Wednesday, September 29, 2010

Pastikan Taska Berdaftar..

Baru-baru ni kita semua ada dengar dan baca pasal kes baby tercekik susu tu kan..Yang kedua kes tu tak silap aku taska yang dia hantar baby dia rupanya tak berdaftar dan tak berlesen..

So, kat sini aku nak nasihat pada semua ibu bapa yang nak hantar dan dah hantar anak kat taska periksa dulu samada taska tu berdaftar atau tidak..Pada yang dah hantar mungkin korang boleh check juga..tak lambat lagi rasanya sebelum apa-apa berlaku..

Korang boleh check dekat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia samada taska tu berdaftar atau tidak..Alhamdulilah sebelum aku hantar Sefia & Syamimi aku check dulu samada taska tu berdaftar atau tidak..Dan taska tu aku rasa sangat ok sebabnya ada lebih dari 5 penjaga yang jaga 20 orang budak..

Dekat area rumah aku berlambak taska tau tapi yang berdaftar hanya 1 taska dan kat situlah aku hantar Sefia & Syamimi..Dan anak dara 2 orang tu pun bukan main seronok pergi taska..Cuti pun kalau boleh nak pergi taska..

Pada Ibu bapa yang bakal hantar anak ke taska check dulu samada taska tu berdaftar dan berlesen ye..Dan kalau nak buat aduan pasal taska tu boleh juga dekat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia..

Monday, September 27, 2010

Rendang Ayam Pertama Hajar..



Semalam aku masak rendang ayam..First time masak rendang sebenarnya..Teringin nak buat rendang ni dah lama sebenarnya tapi disebabkan kemalasan melanda diri aku ni dan kesibukan aku kononnya maka tergendala nak masak..

Aku gigihkan juga masak rendang sebelum aku pergi kelas semalam..Sebenarnya aku takut nak rasa aku masak ni..First timelah katakan tapi bila Zamri cuba dia kata sedap..Aku pun lega..Tak sangka aku masak rendang jadi..hehe~

Rendang tu kami makan dengan lemang..Aku dapat lemang bukan main senang lagi sebabnya jiran aku memang jual lemang so order je kat dia..Nak berapa cakap aje tapi aku beli satu je..Sekali tak cukuplah..Nasib baik aku ada buat nasi impit..

Hari ni bawak kat ofis sebab makan kat rumah tak abis..Diorang semua cakap rendang aku sedap..Seronoknya..Next time boleh buat lagi ni..Tak payah harap mak aje..hehe~

Siapa nak rasa aku punya rendang datang rumah aku tahun depanlah..haha~Tunggu aku buat open house ye..Tahun ni memang aku tak buat sebab weekend aku dipenuhi dengan kelas..Tapi kalau ada request dari ibu yang mengandung aku buat..Kalau yang mengandung lemak sorry ye..

Sunday, September 26, 2010

Lega Sangat..

Alhamdulilah lega sangat sebab weekend ni berjaya pergi ke semua jemputan open house..Actually tak semua..Ada yang terpaksa kita reject sebab jauh..Tapi penatlah..Dengan habis kelas aku pergi semua open house.Paling banyak jemputan hari Sabtu..Hari Sabtu kami sampai rumah dalam pukul 12.00am..

Makan jangan katalah..Semua tempat aku melantak..Tapi bila dah rumah yang last sekali aku rasa macam nak muntahkan balik apa yang aku makan sebab perut aku sebu..Mungkin terlalu kenyang..Kalau tak makan rasa tak sedap hati pulak..Aku ni jenis suka jaga hati orang..Yang bestnya bila rumah yang last tuan rumah siap bungkuskan aku kek coklat yang sedap sangat..

Hari ni sebelum pergi kelas aku sempat lagi buat rendang ayam..Nanti aku buat entry pasal tu..First time masak rendang tu..Esoklah aku post..Tak larat dah ni..Nak tidur..Oklah bye..Esok sambung lagi..

BLOG LIST BEN ASHAARI SEPTEMBER



Ben Ashaari buat blog list lagi..Semestinya aku join..wajib..hehe~Itupun nasib baik aku buka blog ben..kalau tidak mesti aku terlepas sebabnya Ben buka sampai tengah malam ni je..So, siapa-siapa nak join cepat-cepat masuk blog dia..

