Sunday, October 31, 2010

Exam Mood..

Assalamualaikum Semua..

Curi masa jap nak update blog..Esok 1st subject.Sangat-sangat tertekan sebab subject ni current issues in Malaysia so tak boleh nak agak soalan apa yang keluar..

Korang semua doakan aku boleh jawab semua soalan dengan baik ye..

Petang tadi aku sign up new broadband but still maxis..Pengguna maxis yang tegar..haha~Aku amik yang 3gb..Yang kelakarnya after 1 hour aku boleh guna tapi aku try2 still x boleh..Rupanya cara masukkan simcard salah da..

Berbalik pada exam mood..Tengah2 aku study kepala aku terasa pening sangat..Sebenarnya waktu aku tidur sudah sampai..Akukan sleeping beauty moden punya..Mana tahan mata ni..Selalunya pukul 9.00pm aku dah tidur..

Kerana exam ni aku bukan lagi sleeping beauty moden..haha~Oklah aku nak sambung study..

Monday, October 25, 2010

Melepas Juga Rindu Pada Mak & Abah

Kerinduan yang menebal pada mak & abah aku akhirnya terlepas juga..Weekend tadi aku balik kampung juga..Dapat rasa masakan mak..Indahnya dunia ni..Kan best kalau boleh cuti lama-lama..Balik kampung tenang je..Dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa..Tak boleh nak gambarkanlah keseronokan balik kampung..
Mak & Abah..Gambar curi sebab mak ngan abah tak nak digambar..Artis memang begitu..haha~

Friday, October 22, 2010

Peringatan

Kadang-kadang kita leka..Ok silap..Kadang-kadang aku leka..

Peringatan yang berguna untuk aku tentang rungutan-rungutan dan luahan hati yang selalu aku ceritakan kat sini..

Kita tak tahu siapa pembaca blog kita..

Orang yang dengki ada dimana-mana sahaja lagi-lagi kalau dia menyampaikan benda yang salah kepada orang lain walhal kita tak bermaksud begitu pun..Kita semua sedang diperhatikan.

So,berhati-hatilah..

Thursday, October 21, 2010

Update Untuk Hari Ini..

Sejak akhir-akhir ni aku busy sangat..Bukan busy dengan keje kat ofis..Tipulah kalau aku cakap aku busy dengan keje kat ofis..Aku mana ada keje..Tu yang ramai jeles tengok aku..haha~Aku busy dengan study..Dengan assignment nak submit sebelum expired datenya..Ada satu lecturer ni suka bagi assignment last minute..Aku pun suka buat assignment last minute..hehe~Macam mana tu..Dengan nak exam lagi..Bila nak dekat dengan exam ni ramai pula lecturer buat extra class..Weekend aku tak macam orang lain..Aku perlukan rehat..Maybe after exam aku nak bercuti dimana-mana..

So, aku nak minta maaflah sebab tak dapat nak balas kunjungan blogger-blogger..Bila aku ada masa lapang..InsyaAllah aku akan balas kunjungan korang semua..Dan kemungkinan besar juga aku tak update blog macam biasa..Pelajaranku harus diutamakan..

Aku dah lama tak balik kampung..Aku rindu dengan mak ngan abah aku..Rindu giler..Hanya Allah yang tahu perasaan aku..Maybe minggu ni aku akan balik sebelum aku start exam..Nak minta ampun segala sebelum menghadapi exam..Supaya nanti time exam aku lebih tenang..Dan result aku pun gempak..

Ok.Setakat ni je update untuk hari ni..Sambung study ye..

Tuesday, October 19, 2010

Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia

Hadith :

Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.

Riwayat Muslim

Huraian
1.Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah kerana ia merupakan pengukur darjat keimanan seseorang.
2.Islam mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka mudah-mudahan dengan itu hati mereka menjadi lembut dan baik.
3.Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa sabar dan benar dalam bertindak.
4.Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturrahim dan haram memutuskannya.

Friday, October 15, 2010

Bajet 2011

Apa cerita ye bajet 2011?Tadi ada member aku beritahu cuti bersalin 90hari dengan gaji penuh..haha~Ramailah yang bersalin nanti..

Aku try buka tv3 online nak tengok apa cerita bajet 2011..Yang aku rasa bestnya harga Tol Plus Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun..Tak sanggup aku kalau tol naik lagi..Sekarang pun dah rasa nyawa-nyawa ikan..

Ok.Kalau korang semua nak tengok bolehlah kesini ye..Bajet 2011..

