Monday, August 30, 2010

Seronok Berbuka Puasa Makan Nasi Beriyani

Akhirnya,aku dapat berbuka puasa makan nasi briyani..Sangat-sangat puas dapat makan..Aku dah tak mengidam..Mesti korang ingat aku ada isi..Tak de ye..Aku pakai protection..Dalam perut aku ni isi lemak je yang ada..Aku makan dekat restoran Syed kat ss19, Subang Jaya..Mula-mula nak makan kat GM Briyani tapi fully booked..Tak kisahlah janji dapat makan nasi briyani..hehe~

Air yang kami order..Sedap air jus ni sebabnya penuh rasa buah..

Nasi Briyani kambing yang aku order..kambing dia dalam nasi..Memang best..

Yang ni pula daging rusa..En.Zamri order sebab dia nak rasa..Aku tak delah nak makan..Kambing pun aku baru belajar makan..Daging rusa nanti dululah..



Bulan Ramadhan Memang Bulan Rezekilah..

Alhamdulillah..bulan puasa ni murah rezeki aku..Ramai betul bagi barang..First sekali dapat barang dari bank muamalat..Semua staf dapat..Ada biskut,kurma dan sampul duit raya..kalau dalam sampul tu ada duit lagi best rasanya..


Dari bank Muamalat..

Lepas tu, dapat dari bank rakyat pula..Bank rakyat ni orang tertentu je dapat..Terima kasih pada En.Ezly aka pakcik bagi aku barang-barang ni..Ingat juga ko ngan aku ye..Lagi satu nak tuntut bila nak belanja aku makan secret recipe??hehe~aku tahu ko baca blog aku..

Yang ni pula dari Al-Isra Associates..Dalamnya kurma..Lawakan beg dia..Macam goodies kenduri je..

Last sekali, En.Zamri belikan gelang tangan ni..Lengkap warna biru atas sampai bawah dia belikan untuk dipakai raya pertama..Kasut pun warna biru..Seronoknya..


Tapi, satu je yang tak seronoknya sebabnya kami semua tengah tunggu vitamin 'B'..Entah dapat entah tidak..kerajaan akan dapat duit raya..kami tak pasti lagi..

So,sapa lagi nak bagi hadiah??Sangat-sangat dialu-alukan..hehe~

Thursday, August 26, 2010

Afgan - Pada Mu Ku Bersujud



ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah
esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah


reff:
kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa


ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud

P/S : Suka sangat lagu ni..Menginsafi diri dalam bulan Ramadhan..Lagu ni lagu tema cerita Slot Zehra 'Janji Kekasih'

Tuduhan Tidak Berasas


So, jangan suka fitnah dan membuat tuduhan melulu..Kadang-kadang kita tidak perasan yang kita telah membuat tuduhan yang tidak sepatutnya..Bila kita sedar minta maaflah dengan cepat supaya tidak menimbulkan pergaduhan pula..Hati manusia kita semua tak boleh baca..Mungkin dia terasa hati dengan percakapan kita..Segeralah minta maaf..

Wednesday, August 25, 2010

Aura Mak Merah

Siapa yang tak kenal Mak Merah @ Redmummy dalam dunia blog ni..aku rasa semua yang dalam dunia blog ni kenal dia..Betul tak?..Sejak akhir-akhir ni aku selalu baca blog dia..Mula-mula aku tak minat tapi lama-lama aku baca minatlah pulak..hehe~Aku dah jadikan dia idola aku..Idola nak jadi kaya..

So, sejak akhir-akhir ni aku asyik pakai merah..aku dah kena aura Mak Merah..hehe~Actually aku pun suka merah..Selain merah aku suka jugak colour hitam dan putih..3 colour tu memang favourite aku..Dulu aku tak suka sangat pakai merah walaupun aku suka sebab bila aku pakai merah mesti orang cakap aku menyerlah sangat tapi sejak tengok Mak Merah pakai baju merah ok je..Aku pun start pakai..Biarlah orang nak cakap apa..



Hari Isnin pakai merah tapi gambar tak clear amik guna youcam je..

Hari Selasa pakai merah gak..hehe~

P/S:Hari ni nak pakai merah gak tapi takut orang kata aku over je..so,pakai hitam dan putih..hehe~

Tuesday, August 24, 2010

Shopping Raya

Orang lain sibuk shopping raya baju,kasut,langsir tapi aku sibuk mencari tv baru..Segala keperluan raya semuanya dah siap..Dari bulan 5 aku dah shopping raya sebab aku suka prepare awal-awal..Manalah tahu time nak raya nanti tak cukup duit plak..hehe~Sebab time raya aku nak spend duit untuk berjalan je..Semua barang aku dah beli kecuali kasut je aku tak beli lagi sebabnya belum raya lagi aku dah pakai nanti..Akukan suka melaram..

Berbalik pada cerita beli tv ni bukan aku sengaja nak beli tv baru..kononnya untuk raya..tidaklah..Aku beli sebab keperluan ye..Tv umah aku dah rosak..Bukan rosak apa colour dia keluar colour hijau je..Naik juling mata aku tengok tv..Aku ni dahlah rabun jauh ngan silau..Lama2 aku tengok tv tu tak lama lagi aku rabun warna gak..haha~

Setakat ni aku belum beli lagi..Aku ngah usha harga sebabnya aku nak beli cash..Menangis orang lain dengar aku beli tv cash ko..Ada aku kisah??First sekali, aku pergi sen heng..Aku member kat sana so nak tengok ada tak promosi untuk member..Memang ada tapi macam yang aku cakaplah..Usha dulu..