Aku suka baca blog Ben sebab dia rajin update blog..Aku rasa setiap masa kot..Ada je idea Ben nak update blog..Kalau boleh Ben bagi tips lebih sikit ye macam mana boleh dapat update blog setiap masa..

Aku submit lambat sikit entry ni..Tapi yang penting sempatkan Ben..hehe~Maklumlah hari ni aku ada kelas..Lepas kelas pergi open house..Habis je open house terus je buka laptop nak submit entry ni..Nasib baik sempat lagi..

So, siapa-siapa yang nak join blog list BEN bolehlah ke sini ye..

Friday, September 24, 2010

Menunggu Keajaiban

Member aku sorang ni memang tengah tunggu keajaiban..Nak tahu apa??Sebenarnya member aku ni tengah kebuntuan sebabnya laki dia baru dapat posting tapi yang tak menggembirakan laki dia dapat posting kat kelantan sebagai cikgu ye..

Dia dah mintak tolong ramai orang termasuklah Tan Sri,dato dan sapa tah lagi aku pun tak pasti tapi still tiada apa-apa perkembangan..Pakcik aku pun ada tolong tapi tak membantu sangat pun..Laki dia kena juga lapor diri kat sana..Lepas tu baru boleh mohon untuk tukar..

Actually member aku ni baru kahwin so banyak komitmen kat sini yang memang laki dia tak boleh menetap kat kelantan.Contohnya member aku ni kerja dan belajar lagi kat uitm shah alam..So, macam mana laki dia nak terus menetap kat kelantan..

Jadinya, aku nak mohon jasa baik sesiapa yang ada cable yang boleh tolong member aku ni sangat-sangat diperlukan..Kalau tak ada sama-sama kita berdoa ada keajaiban untuk dia sebabnya esok dah kena gerak pergi Kelantan.



Inilah member aku..walaupun dia senyum tapi aku tahu jauh disudut hati kau sebenarnya kau sedih..Betul tak Su??Sapa nak pisah ngan laki..Zamri outstation 3 hari pun aku dah rindu giler apatah lagi duduk jauh ngan kita..So,harap-harap ada yang sudi tolong..

Wednesday, September 22, 2010

Minta Maaf Kawan-kawan..

Entry ni khas untuk kawan-kawan aku..Raya ni memang aku tak dapat luangkan masa bersama kawan-kawan.Aku memang nak minta maaf banyak-banyak pada kawan-kawan aku..

Firstly, aku nak minta maaf pada kawan-kawan aku ex-class 5 Bestari sebab aku tak dapat join baraan korang dan aku sangat-sangat menyesal tak dapat ikut korang..Aku rasa bersalah sampai sekarang untuk pengetahuan korang sebab aku dah janji nak ikut.Aku tahu mesti ada yang cakap Hajar mana pernah nak join kalo acara-acara nak jumpa kawan-kawan ni..

Itu yang paling aku tak nak dengar sebenarnya so kat sini memang aku nak jelaskan kenapa aku tak dapat datang..Jika korang boleh pilih antara family dengan kawan mana yang penting??..Aku pilih family sebab family sentiasa bersama dengan aku tak kira susah atau senang..Family aku datang rumah dan pakcik aku semua buat open house time tu..Dan waktu tu hanya aku sahaja yang boleh bawa family aku..Kebetulan waktu tu sepupu masuk hospital disebabkan denggi dan waktu tu juga mak ngan abah minta dibawa jumpa dengan sepupu..So,kalo korang ditempat aku apa korang akan buat?

Buat bodoh atau bawa mereka atau join baraan korang??Korang fikirlah sendiri ye..