Selamat Bertunang Kawanku

Semalam aku dapat perkhabaran sorang kawan baik aku ni akan bertunang..Tahniah sangat untuk akak ye..Excited giler bila dengar dia nak bertunang..InsyaAllah saya akan sampai juga ke pahang..Tak pernah pergi Pahang..Sian akukan..


Thursday, October 14, 2010

Sedih,kecewa Dan Akhirnya Gembira

Hari ni mood aku bercampur aduk..Pagi-pagi lagi aku memang sedih sangat sebabnya ada orang complain pasal aku..Memang rasa down tau bila ada orang complain pasal kita..Aku dah buat terbaik tapi masih ada lagi yang ada phd pada aku..Sedih giler..Orang yang complain pasal aku tu dahlah gemuk,tak lawa,busuk hati..Geram aku..Lepas tu perasan lebih yang dia sorang je boleh buat kerja kat office ni..Ok..Cukup setakat tu..Malas aku nak cerita pasal ni..Buat sakit hati aku je..

Lepas tu balik lunch tengok kat blog redmummy dah ada senarai pemenang contest yang dia buat..kecewanya aku tak menang..Aku meletakkan harapan yang tinggi pasal tu kecewa lebih..Aku tengok yang menang tu berilmu jugaklah..Mula-mula dia kutuk tapi lepas tu dia bagi cara-cara nak menambah baik blog redmumy..Tak pe..Mungkin bukan rezeki aku..Tu yang aku malas masuk contest..Confirm tak menang..hehe~

Akhirnya dipetang ini aku mendapat perkhabaran yang menggembirakan bila aku dapat emel dari wartawan kosmo..Dia kata nak interview aku..Actually aku jarang buka gmail aku..Jarang-jarang sangat..Tiba-tiba hari ni tergerak hati nak buka juga dan aku dapat emel tu..So excited ko..Tapi emel tu bertarikh 5.10.10..Aku tak tahulah dia masih berminat ke tidak..Aku harap masih lagi..Boleh menjadi sejarah dalam hidup aku ni..Aku gembira tak terkata..

P/S:kalau boleh aku nak melompat sekarang ni..

Wednesday, October 13, 2010

Aku Masih Di Office

Hari ni buat pertama kalinya aku kena stay back setelah 2tahun lebih aku keje sini..Bukan pasal keje aku tapi adik aku..Aku kena tunggu dia..Aku nak buat apa duduk kat office waktu begini..Aku bukannya ada kerja nak kena stay back..

Kalau aku stay back banyak keje confirm ramai yang pengsan..Tak pernah-pernah aku banyak keje..haha~

Aku peliklah ada bos-bos ni suka bagi keje last minute..Tak boleh ke ko bagi tengahari tadi??Dah aku tak dapat tengok 'Chinta'..Eeeeiiiii..Geram betul aku..Malam ni kena tengok kat tonton..Tak pasal-pasal..

Aku bosan tu yang aku update ni..

Khas Untuk Kawan-Kawan

Aku dah share 2 video Maher Zain untuk korang ye..Jangan lupa pengerasnya..haha~Kawan-kawan aku ni tak boleh tengok video dengan lirik kat tempat diorang..Katanya kena block juga..Senasiblah kita ye..Diorang tahu aku ada broadband so diorang suruh share dalam blog..Nasib baik blog tak kena block..

Tapi kalo nak suruh aku download lepas tu korang bluetooth kat aku..Boleh aje..Satu lagu 2 ringgit je..Tak mahal..hehe~

Maher Zain - For the Rest of My Life



I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Maher Zain - Insha Allah | ماهر زين - إن شاء الله



Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Tuesday, October 12, 2010

Bila Berjanji Dengan Anak

Hari ni nak cerita pasal anak pulak..Takkanlah hari-hari entry pasal aku jekan..Muak pulak korang baca nanti..hehe~

Kadang-kadangkan kita tak perasan pun sebenarnya selama ni kita ajar anak kita menipu..Aku selalu dengar ceramah..Selalu juga dengar pakar-pakar motivasi beri nasihat..Salah satunya bila kita berjanji dengan anak adakah kita akan tunaikan atau kita abaikan..Ok.Aku bagi contoh..

Bila anak kita minta sesuatu kita akan beritahu dia "mama akan belikan tapi tunggu gajilah.."Adakah bila gaji korang semua akan tunaikan permintaan anak tu??Kadang-kadang bukan kita sengaja tak nak beli dan tak mampu tapi sebenarnya kita lupa..Betul tak??