Then, aku pergi ke courth mammoth plak..Katanya beli tv dapat free tv satu gak..Seronok dengar tapi bila aku cakap nak beli cash..Terus diorang kempen buat installment..Aku dengar gak tapi mahal siot interest dia..Harga tv aku nak beli dalam RM2,399.00..Lepas tu dia bagi masa installment dalam 5 tahun..Nak tahu berapa harga aku bayar untuk installment 5 tahun??Sebulan kena bayar RM137.00 (mahal ko) dan jumlah hutang aku RM8,000 lebih..Korang kiralah berapa banyak dia untung..Aku rasa kalau duit RM8,000 ni penuh rumah aku ngan tv..haha~

So, cancel ambil kat courth mammoth..Kitorang nak pergi tempat lain pulak tapi keluar je dah nak pukul 10.00 malam..Anak dara pun dah letih..Lainkali plak cari kat tempat lain..Kitorang tak nak gelojoh main beli je..Kalau boleh nak puas hati..Sementara ni tengok tv hijaulah ye..Bila tengok Shamsul @ Bazaar Ramadhan especially kalau dia fokus pada mee aku rasa cam tengok cacing plak..Tapi tak pelah sabar je dulu..Jom tengok gambar semasa usha tv..

Anak dara 2 orang melepak sambil tunggu papanya pilih tv..

Zamri berkenan yang atas tu..Aku pun..hehe~

kakak nak duduk atas meja..Tahu kenapa??


Sebab nak tengok cerita upin & ipin..Siap suruh salesman tu pasang sound kuat sikit..

P/S : Nanti aku update tv apa yang kami beli..tunggu..hehe~



Monday, August 23, 2010

Gagasan Najib : 1 Malaysia



Aku memang tengah cari buku ni..Aku tanya mph ngan popular semuanya tak ada buku ni so aku pun search dia punya publisher..Jumpa memang jumpa..yang aku terkejutnya harga buku tu..Harganya dalam RM 175.00. Bagi aku mahal tapi tak tahulah bagi orang lain..

Kenapa aku cari buku ni??sebab lecturer aku suruh baca buku ni..Dia kata ada berkaitan dengan subjek aku 'current issues in Malaysia'..Aku memang nak beli kalau berkaitan dengan study aku tapi yang aku tengah fikir sekarang ni adakah aku boleh menghabiskan baca buku yang macam ni??aku dahlah tak minat baca buku ala-ala sejarah ni..aku takut pembaziran berlaku bila aku beli tapi tak dibaca..

Apa-apa pun aku kena fikir positif..Aku harus baca buku ni kalau nak dapat 3 pointer ok..So, kena beli gak buku ni..huhu~


Pengaruh Iklan

Kakak : Mama, nanti mama belikan kakak keropok ponni ye..

Mama : Keropok ponni tu apa??

Kakak : Keropok ponnilah mama..

Mama : keropok ponni yang mama ni??

Kakak : Yang dalam tv tu mama..keropok ponni 2x..(siap nyanyi tu)

Mama : Oooooo..yang dalam iklan tu ke??

Kakak : yelah..yang tulah..

P/S : pengaruh iklan betul anak aku ni..aku nak share ngan korang iklan tu tapi aku search kat youtube tak jumpa..korang tengoklah iklan dekat tv ye..

Tuesday, August 17, 2010

Persoal Tentang Puasa Dalam Facebook

Belum habis kisah Nor Azita Osman hina Johor kat facebook sekarang cerita lain pula yang persoal tentang puasa dalam facebook..Nama dia plak Salleh Gregor Samsa..Tak tahulah nama betul atau tak..Nama pun dah pelikkan..Aku rasa budak ni sesat dah..Ayat dia yang membuat aku tak tahan "kepada yang berpuasa fuck you off"..Tak sakit mata dan hati ko tengok??Aku dapat ni pun dari kawan aku forward email..Kalau tak nak puasa terpulang pada kau tapi jangan mempersoalkan orang yang berpuasa dan jangan mempersoalkan tentang puasa..

Kalau korang nak baca lebih jelas korang bagi address email nanti aku forwardkan..

Nilah orang yang mempersoalkan tentang puasa..


P/S : Pelik ngan orang zaman sekarang ni..Macam2 hal..

Meriahnya Berbuka Puasa di Kampung

Seronok sangat dapat berbuka dikampung..hari Sabtu yang lepas aku balik kampung..Abah aku ajak berbuka di rumah atuk aku di Sungai Besar..Meriah sangat sebab ramai yang balik..Actually tak semua yang balik.Adik beradik abah aku ada 11 orang..yang balik cuma 4 keluarga je..Itupun dah cukup meriah..Tempat makan pun tak cukup..Korang bayangkanlah makanan banyak mana..Gambar-gambar kat bawah menceritakan betapa meriahnya..Aku malas nak cerita..hehe~

Bermacam-macam air..

Macam kenduri je..

Dessert kitorang..