Ok.Orang kedua yang aku nak minta maaf ialah kawan aku yang bernama Ain..Aku minta maaf sangat sebab tak dapat pergi open house rumah ko.Waktu ko buat open house aku ada kelas..Aku tak dapat nak bagi mesej kat ko sebab no credit..Semalam baru aku topup sebab nak topup pun aku tak ada masa..Aku terlalu busy ngan kelas aku sekarang ni sebab aku nak exam..Banyak betul lecturer aku buat kelas tambahan..Tahun ni aku raya macam tak raya..Aku redha..Nak buat macam manakan..Aku belajar lagi..huhu~

Actually aku sedih gak sebab tahun ni raya aku macam tak raya..Aku tak beraya sangat..Tak pergi mana-mana pun..Semuanya disebabkan aku masih student..Esok dan ahad aku masih ada kelas..So tired lorr..

Apapun pada yang dah jemput aku kerumah terbuka masing-masing insyaAllah aku akan pergi..Maybe after kelas baru boleh pergi..Tapi yang dekat sahaja..yang jauh aku kirim salam je..hehe~

Akhirnya Aku Dapat Makan "Oreo Cheese Cake"

Aku dah lama teringin nak makan oreo cheese cake ni sejak-sejak tengok blog kak umi..Waktu tu bila tengok kak umi post pasal kek oreo mesti melelehlah air liur..

Satu hari, tengah aku tengok oreo cheese cake ni member aku ni lalu so dia kata ko nak ke kek ni..Aku cakaplah nakkkk..Dia kata bini aku pandai buat kek ni..Nanti aku suruh dia buat..Betapa gembiranya hati aku ni..Akhirnya dapat juga makan oreo cheese cake ni..

Lepas 2 minggu, member aku bawalah kek ni..Bayar ye bukan free tau..Dia punya kek tu tersangatlah sedap..Cukup rasa kau..Ramai yang rasa kek ni memang diorang cakap sedap giler..

Tapi, aku bukan nak kutuk tapi nak beritahu je..Last week aku beli oreo cheese cake kat secret recipe sebab kebetulan aku makan kat kfc..Sebelah kedai kfc ada secret recipe tapi dia punya kek sangat-sangat mengecewakan aku..Tak sedap macam yang aku order kat member aku ni..Rasa cheese semata-mata..Oreo langsung tak rasa..

Tak kisahlah yang penting aku dah dapat makan oreo cheese cake..Dah hilang mengidam aku tapi masih tak hilang keinginan untuk makan lagi..Macam mana tu??

Aku Dapat Duit Raya

Aku tak sangka dapat duit raya sebabnya aku ni dah kerja,dah kawin pulak tu dan ada anak lagi tapi aku still dapat duit raya..Alangkah seronoknya..Seronok yang tak terkata..Dah lama tak dapat duit raya..Duit raya dari Zamri tu dah biasa..Yang ni luar biasa sikit sebabnya dah bertahun aku tak dapat duit raya..



Banyak nilah aku dapat..Semua yang aku dapat beraya dirumah pakcik aku..Yang sepuluh ringgit dari pakcik sebelah mak..Yang lima ringgit dapat dari rumah pakcik sebelah abah pula..Diorang tahu aku dah kahwin tapi still nak bagi jugak..Itu yang membuat aku teruja kejap..Asyik aku je bagi duit raya apa salahnya orang bagi aku pulak..Walaupun aku dah kahwin dan keje tapi aku still student apa..haha~

Aku masih teruja dan seronok sangat sampai sekarang dapat duit raya..

Open House Rumah Atuk..

Entry raya lagi..Actually open house atuk aku hari raya ketiga..Dah lama sebenarnya tapi aku dok kepam je gambarnya..Sebenarnya nak upload lambat..Tahukan broadband aku buat hal..So, satu hari aku masukkan 2 gambar jadi lambatlah nak post entry ni..hehe~Open house rumah atuk memang tradisi setiap tahun..Cuma raya keberapa ikut persetujuan ramai..Tujuan open house rumah atuk ni sebenarnya nak kumpulkan adik-beradik atuk aku..

Memang ramai..mana taknya anak-anak,cucu-cucu dan cicit-cicit atuk aku dah ramai..Apatah lagi adik-beradik atuk aku yang lain..Yang datang silih berganti so tak adalah penat sangat..Kami tak panggil catering cuma masak beramai-ramai..Bak kata orang jawa rewanglah senang..hehe~

Apalagi jom tengok gambar-gambar semasa kejadian..


