger to my eyes

I felt all flushed with fever, embarrassed by the crowd
I felt he found my letters and read each one out loud
I prayed that he would finish but he just kept right on

He sang as if he knew me in all my dark despair
and then he looked right through me as if I wasn't there
But he just came to singing, singing clear and strong

Friday, July 2, 2010

Restoran Salero Negori


Semalam lunch time aku ngan office mate pergi try makan kat Restoran Salero Negeri.Memang puas hatilah makan kat situ..Makanannya sedap-sedap belaka..Yang paling aku suka ayam kalio dengan pucuk ubi sambal tempoyak..Memang marvellouslah..Dulu aku tak makan sambal tempoyak tapi since kahwin ngan orang melaka aku start makan..Sedaplah..Mak mertua aku pun pandai masak Pucuk Ubi Sambal Tempoyak..Memang sedap..Sampai sekarang aku masih teringat-ingat..Korang semua boleh trylah..Gerenti korang puas hati..Sekarang korang tengok gambar dulu..hehe~


Inilah lauk yang kitorang order..Restoran ni hidangkan makanan untuk kita tau..



Ini dessert kitorang..Aiskrim Vanila & Tapai..Sedap tapi aku tak suka tapai..

Muka puas makan..haha~

Makan ikan keli sambil posing..


Gambar tak clear tapi aku nak bubuh gak..Seleranya makan..Habis semua..hehe~



Pinggan aku pun licin..memang sedap..

Korang boleh bayangkan sedapnya bila tengok gambar ni..hehe~licin tu..tak de pun tinggal..

Posing depan kedai jap..Ni adik aku..

Inilah kedainya..Depan carrefour..

Aku pun nak posing gak..hehe~

Ok..korang mesti terliur tengok gambar-gambar nikan..so kalau nak pergi boleh sangat..Korang mesti puas hatilah..Mahal sikitlah harganya..Tapi kalau sedap tak kisahlah harga berapa..betul tak??hehe~Aku bagi detail-detail restoran ni ye..



Restoran Salero Negori
Address : 139,Jalan SS 15/5A,47500 Subang Jaya,Selangor.(berhadapan carrefour subang jaya)
Tel No : 03-56325868
Business Hour : 10.30am - 9.00pm

Thursday, July 1, 2010

Yahoo Diasaskan Oleh Pelajar


Korang tahu tak siapa pengasas yahoo??Pengasas yahoo ialah dua orang pelajar kolej..Namanya David Filo dan Jerry Yang..Mesti kaya budak dua orang ni kan..Al-maklumlah yahoo dah digunakan secara meluas oleh seluruh dunia.Pandai betul diorang ni..Sebenarnya aku pun baru tahu.Aku baca artikel ni dalam Estidotmy Edisi ke-100.Banyak fakta kat dalam buku ni tau..

Ok.Sambung cerita yahoo tadi..Pada peringkat awal pembangunan yahoo pengguna internet hanya menggunakan yahoo sebagai platform enjin pencarian laman web..Tetapi setelah sekian lama yahoo makin berkembang menjadi portal yang menawarkan pelbagai perkhidmatan sebagai emel,game,video,shoping,berita semasa dan sebagainyalah..

Dan lebih menarik lagi, yahoo kini telah dikunjungi oleh lebih 345 juta pengunjung setiap bulan..Memang kaya..Kalaulah blog aku pengunjung sebanyak macam tu..kaya aku..haha~berangan lebih..Itu aje..Kalo aku rajin aku share ngan korang fakta yang menarik lagi..

Aku Bukan Anak Dara Lagilah..

Baca tajuk je mesti dah fikir macam-macamkan..aku mengaku aku bukan anak dara tapi mak dara..haha~aku dah ada anaklah..

Kenapa tiba-tiba aku nak keluarkan statement ni??Sebabnya sejak akhir-akhir ni ramai sangat nak berkenalan ngan aku..tak kira dimana-mana pun..Kat facebook pun ada yang usha line tapi yang aku musykilnya dah terang-terang aku bubuh status "married with zamri zam" dan gambar-gambar dalam facebook pun terang-terang ada gambar Zamri & saya serta Sefia & Syamimi..Sungguh tak fahamlah..Diorang tak baca ke??

Zamri baca entri ni mesti berapi je..haha~jealouslah tu tapi relaks saya tak layan pun..Nak buat macam mana??Isteri awak lawa..alamak perasan jap..hehe~Sebabnya saya dah ada awak..Love u forever En.Zamri..kasi muuuaah ckit..jangan jeles.

So,kepada sesiapa nak berkenalan atau nak usha line minta maaf banyak-banyak..saya dah kahwinlah dan punya 2 orang puteri yang comel macam saya..haha~perasan lagi..Lagipun memang rupa saya ada macam anak dara sebabnya saya kahwin muda..Itu mengikut kata-kata orang ramai ye..bukan nak syok sendiri..Apa-apa pun minta maaf panggilan tidak dilayan apatah lagi untuk usha line..Yang ikhlas nak berkawan dengan aku..boleh ye..panggilan dilayan..hehe~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...