Pelbagai lauk- pauk

Kitorang yang dah book tempat..

Adik beradik aku je yang dah duduk..Yang lain bersabar je tunggu waktu berbuka..


Blog List Ben Ashaari


Aku nak join gak..dah lama tak join bila ben buat apa-apa..Kemalasan melanda hidupku..hehe~ En.Ben, nak tanya adakah saya boleh join lagi? Kalau tak boleh tak kira nak join gak..Aku tahu ben buat pembubaran dari blog kancil biru..Aku suka baca blog dia..Suka baca blog En.Ben juga (kaki bodek macam tulah)..

Tak kiralah nak cakap aku apa-apa pun..yang penting aku nak join apa yang En.Ben buat..Blog aku ni aku nak masukkan dalam kategori "peribadi" sebab aku suka meluahkan apa yang aku rasa kat blog..Itu je tempat aku nak meluahkan isi hati aku..cewah..sentimental plak aku tiba-tiba..

Ok..Kalau korang nak join boleh pergi kat sini..Selamat mencuba..

Thursday, August 12, 2010

Berhati-hati Berbuka Puasa di Hotel

Sempena bulan puasa ni mesti ramai nak berbuka puasa di hotel..Banyak pula hotel yang menawarkan set berbuka puasa yang murah dan lazat..Tapi kita perlu ingat sebagai umat Islam kita kena ketahui samada hotel tu halal atau tak ye..Jom baca artikel ni..Sumber dari portal rasmi halal Malaysia..


Hanya 51 dapur 22 hotel miliki sijil halal JAKIM

Oleh : Nazura Ngah

KUALA LUMPUR: Hanya 51 dapur restoran dan premis makanan di 22 hotel di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diberikan pensijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sehingga kelmarin.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, sehubungan itu menasihatkan umat Islam yang memilih berbuka puasa di hotel atau menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel memilih premis yang disahkan halal oleh JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Kelmarin, JAKIM menerima permohonan 10 hotel, dua daripadanya sudah diselesaikan proses dokumentasi, manakala lapan dalam proses semakan dokumen dan dijangka disegerakan proses pengauditan sebaik proses semakan dokumentasi selesai, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Wan Mohamad menasihatkan pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal tidak menyalahgunakan terma yang boleh mengelirukan pengguna seperti Bufet Ramadan kerana ia menggambarkan persediaan makanan adalah halal dan boleh dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengikut Akta Perihal Dagangan 1972.

Antara dapur yang mendapat sijil halal JAKIM adalah di hotel Ancasa Hotel, Brisdale International Hotel, Crystal Crown Hotel, Dynasty Hotel Citrus Hotel, Grand Seasons Hotel, Pan Pacific KLIA, KLI Hotel, Hotel Putra, Legend Hotel, Midah Hotel, Ming Court Hotel, Corus Hotel, Puteri Park Hotel, PNB Darby Park Executive Suites, Quality Hotel City Centre, Residence Hotel Universiti Tenaga Nasional, Seri Pacific Hotel, Hotel Maluri, The Plaza Hotel Kuala Lumpur dan Tradewinds Hotels & Resorts Orang ramai boleh melayari web halal di www.halal.gov.my untuk menyemak restoran dan premis makanan di hotel berkenaan yang mendapat sijil pengesahan halal JAKIM.

Ok.sapa-sapa nak juga berbuka puasa di hotel boleh check list hotel yang mendapat sijil halal kat sini..

Wednesday, August 11, 2010

Niat Berbuka Puasa versi Upin & Ipin

P/S : Comelkan..hehe~

Sahur Jangan Tak Sahur

Pagi ni tengok semua orang muka mengantuk je termasuklah aku sekali..Maklumlah hari ni first puasa macam tulah..Lama-lama nanti baru ok..Korang sahur tak hari ni??Aku mestilah sahur..Aku ni ada masalah gastrik makanya wajib bersahur..Aku rasa hari ni semua orang bersahur..Semangat puasalah katakan..Korang tahukan makan sahur ni sunat..Time bulan ramadhan nilah peluang kita nak banyakkan pahala..Makanlah sahur walaupun sedikit..

Rasulullah s.a.w bersabda :

Bermaksud:"Makan sahur itu berkat,oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang makan sahur dan malaikat mendoakannya"

So, tunggu apa lagi rebutlah peluang ni untuk mendapatkan pahala..Jangan sahur sekarang plak..Esok pagi ye..hehe~

Tuesday, August 10, 2010

Adab-Adab Puasa

Adab-Adab Berpuasa

A. Makan Sahur
Orang yang berpuasa sangat dianjurkan untuk makan sahur. Hal ini berdasarkan hadits dari ‘Amru bin Al-‘Ash z bahwa Rasulullah n bersabda:

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحُوْرِ

“Perbedaan antara puasa kami dengan puasa ahli kitab adalah makan sahur.” (HR. Muslim)
Dari Salman z, Rasulullah n bersabda:

الْبَرَكَةُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: الْجَمَاعَةِ وَالثَّرِيْدِ وَالسَّحُوْرِ