Aku suka gambar ni sebab abah aku ngan aku..Susah nak amik gambar abah aku..Gambar ni menceritakan 'like father like daughter'..hehe~

Siap ada dj..Dj ni sepupu abah aku maknanya pakcik akulahkan..Yang dua orang tu import punya..Tak kenal pun..

Inilah family aku..Ramai tak?ni baru 2 orang yang kahwin..Adik beradik aku semuanya 9 orang..

Yang ni pulak family aku ngan adik-beradik abah aku..Banyak yang tak ada dalam gambar ni..Aku pun tak ada dalam gambar ni sebab anak aku buat perangai..Masing-masing dah penat..

Bergambar bersama keluarga-keluarga yang datang..Aku yang jadi camerawoman sebab cameraman pergi pekan jap cari battery kereta..Time majlis macam nilah keta aku nak wat hal..Batery kong sangat..Nak jumper pun tak mahu hidup..

Kitorang yang sedondon..

Sepupu-sepupu aku..Cun tak??

Bergambar lagi bersama keluarga yang jauh-jauh datang..

Inilah orang kuat majlis open house atuk aku..Gambar ni menceritakan "kopak lagi duit aku tahun ni"haha~Gurau jer..Dialah sponsor makanan dan pinggan mangkuk segala..Lemang yang dia order memang best gaklah..Mana tak sedapnya ye..Benda free..


Ok.Cukup sampai sini saja..Aku malas nak membebel banyak-banyak..Bukan ada yang nak baca pun..hehe~

Maxis Broadband

Sebelum ni aku ada cerita pasal broadband aku yang buat hal so hari ni aku decide nak call maxis.Sebab aku dah tak tahan dengan kelembapan broadband aku ni..Contohnya macam malam tadi aku nak masuk i-class portal uitm punya berjanggut aku tunggu..For one website my broadband need in 10 minutes to go through the website..Tak sakit hati ko..Aku memang tension dan bengang..

Dengan assignment aku yang banyak tu kononnya malam tadi aku nak siapkan separuh tapi dengan kelembapan broadband aku macam tu macam mana aku nak siapkan..Last2 aku main game..lepas aku boring main game aku tidur..

Sebenarnya aku nak cerita kisah aku menelefon maxis broadband..Sangat-sangat sakit hati sebabnya aku telefon dekat 10 kali nobody pick-up my line..Ada yang angkat tapi diorang cut aku punya line..Maxis,apa kena ngan korang ni??Aku dah patah hati dah ni..Sangat-sangat menyusahkan aku..

Siapa-siapa yang kerja maxis mintak diorang tolong jawab call..Itu je aku nak mintak tolong..Aku bukan nak marah tapi nak tanya kenapa broadband aku slow sejak raya..Adakah yang jaga line broadband segala cuti raya lagi??

Friday, September 17, 2010

Pagi Raya Di Rumah Mertua

Ok.Minta maaf semua sebab aku tak dapat update blog..Banyak sebabnya aku tak dapat update blog..Member aku sampai call apasal tak update blog..Sorry sangat2..Aku busy sangat dengan assignment yang berlambak,test lagi,revision kelas lagi..Raya aku macam tak raya je..Then,bila aku nak update blog broadband aku buat hal sampai sekarang..Since raya dia jadi slow sangat2..Aku ambik pakej yang unlimited punya so aku rasa tak kan ada masalah slow tak kira aku guna banyak mana pun..Lagipun aku ni bukan kaki nak download2 segala..Sangat-sangat tension tau sebab semua entry aku pasal raya tergendala semua..

Tutup cerita pasal tu..Aku rasa tak lewat sangatkan nak cerita pasal raya ni..Turn raya tahun ni di kampung Zamri..Sebenarnya tak ada cerita yang best..Cerita macam biasa je..Pergi beraya rumah sedara mara secepat mungkin sebab kami nak cepat..Petang raya nak balik Sekinchan pula sebab Isnin aku dah mula kerja..

Inilah baju raya pertama kami..Nak suruh ambil gambar kami sekeluarga semua tak berani nak pegang kamera..Mungkin takut kot..So, tak adalah gambar kami sekeluarga..


Muka-muka yang balik kampung..yang lain turn rumah mertua..Mungkin..

Orang lelaki buat kerja dapur..hehe~

Buat-buat rajin je..haha~

Monday, September 13, 2010

Mood Raya Lagilah..

Hari ni aku kena kerja..Terpaksa sebab nak bergilir-gilir cuti..Memang tak de mood langsung..Mood rayalah wei..Hari ni ada majlis kat rumah pakcik aku..Semua berkumpul kat situ..Aku rasa macam nak balik je tapi apakan daya..Cukup masa je aku terus gerak pergi Tanjong Karang..Bila nak pukul 5.45 ni??

Lagi membuat aku tak de mood nak kerja sebab Zamri cuti juga so hari ni dia jadi suri rumah tangga..Aku suruh dia kemas rumah..Jahat tak aku?Bukan jahat namanya..Itu namanya saling bantu membantu..hehe~

Apasal hari ni masa lambat bebeno nak bergerak?Selalunya laju je jam tu gerak pukul 5..Saja je jam ni buat aku marah..


P/S : Mood raya lagilah..Tak boleh ke bagi cuti lama sikit?Tak boleh ye..Tak pelah tapi nak balik,nak balik,nak balik..

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Rasanya tak lambatkan aku nak ucapkan Selamat Hari raya pada semua..Tak sempat aku nak buat entry pasal ucapan raya ni sebab busy sangat..Biasalah tu nak raya..Kononnya aku bawa laptop dengan broadband nak update blog tapi haram aku nak buka..Tak ada masa langsung..

Sempena raya ni aku nak minta maaf pada semua..kawan-kawan aku,family dan yang selalu baca blog aku..Minta maaf kalau ada salah & silap dan minta maaf juga kalau blog tak best yang diharapkan..

Pagi ni aku tengah siap-siap nak pergi kerja aku dapat khabar berita Datuk Sosilawati Lawiya dah meninggal dibunuh dengan kejam..Aku sangat terkejut..Bila berita kehilangan Datuk Sosilawati keluar aku memang dah agak benda ni akan terjadi tapi aku tetap berdoa supaya dia selamat dan hari ni aku dengar berita dia dah dibunuh dengan kejam..Aku macam tak boleh terima pun ada sebab terlalu kejam apa yang dilakukannya..

Aku harap pembunuh yang melakukan perkara ini harus dihukum dan dikenakan tindakan yang sewajarnya..Apapun takziah diucapkan kepada ahli keluarga Datuk Sosilawati terutama anak-anak beliau..Harap sabar dan tabah hadapi dugaan ni..

Wednesday, September 8, 2010

Tinggal Kenangan

Bos aku last kerja di ofis kami sebelum cuti raya hari tu..Sedih memang sedih sebab bos aku ni tak macam bos orang lain..Dahlah sporting giler..Kalau aku buat salah dia tegur aku cara yang baik sekali..Susah tu nak dapat bos baik cam ni..Lepas tu bos aku ni suka buat lawak bodoh..Kira macam kawan-kawanlah bos aku layan kitorang..Tapi sayang bos aku berhenti setelah 10 tahun keje kat ofis aku ni..Mungkin bos aku tak tahan ngan staf macam aku ni..haha~


Apa2pun aku ucapkan "Selamat Hari Raya pada ex-bos aku ni dan semoga berjaya di tempat lain pula.."


P/S : Abang azam, jangan lupa Hajar yang paling comel ni ye..

Rezeki Lagi

Alhamdulillah dah nak raya ni masih ada yang baik hati nak bagi barang kat aku..Hari tu office aku ada bagi bonus..Raya sakanlah tahun ni..Tapi aku nak berjimat..hehe~Hari ni nak cerita kat korang yang aku dapat kuih free ngan hamper..Best betullah..


Kuih cheese tart ni abang Dollah bagi sebab aku ada tolong dia sikit..Best tu dapat cheese tart ni..Sedap pulak tu..Tak sempat raya dah habis pun kami makan semalam..

Lepas tu semalam Zamri dapat hamper dari office dia..Best jugak sebab banyak kuih raya..