“Berkah ada pada 3 hal: berjamaah, tsarid (roti remas yang direndam dalam kuah), dan makan sahur.” (HR. Ath-Thabrani, 6/251, dengan sanad yang hasan dengan penguatnya, lihat Shifat Shaum An-Nabi oleh Ali Al-Halabi, hal. 44)
Disukai untuk mengakhirkan makan sahur berdasarkan hadits Anas dari Zaid bin Tsabit z, ia berkata:
Kami makan sahur bersama Rasulullah n kemudian beliau bangkit menuju shalat. Aku (Anas) bertanya: “Berapa jarak antara adzan1 dan sahur?” Beliau menjawab: “Kadarnya (seperti orang membaca) 50 ayat.” (Muttafaqun ‘alaih)
Namun apa yang diistilahkan oleh kebanyakan kaum muslimin dengan istilah imsak, yaitu menahan (tidak makan) beberapa saat sebelum adzan Shubuh adalah perbuatan bid’ah karena dalam ajaran nabi n tidak ada imsak (menahan diri) kecuali bila adzan fajar dikumandangkan. Rasulullah n bersabda:

إِذَا أَذَّنَ بِلاَلٌ فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُؤَذِّنَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُوْمٍِ

“Apabila Bilal mengumandangkan adzan (pertama), maka (tetap) makan dan minumlah hingga Ibnu Ummi Maktum mengumandangkan adzan.” (Muttafaqun ‘alaih)
Bahkan bagi orang yang ketika adzan dikumandangkan masih memegang gelas dan semisalnya untuk minum, diberikan rukhshah (keringanan) khusus baginya sehingga dia boleh meminumnya.
Abu Hurairah z meriwayatkan bahwa Rasulullah n bersabda:

إِذَ سَمِعَ أَحَدُكُمُ النِّدَاءُ وَاْلإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ فَلاَ يَضَعْهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ مِنْهُ

“Jika salah seorang kalian mendengar panggilan (adzan) sedangkan bejana (minumnya) ada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya hingga menunaikan keinginannya dari bejana (tersebut).” (HR. Ahmad dan Abu Da wu d dan dihasankan oleh Syaikhuna Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i t dalam Al-Jami’ Ash-Shahih, 2/418-419)
Hukum makan sahur adalah sunnah muakkadah. Berkata Ibnul Mundzir: “Umat ini telah bersepakat bahwa makan sahur hukumnya sunnah dan tidak ada dosa bagi yang tidak melakukannya berdasarkan hadits Anas bin Malik z bahwa Rasulullah n bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُوْرِ بَرَكَةً

“Makan sahurlah, karena sesungguhnya pada makan sahur itu ada barakahnya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Dianjurkan makan sahur dengan buah kurma jika ada, dan boleh dengan yang lain berdasarkan hadits Abu Hurairah z, bahwa Rasulullah n bersabda:

نِعْمَ السَّحُوْرِ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ

“Sebaik-baik sahur seorang mukmin adalah buah kurma.” (HR. Abu Da wu d, 2/2345, dan Ibnu Hibban, 8/3475, Al-Baihaqi, 4/236, dan dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani t)
Jika seseorang ragu apakah fajar telah terbit atau belum, maka boleh dia makan dan minum sampai dia yakin bahwa fajar telah terbit.
Firman Allah k:

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ اْلأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ

“Makan dan minumlah kalian hingga jelas bagimu benang putih dan benang hitam, yaitu fajar ….” (Al-Baqarah: 187)
Berkata As-Sa’di t: “Padanya terdapat (dalil) bahwa jika (seseorang) makan dan semisalnya dalam keadaan ragu akan terbitnya fajar maka (yang demikian) tidak mengapa.” (Taisir Al-Karim Ar-Rahman hal. 87)

B. Berbuka Puasa
Orang yang berpuasa dianjurkan untuk mempercepat berbuka jika memang telah masuk waktu berbuka. Tidak boleh menundanya meski ia merasa masih kuat untuk berpuasa. ‘Amr bin Maimun Al-Audi meriwayatkan:

كَانَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعْجَلَ النَّاسِ إِفْطًارًا وَأَبْطَأَهُمْ سُحُوْرًا

“ Para shahabat Muhammad n adalah orang yang paling cepat berbukanya dan paling lambat sahurnya..” (HR. Al-Baihaqi, 4/238, dan Al-Hafidz Ibnu Hajar t menshahihkan sanadnya)
Berkata Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin t:
“Cepat-cepat berbuka puasa (dianjurkan) bila telah terbenam matahari, bukan karena adzan. Namun di waktu sekarang (banyak) manusia menyesuaikan adzan dengan jam-jam mereka. Maka bila matahari telah terbenam boleh bagi kalian berbuka walaupun muadzdzin belum mengumandangkan adzan.” (Asy-Syarh Al-Mumti’)
Buka puasa dilakukan dalam keadaan ia mengetahui dengan yakin bahwa matahari telah terbenam. Hal ini bisa dilakukan dengan melihat di lautan dan semisalnya. Adapun hanya sekedar menduga dengan kegelapan dan semisalnya, maka bukan dalil atas terbenamnya matahari. Wallahu a’lam.
Mempercepat buka puasa adalah mengikuti Sunnah Rasulullah n. Sahl bin Sa’ad z meriwayatkan Rasulullah n bersabda:

لاَ تَزَالُ أُمَّتِيْ عَلَى سُنَّتِيْ مَا لَمْ تَنْتَظِرْ بِفِطْرِهَا النُّجُوْمَ

“Senantiasa umatku berada di atas Sunnahku selama mereka tidak menunggu (munculnya) bintang ketika hendak berbuka.” (HR. Al-Hakim, 1/599, Ibnu Hibban, 8/3510, dengan sanad yang shahih. Lihat Shifat Shaum An-Nabi hal. 63)
Mempercepat berbuka puasa akan mendatangkan kebaikan bagi pelakunya. Seperti yang diriwayatkan Sahl bin Sa’ad z bahwa Rasulullah n bersabda:

لاَ يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الفِّطْرَ

“Senantiasa manusia berada dalam kebaikan selama mereka mempercepat buka puasa.” (HR. Al-Bukhari, 2/1856, dan Muslim, 2/1098)
Mempercepat berbuka puasa adalah perbuatan menyelisihi Yahudi dan Nashara. Abu Hurairah z berkata, Rasulullah n bersabda:

لاَ يَزَالُ هَذَا الدِّيْنُ ظَاهِرًا مَا عَجَّلَ النَّاسُ الْفِطْرَ لأَنَّ الْيَهُوْدَ وَالنَّصَارَى يُؤَخِّرُوْنَ

“Senantiasa agama ini nampak jelas selama manusia mempercepat buka puasa karena Yahudi dan Nashara mengakhirkannya.” (HR. Abu Da wu d, 2/2353, Ibnu Majah, 1/1698, An-Nasai dalam Al-Kubra, 2/253, dan Ibnu Hibban, 8/3503, dan dihasankan oleh Asy-Syaikh Al-Albani t)
Selain itu, mempercepat buka puasa termasuk akhlak kenabian. Sebagaimana dikatakan ‘Aisyah x:

ثَلاَثٌ مِنْ أَخْلاَقِ النُّبُوَّةِ: تَعْجِيْلُ اْلإِفْطَارِ وَالتَّأْخِيْرُ السُّحُوْرِ وَوَضْعُ الْيَمِيْنِ عَلَى الشِّمَالِ فِي الصَّلاَةِ

“Tiga hal dari akhlak kenabian: mempercepat berbuka, mengakhirkan sahur, dan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri dalam shalat.” (HR. Ad-Daruquthni, 1/284, dan Al-Baihaqi, 2/29)
Orang harus berbuka puasa lebih dahulu sebelum shalat Maghrib, berdasarkan hadits Anas z bahwa Rasulullah n berbuka puasa sebelum shalat (Maghrib) dan makanan yang paling dianjurkan untuk berbuka puasa adalah kurma. Anas bin Malik z berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٍ فَتُمَيْرَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٍ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ

“Adalah Nabi n berbuka dengan ruthab (kurma muda) sebelum shalat (Maghrib), bila tidak ada ruthab maka dengan tamr (kurma yang matang), bila tidak ada maka dengan beberapa teguk air..” (HR. Abu Da wu d, 2/2356, dan At-Tirmidzi, 3/696, Ad-Daruquthni, 2/185, dengan sanad yang shahih, dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani t)
Jangan lupa, berdoa sebelum berbuka puasa dengan doa:

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَتِ الْعُرُوْقُ وَثَبَتَ اْلأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ تَعَالَى

“Telah hilang dahaga dan telah basah urat-urat dan telah tetap pahala insya Allah k.” (HR. Abu Da wu d, 2/306 no.. 2357, An-Nasai dalam As-Sunan Al-Kubra, 2/255, Ad-Daruquthni, 2/185, Al-Baihaqi, 4/239, dari hadits Ibnu ‘Umar c dan dihasankan oleh Asy-Syaikh Al-Albani t)
Orang yang menjalankan ibadah puasa diharuskan menjauhkan perkataan dusta sebagaimana yang terdapat dalam hadits Abu Hurairah z, bersabda Rasulullah n:

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ للهِ حَاجَةٌ فِيْ أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

“Siapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan mengamalkannya, maka tidak ada keinginan Allah pada puasanya” (HR. Bukhari no. 1804)

1 Yang dimaksud adalah iqomah, karena terkadang iqomah disebut adzan, wallahu a’lam. Yang dimaksud dengan sahur adalah akhir waktu sahur yaitu ketika masuk waktu shubuh, sebagaimana akan lebih jelas pada artikel 'Sahur dan Berbuka', -red.


Pembatal Puasa

a. Makan dan minum dengan sengaja
Allah k berfirman:

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ اْلأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ

“Makan dan minumlah hingga jelas bagi kalian benang putih dari benang hitam dari fajar kemudian sempurnakanlah puasa hingga malam.” (Al-Baqarah: 187)
Namun jika seseorang lupa maka puasanya tidak batal, berdasarkan hadits Rasulullah n:

إِذَا نَسِيَ فَأَكَلَ وَشَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللهُ وَسَقَاهُ

“Jika ia lupa lalu makan dan minum maka hendaklah dia sempurnakan puasanya karena sesungguhnya Allah yang memberinya makan dan minum.” (HR. Al-Bukhari no. 1831 dan Muslim no. 1155)

b. Keluar darah haidh dan nifas
Hal ini sebagaimana dikatakan ‘Aisyah x:
“Adalah kami mengalami (haidh), maka kami diperintahkan untuk meng-qadha puasa dan tidak diperintahkan meng-qadha shalat.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Para ulama telah sepakat dalam perkara ini.