P/S : Siapa nak bagi aku lagi??Sempat lagi ni..

Monday, September 6, 2010

Menjelang Hari Raya

Inilah suasana menjelang hari raya di kampung aku..Hati aku sebenarnya ada kat kampung aku walaupun badan aku ada kat office sekarang ni..Aku nak tolong mak aku goreng rempeyek..Nak balik2..Boleh tak bos??Boleh tapi cuti terus tak payah datang lagi..haha~Mesti bos aku cakap macam tu..Bila nak raya macam-macam kena buatkan..

First sekali mesti aku nak bawa kakak & adik potong rambut..Kedai ni je aku berkenan nak potong rambut diorang..Kedai lain aku dah reject..Walaupun jauh sanggup aku pergi..Tak adalah jauh sebenarnya..Kat kampung aku juga..

Comel je bila kakak & adik potong rambut..Diorang dah biasa sebab tu tak nangis..Mula-mula dulu jelah diorang nangis..Tapi yang adik tak mahu duduk diam bila amoi tu potong rambut dia..Adik sibuk nak tengok aku,nak tengok kakak dia..Sampaikan aku terpaksa duduk depan dia supaya dia tengok aku je..

Lepas tu, balik je dari kedai beli barang semua bermulalah tugas-tugas semua..Mak aku macam biasa goreng rempeyek..Tiap-tiap tahun wajib ada..Mak aku punya rempeyek the best in Sekinchanlah..

Inilah rempeyek mak aku buat..tak guna acuan langsung..Memang sodap..Kalau tak percaya datanglah rumah mak aku kat Sekinchan ye..

Orang kuat untuk segala aktiviti-aktiviti menjelang hari raya..Abah akulah..Cerewet orangnya walaupun dia baik orangnya..Bab makananlah dia cerewet..Abah aku tak makan daging..Tak kiralah daging apa..Yang berkaki empat je..Ayam dia makan..Bila mak aku masak daging dia suruh buang minyak yang mak aku guna untuk masak daging..Itulah abah aku tapi aku tetap sayang dia..

Macam nilah suasana nak sambut hari raya..Masing-masing sibuk..Aku sibuk potong ubi nak buat kerepek ubi..Ada yang tengah nak buat kayu untuk pelita..Ada yang sibuk nak pergi kedai cari bahan-bahan yang terkurang..Ada yang sibuk nak siapkan juadah buka puasa..Ada yang sibuk nak makan..Anak akulah tu..

Setelah semua keletihan dan waktu berbuka pun dah masuk..Apa lagi makan tapi kali ni special sikit..Mak aku masak nasi ambeng..Nasi ambeng ni orang jawa yang selalu buat..Sedap ko..Abaikan meenya yang hitam tu sebabnya kakak aku terlebih bubuh kicap..Bercakap je waktu masak mana taknya..Walaupun mee tu hitam tapi rasanya sangat sedap..Hitam itu menawan..

Kesian Mak & Abah Aku..

Weekend tadi aku balik rumah mak & abah aku kat Sekinchan..Berbuka puasa bersama mereka sebab tahun ni turn raya rumah mertua..Bila aku balik macam-macam cerita aku dengar.First sekali, mak ngan abah aku beli langsir..Banyak plak tu..Tak silap aku dekat 20 meter..Tapi langsir tu hilang lepas beli..Ceritanya macam ni..Lepas beli langsir mak ngan abah aku letak dalam bakul motor sebab nak pergi market yang agak jauh cikit tapi nak jalan kaki je..Senang kononnya..Tapi bila balik je dari market langsir mak & abah yang baru beli hilang..

Dugaan mak & abah aku kata..Mak & abah redha je dengan kehilangan langsir tersebut tapi bila dia tanya dekat kawasan tu memang selalu barang hilang bila letak dalam bakul motor..Tak kira apa bendalah mesti hilang..Semua orang tak report sebab rasa benda kecil..Tapi bagi aku kalau dah semua orang kena itu bukan benda kecil lagi tu..Aku rasa kena report gak..