c. Melakukan hubungan suami istri di siang hari Ramadhan
Hal ini berdasarkan dalil Al Qur’an, As Sunnah, dan kesepakatan para ulama. Bagi yang melakukannya diharuskan membayar kaffarah yaitu membebaskan budak, bila tidak mampu maka berpuasa dua bulan secara terus-menerus, dan bila tidak mampu juga maka memberi makan 60 orang miskin. Tidak ada qadha baginya menurut pendapat yang kuat. Hukum ini berlaku secara umum baik bagi laki-laki maupun perempuan.
Adapun bila seseorang melakukan hubungan suami istri karena lupa bahwa dia sedang berpuasa, maka pendapat yang kuat dari para ulama adalah puasanya tidak batal, tidak ada qadha dan tidak pula kaffarah. Hal ini sebagaimana hadits Abu Hurairah z bahwa Rasulullah n bersabda:

مَنْ أَفْطَرَ يَوْمًا مِنْ رَمَضَانَ نَاسِيًا فَلاَ قَضَاءَ عَلَيْهِ وَلاَ كَفَّارَةَ

“Barangsiapa yang berbuka sehari di bulan Ramadhan karena lupa, maka tidak ada qadha atasnya dan tidak ada kaffarah (baginya).” (HR. Al-Baihaqi, 4/229, Ibnu Khuzaimah, 3/1990, Ad-Daruquthni, 2/178, Ibnu Hibban, 8/3521, dan Al-Hakim, 1/595, dengan sanad yang shahih)
Kata ifthar mencakup makan, minum dan bersetubuh. Inilah pendapat jumhur ulama dan dikuatkan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan Asy-Syaukani rahimahumallah.

d.. Berbekam
Ini termasuk perkara yang membatalkan puasa menurut pendapat yang rajih, berdasarkan hadits Rasulullah n:

أَفْطَرَ الْحَاجِمُ وَالْمَحْجُوْمُ

“Telah berbuka (batal puasa) orang yang berbekam dan yang dibekam.” (HR. At-Tirmidzi, 3/774, Abu Da wu d, 2/2367;2370;2371, An-Nasai, 2/228, Ibnu Majah no. 1679,dan lainnya)
Hadits ini shahih dan diriwayatkan dari kurang lebih 18 orang shahabat dan dishahihkan oleh para ulama seperti Al-Imam Ahmad, Al-Bukhari, Ibnul Madini dan yang lainnya. Ini merupakan pendapat Al-Imam Ahmad dan Ishaq bin Rahuyah serta dikuatkan oleh Ibnul Mundzir.
Ada beberapa perkara lain yang juga disebutkan sebagian para ulama bahwa hal tersebut termasuk pembatal puasa, di antaranya:

e. Muntah dengan sengaja
Namun yang rajih dari pendapat ulama bahwa muntah tidaklah membatalkan puasa secara mutlak sengaja atau tidak sengaja. Sebab asal puasa seorang muslim adalah sah, tidaklah sesuatu itu membatalkan kecuali dengan dalil. Adapun hadits Abu Hurairah z bahwa Rasulullah n bersabda:

مَنْ ذَرَعَهُ الْقَيْءُ فَلاَ قَضَاءَ عَلَيْهِ وَمَنِ اسْتَقَاءَ فَلْيَقْضِ

“Barangsiapa yang dikalahkan oleh muntahnya maka tidak ada sesuatu atasnya dan barangsiapa yang sengaja muntah maka hendaklah dia meng-qadha (menggantinya).” (HR. Ahmad, 2/498, At-Tirmidzi, 3/720, Abu Da wu d, no. 2376 dan 2380, Ibnu Majah no. 1676)
Hadits ini dilemahkan oleh para ulama, di antaranya Al-Bukhari dan Ahmad. Juga dilemahkan oleh Asy-Syaikh Muqbil bin Hadi t.
Namun jika muntah tersebut keluar lalu dia sengaja memasukkannya kembali maka hal ini membatalkan puasanya.

f. Menggunakan cairan penngganti makanan seperti infus
Terjadi perselisihan di kalangan para ulama, dan yang rajih bahwa suntikan terbagi menjadi dua bagian:
1). Suntikan yang kedudukannya sebagai pengganti makanan maka hal ini membatalkan puasanya, sebab nash-nash syari’at bila didapatkan pada sesuatu yang termasuk dalam penggambaran yang sama maka dihukumi sama seperti yang terdapat dalam nash.
2).Suntikan yang tidak berkedudukan sebagai pengganti makanan, maka hal ini tidaklah membatalkan puasa sebab gambarannya tidak seperti yang terdapat dalam nash baik lafadz maupun makna, tidak dikatakan makan dan tidak pula minum dan tidak pula termasuk dalam makna keduanya.. Dan asalnya adalah sahnya puasa seorang muslim sampai meyakinkan pembatalnya berdasarkan dalil yang syar’i. (lihat fatwa Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin t dalam Fatawa Islamiyyah: 2/130, fatwa Asy-Syaikh Bin Baaz t dalam Fatawa Ramadhan: 2/485, dan Fatwa Lajnah Da’imah: 2/486, dan fatwa Syaikhul Islam t dalam Haqiqotus Shiyam: 54-60).
Namun Asy-Syaikh Muqbil t menasehatkan bagi orang yang sakit untuk berbuka dan tidak berpuasa agar tidak terjatuh ke dalam sesuatu yang menimbulkan syubhat. (Min Fatawa Ash-Shiyaam: 6)

g. Onani
Pendapat yang rajih dari pendapat para ulama bahwa onani tidaklah membatalkan puasa, namun termasuk perbuatan dosa yang diharamkan melakukannya baik ketika berpuasa maupun tidak. Allah k berfirman menyebutkan di antara ciri-ciri orang mukmin:

وَالَّذِيْنَ هُمْ لِفُرُوْجِهِمْ حَافِظُوْنَ. إِلاَّ عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُوْمِيْنَ. فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُوْنَ

“Dan (mereka adalah) orang yang memelihara kemaluannya, kecuali kepada istri-istrinya atau budak wanita yang mereka miliki. Maka sesungguhnya (hal itu) tidak tercela. Maka barangsiapa yang mencari selain itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Mu’minun: 5-7)


Hal-Hal yang Diperbolehkan Bagi Orang yang Berpuasa

a. Bersiwak
Rasulullah n bersabda:

لَوْ لاَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلاَةٍ

“Jika aku tidak memberatkan umatku, niscaya akan kuperintahkan mereka bersiwak setiap hendak shalat.” (Muttafaq ‘alaih)

b. Masuknya waktu fajar dalam keadaan junub
Hal ini berdasarkan hadits ‘Aisyah dan Ummu Salamah c bahwa Nabi n mendapati waktu fajar dalam keadaan junub setelah (bersetubuh dengan) istrinya, kemudian beliau mandi dan berpuasa. (Muttafaq ‘alaihi)

c. Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung asal tidak berlebihan
Laqith bin Shabirah meriwayatkan bahwa Rasulullah n bersabda:

وَبَالِغْ فِي اْلإِسْتِنْشَاقِ إِلاَّ أَنْ تَكُوْنَ صَائِمًا

“Dan bersungguh-sungguhlah kalian dalam ber-istinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung) kecuali bila kalian berpuasa.” (HR. Abu Da wu d, 1/132, dan At-Tirmidzi, 3/788, An-Nasai, 1/66, dan dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani t)

d. Menggauli istri selain bersetubuh
Sebagaimana yang dikatakan oleh ‘Aisyah x:
“Adalah Rasulullah nmencium (istrinya) dan beliau berpuasa, menggaulinya (bukan jima’) dan beliau berpuasa.” (Muttafaqun ‘alaihi)

e. Mencicipi makanan dan menciumnya asal tidak memasukkan ke dalam kerongkongannya
Berkata Ibnu ‘Abbas c:
“Tidak mengapa seseorang mencicipi cuka atau sesuatu (yang lain) selama tidak masuk kerongkongannya dalam keadaan dia berpuasa.” (Diriwayatkan Al-Bukhari secara mu’allaq dan disambung sanadnya oleh Ibnu Abi Syaibah dan Al-Baihaqi)

f. Mandi di siang hari
Sebagaimana yang terdapat pada kisah junub Nabi n yang telah lalu.

Perbuatan yang Dianjurkan di bulan Ramadhan

a. Memperbanyak shadaqah
b. Memperbanyak bacaan Al Qur’an, dzikir, doa, dan shalat
Ibnu ‘Abbas c meriwayatkan:

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُوْنُ فِيْ رَمَضَانَ حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْرِيْلُ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ

“Rasulullah n adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya Al Qur`an.” (HR. Al-Bukhari)

c. Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa
Rasulullah n bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

“Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurang sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.” (HR. Ahmad, 4/114, At-Tirmidzi, 3/807, Ibnu Majah, 1/1746, Ad-Darimi no. 1702, dan dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani t dalam Shahih At-Tirmidzi).

Wallahul muwaffiq.

P/S : sharing is caring..hehe~

Selamat Menyambut Ramadhan Kepada Semua Umat Islam

Cara Aku Hilangkan Tension

Bila dah masuk sem baru je..Hidup Siti Hajar diselubungi dengan tension..Mana taknya banyaknya assignment..Dengan kerja lagi, anak lagi, suami lagi..So,tired ok..Mesti ada yang cakap sapa suruh kahwin awal..Dulu suruh belajar sibuk nak kahwin..Tahu dah..haha~tapi setiap kali aku tension aku boleh hadapi dengan tenang sekali..Nak tahu macam mana??

1. Tidur.
Aku suka tidur sebab akukan sleeping beauty versi moden punya..haha~Benganglah tu..Ye,memang itulah perkara pertama yang aku lakukan bila aku tension..Bagi aku tidurlah terapi yang paling bagus aku hilangkan tension..Orang lain aku tak tahu..Lain orang lain caranya..

2. Nangis
Aku tak kisah digelar 'ciwek' sebab aku suka nangis bila aku tension..Kalo ko suka ngata aku, nak tak tolong aku buat assignment..Tak nakkan so diam..Biar aku nangis dulu..hehe~So,lepas ni sapa nampak aku nangis maknanya aku tensionlah tu..