Kisah kedua pulak adik aku yang baru tingkatan 1 kerja kononnya nak kurangkan beban mak & abah..Tapi orang tu langsung tak bayar gaji dia..Dekat RM 200 gaklah..Dia baru nak berangan nak beli baju ngan seluar..Sedih pulak aku dengar so hari ahad semalam aku bawa dia pergi beli baju ngan seluar..Barulah dapat tengok dia senyum sikit..

Macam-macam dugaan yang mak & abah aku tapi mak & abah aku redha setakat langsir dengan adik aku yang gajinya tak bayar berbanding dugaan yang jiran kampung kami hadapi kehilangan anak yang baru berusia setahun dua bulan kerana lemas dalam parit..Kecuaian juga kerana maknya tertidur dan kakaknya keluar rumah tak tutup pintu..Betul jugak apa yang mak aku cakap orang lain lagi hebat dugaannya..Dugaan bulan Ramadhan..Aku harap jiran kampung kami tu tabah hadapi dugaan ni..

Saturday, September 4, 2010

Janji Kekasih Episode Last Semalam..

Semalam aku tak dapat tengok so aku tengok janji kekasih melalui tv3 online pagi tadi..Tak sangka semalam episode last..Cerita ni best sangat..Banyak pengajaran pada kita semua..Belum terlambat lagi untuk bertaubat selagi kita masih hidup..Aku harap drama-drama macam ni akan lebih banyak disiarkan..

Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim

Sorry lambat sikit entry ni..Ada masalah sikit bila aku nak upload gambar..Mungkin fail gambar aku besar tu yang susah sikit..Office aku ada buat majlis berbuka puasa dengan anak yatim..Seronok sangat sebab aku tak pernah berbuka puasa dengan anak yatim..Anak-anak yatim ni semua peramah..Aku dah interview semua..Tahu jelah Hajar..Semua benda nak tanya..


Tapi bila dah tanya sedih pulak aku dengar cerita diorang..Ada yang mak saudara yang hantar diorang dekat rumah anak yatim..Sedih aku dengar..Aku cuma boleh cakap dengan diorang mungkin mak saudara diorang tak mampu sebab tu dia hantar..Itu je aku boleh cakap..

Bergambar bersama anak yatim..Banyak gambar aku tak ada sebenarnya sebab aku yang tukang ambil gambar..Aku dahlah gila bergambar tapi tak ada orang ambil gambar aku..Tu yang aku suka kalau Zamri yang pegang kamera mesti banyak gambar aku..

Anak-anak yatim buat persembahan nasyid..Sedap suara diorang..Lagu yang diorang nasyidkan pun sedih je kalau kita hayati betul-betul..

Lepas tu acara yang aku nanti-nantikan iaitu makan nasi briyani..Nasi briyani ni special sebab makan dalam talam..Sedap betul nasi briyani ni..Kambing dia tak bau langsung..Memang sedaplah..Siapa yang tak join makan-makan ni memang rugilah..

Bila korang tengok talam yang dah licin ni mesti korang boleh agaklah betapa sedapnya..Nak tahu tak talam yang kat atas ni makan berapa orang??Tekalah..Mesti korang tak sangkalah..Talam kat atas tu yang makan hanya 3 orang sahaja..Itupun tak cukup curi nasi orang sebelah..haha~


Apapun memang seronok dapat join majlis macam ni..Harap-harap lepas ni office aku buat lagi macam ni..Kalau korang nak derma atau sebagainya pada Rumah Amal Limpahan Kasih ni boleh ke website dia kat sini..RALK ni dekat juga kat rumah aku..Dekat puchong..Kalau korang nak tempah baju kat RALK ni pun boleh gak..Sambil tu boleh membantu..Beli pokok bunga-bunga pun ada juga..Diorang ada nurseri kat situ..So,apa lagi jom kita bantu diorang..Aku rasa lepas ni aku nak try tempah baju kat diorang..

Friday, September 3, 2010

Aura Mak Merah Lagi

Hari tu aku termimpikan Redmummy..Mungkin aku banyak sangat baca blog dia..Setiap masa tu..Lepas tu aku selalu berangan nak jadi macam dia..Tak sangka sampai mimpi jumpa dia..Dalam mimpi aku tu aku siap bergambar lagi dengan redmummy..Memang dah kena aura dengan Redmummy..

Mulai semalam pun aku dah mula tukar aku punya template blog..warna merah gitu..Header pun dah tukar..Tak ada gambar aku sebab ada member aku sorang ni dia cakap boringlah tengok gambar ko je..Hampeh tul member aku sorang ni..Tapi aku terima sebagai komen positif sebab member-member akulah selama ni jadi silent reader aku..Aku tak update blog pun tiap-tiap hari diorang buka blog aku..Tq korang..

Actually aku baru dapat software photoshop..Aku tak pandai guna lagi..Ada sesiapa tahu tak macam mana nak buat header melalui photoshop..Kalau ada tutorial mana tahu..Nak mintak tunjuk ajar ni..Nak bagi menarik sikit blog aku ni..Tolong ye..

Shopping Hari Merdeka

Dah terlambat sebenarnya entry ni..Hari Merdeka pun dah lepas..Apa-apa pun belum terlambat rasanya nak wish "Happy Merdeka Day" pada semua rakyat Malaysia..Aku rancang hari cuti merdeka nak bawa kakak & adik tengok wayang..Tak kisahlah nak tengok cerita apa sebab kakak dah berkali-kali ajak nak tengok wayang tapi tak bawa-bawa juga..Akhirnya aku pilih cuti merdeka..Tapi alangkah sadisnya tak dapat juga tunaikan permintaan kakak sebabnya korang tengoklah sendiri gambar kat bawah..

Jem teruk nak masuk ioi mall..Sangat-sangat jem dan aku jangka mesti tak ada parking juga so Zamri teruskan perjalanan.Kononnya nak pergi Sunway pyramid plak tapi lagi teruk jem dari ioi mall..Kami teruskan perjalanan menghala ke Damansara..Zamri ajak pergi Ikea..Seronoknya..Dah lama tak pergi Ikea..

Rupanya nak pergi Ikea jem teruk juga tapi disebabkan dah sampai kitorang teruskan juga..Aku rasa kat mana-mana pun jem teruk..Semua orang shopping raya..Mungkin..Bila dah sampai di Ikea mencari parking satu hal pula..Dekat satu jam jugaklah..Kalau aku yang bawa kereta memang aku dah patah balik tapi Zamri ada kesabaran lagi memandangkan kami dah sampai situ..Last-last dapat juga parking..Gambar atas keboringan aku menunggu dapat parking..

Pergi sana nak mencari barang untuk hias bilik kakak & adik sebab nak ajar diorang tidur bilik sendiri..Niat hati nak beli katil tapi tengok semua katil untuk diorang mahal ko..So,aku beli untuk perhiasan dulu..Boleh beli tapi raya nanti ngangalah ye..


Kononnya nak buka puasa di Ikea tapi ramai siot..Aku rasa tak ada ruang langsung untuk kau letak barang pun..Last-last kami keluar dan berbuka di KFC..Kakak panggil kedai atuk..Korang fikirlah kenapa..hehe~


P/S : Petang ni nak berbuka dengan anak-anak yatim..Pengalaman pertama tu..Seronoknya..Nanti aku buat entry pasal tu ye..

Happy Birthday Syamimi


Hari ni birthday anak aku yang no.2..Mama doakan Syamimi atau buchuk mama sentiasa sihat, akan menjadi insan yang berjaya satu hari nanti dan mama doakan adik jadi anak yang solehah..Sayang buchuk mama..

Thursday, September 2, 2010

Aku Kena Migraine

Sebab tu aku diam je tanpa entry-entry terbaru..Sebenarnya banyak aku nak cerita pasal shopping time cuti merdeka hari tu, pasal aku dah dapat makan oreo cheese cake dan banyak lagilah tapi keadaan ku tidak mengizinkan..Aku terlalu fikirkan pasal assignment yang berlambak yang kena hantar selepas raya..Mana taknya banyak tu..Dengan test lagi..Migraine aku pun makin teruk..Oklah aku tak nak tulis banyak2 pasal assignment ni..Makin berdenyut-denyut kepala aku..


So,sapa-sapa nak tolong aku?Nak mintak tolong ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...