3. Sentiasa senyum dan sentiasa buat orang lain gembira
Sentiasalah senyum walaupun dalam hati korang macam ni %^&**^()$#@^&!!!&^%$#..Dan bila aku tension aku akan buat lawak atau bercerita perkara-perkara lucu supaya orang lain akan tergelak-gelak..Dengan tengok orang gembira hilanglah segala kekusutan aku memikirkan masalah sahaja..

4. Berangan
Kadang-kadang bila aku terlalu memikirkan masalah aku tak boleh tidur..Mana taknya tak boleh tidur sebab dah terlebih tidur..haha~Bila rasa-rasa tak boleh tidur aku suka berangan..Paling aku suka berangan jadi orang kaya..Aku akan berangan seronoknya aku shopping macam2 barang..kasut dan beg sama dengan colour baju..Alangkah seronoknya kalau menjadi kenyataan..Nak ngata aku mata duitanlah tu..Tak kisah pun..

5. Beristighfar & Berdoa
Banyak-banyakkanlah beristighfar bila korang tengah tension..InsyaAllah hati korang akan tenang..Aku selalu berdoa supaya Allah permudahkanlah segala yang aku lakukan dan alhamdulillah aku boleh hadapi segalanya dengan tenang..
Itu jelah cara-cara yang aku amalkan bila aku ngah tension..yang paling penting jangan mudah putus asa..Aku akan ingat kata-kata seorang lecturer aku sampai bila-bila..

"Jangan rasa rendah diri walaupun kamu ada SPM..Tak semestinya kamu tidak boleh berjaya..Setiap orang berjaya semuanya bermula dari bawah jadi jangan mudah putus asa..Mungkin satu hari nanti saya akan berjumpa semula dengan kamu ketika itu kamu sudah menjadi orang yang terbilang dan gemilang..Kita tak tahu masa hadapan jadi jangan mudah putus asa dan teruskan belajar hingga berjaya"

Sunday, August 8, 2010

Senyum Itukan Satu Sedekah


Senyum itu tanda mesra, senyum itu tanda kasih sayang, senyumlah sedekah yang paling mudah tapi sayang ada juga manusia yang tak suka senyum..Mungkin gigi tak de..Tak tahulah..Tapi senyum bukannya nampak gigi.Betul tak??

Itulah yang aku hadapi bila aku pergi satu kaunter ni..Aku tak nak cakap kaunter apa..Karang aku kena saman..haha~Tak kira siapa yang datang sikit pun dia tidak memberi senyuman..Minta maaf aku nak kutuk sikit..Muka dia memang tak manis..Tapi aku rasa kalau dia senyum mesti muka dia nampak manis macam aku..(perasannya).

Aku juga bekerja di bahagian kaunter..Bagi aku senyumlah benda pertama yang kita sambut pada tetamu yang datang..Lagipun senyum itukan satu sedekah..Aku memang suka senyum..Dulu mula-mula kahwin, aku dengan Zamri makan kat satu kedai mamak..Ada seorang pakcik ni senyum kat aku dan aku pun balas..

Zamri tanya : kenal ke ngan pakcik tu??
aku : tak kenal..
Zamri : habis tu kenapa senyum ngan pakcik tu??
aku : senyum tu kan satu sedekah..

Lagipun tak rugi pun senyum..Betul tak??Bukannya kena bayar pun..So, pada yang kerja bahagian kaunter tak kisahlah cashier,customer service atau apa-apa sahaja..Senyuman anda penyejuk hati para customer..

Thursday, August 5, 2010

Traesure Hunt at Genting Highland

Hari ahad lepas kelab sukan ofis aku buat Treasure Hunt.First time aku join..Best sangat-sangat..Kumpulan kitorang dapat no.5 daripada 8 group..Kira oklah tukan..Bila ingatkan balik pengalaman pergi sana mesti tersengih-sengih..Macam-macam ragam..Dan untuk pengetahuan semua first time juga aku drive sampai ke genting..Berdebar-debar siot..sebabnya ramai bebeno takutkan aku..Bahayalah..macam-macamlah..Tu yang aku takut tapi setelah aku drive sendiri dan lalu kat situ tak delah menyeramkan sangat cuma nak balik je nanti baru adventure sikit..


Group aku 'Srikandi'..Semuanya perempuan..


Nak start..sempat posing lagi..

Jom cari harta karun..

CEO nak lepaskan kami..(ayat tak boleh tahan)

Mencari harta karun tapi sempat posing tu..

Cari jangan tak cari..

Awana Long House,Genting..Cantik sangat tempat ni..

Sampai sana ada sukaneka..best sangat gamenya..

Main bola tampar pakai kain batik..kelakar sangat..

Suka sangat gambar ni..


Makan time..hehe~

Rugi sangat sapa yang tak pergi..saje je nak bakar kak sal ngan kak azie..jangan marah..tapi memang rugi pun akak tak join..haha~Best giler..Kitorang rugi juga sebab kitorang tak bermalam kat situ..Hari ahad tu ada kelas tapi aku ponteng 2 kelas gak..Penat tu..Malam tu sampai rumah pukul 2.00am..Lepas tu Sefia muntah-muntah..Lagilah lewat aku tidur..So,terpaksalah ponteng..Sorry ye En-en lecturer..hehe~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...