Dari situlah sebenarnya kita ajar dia menipu..Bila dia minta sesuatu tapi kita berjanji nak belikan tapi kita tak tunaikan..Memang kita mengajar dia menipu..Kalau rasa tak mampu dan tak boleh belikan untuk anak terus terang je..Aku selalu cakap ngan anak aku bila dia minta sesuatu macam rumah barbie memang terus terang aku cakap mama tak mampu tunaikan apa yang kakak nak sebab benda yang kakak minta mahal..Mula-mula memang dia tak faham tapi lama-lama dia akan faham juga..

Jangan sesekali tipu dia..Jangan sesekali berjanji tapi tak tunaikan..Kalau rasa tak boleh tunaikan permintaan dia terus terang..Bukan untuk beli barang sahaja..Benda lain juga..Kepada ibu bapa amalkan petua ni ye..Petua ke??Tak kisahlah..Sharing is caringkan..

P/S:Dah janji ngan kakak nak belikan belon..Petang ni mama beli ye..

Gambar-Gambar Kemalangan Ngeri 10.10.2010












































Al-fatihah pada yang meninggal..Aku doakan semoga roh-roh mereka yang beragama Islam dicucuri rahmat..Amin..

Monday, October 11, 2010

Ada Macam Adik Beradik Tak??

Baju biru tu member aku dan sebelah kanan adik aku..Ramai cakap diorang ni macam adik-beradik..Apa pendapat korang plak??Sila komen ye..

Using My Own Laptop

Korang block semua website tak pe aku guna laptop aku sendiri..Tak kisah pun..Mula-mula memanglah marah tapi sekarang tak kisah langsung..Ayat berlagak betul..Aku boleh berblog dengan senang hati sekali..lalalala..

Sunday, October 10, 2010

Kristal - Selagi Ada Rindu


Selagi ada bulan mentari
Selagi ada berkasihani
Selagi ada bulan dan bintang
Selagi ada berkasih sayang

Selagi ada ombak dan laut
Selagi hatiku terpaut
Selagi ada turunnya hujan
Selagi ada rahmat Tuhan

Selagi ada langit dan bumi
Selagi cintaku bersemi

Selagi ada waktu
Selagi ada rindu
Biar beribu batu
Ingin aku bertemu

Oh kasih (oh kasih
Damailah (damailah
Engkau di sana

Kuberdoa (ku berdoa
Pada Tuhan (pada Tuhan
Agar kau bahagia

Selagi ada waktu
Selagi ada rindu
Biar beribu batu
Ingin aku bertemu

Selagi ada langit dan bumi
Selagi cintaku bersemi
Selagi ada waktu
Selagi ada rindu
Biar beribu batu
Ingin aku bertemu

Oh kasih (oh kasih
Damailah (damailah
Engkau di sana

Ku berdoa (ku berdoa
Pada Tuhan (pada Tuhan
Agar kau bahagia

Selagi ada waktu
Selagi ada rindu
Biar beribu batu
Ingin aku bertemu

Selagi ada waktu
Selagi ada rindu
Biar beribu batu
Ingin aku bertemu

Selagi ada waktu
Selagi ada rindu
Biar beribu batu
Ingin aku bertemu

Biar beribu batu
Ingin aku bertemu
Selagi ada rindu

Terpengaruh Dengan Redmummy..

Aku ni memang cepat terpengaruh kalau ada orang promote barang..Sapa nak jual barang ngan aku gerenti aku beli kalo ko punya kempen bagus punye..Aku pun terpengaruh gak dengan review Redmummy on dove..Sebenarnya aku memang ngah tercari-tercari syampoo yang sesuai ngan aku..Rambut aku jenis yang gugur merata tempatlah..Zamri pun naik rimas..


Bila baca blog redmummy pasal review on dove tu..Apalagi aku pun belilah produk dove ni..Kan ada gambar aku ngah pilih syampoo..Haa..yang tulah..Aku pilih syampoo dove..Aku ambil yang Hair Fall Rescue..Redmummy kata aku kena ambil syampoo,conditioner,treatment mask & serum..Tapi aku cuma jumpa syampoo ngan conditioner..Yang lain tak jumpa..Kat giant tak ada..Nanti aku try cari kat tempat lain..

Nanti aku beritahu resultnya aku pakai dove ni ye..Tunggu...

Open House Lagi

Walaupun bulan Syawal dah abis tapi masih ada lagi yang buat open house..Member aku jemput ke rumah dia..Aku kalo dijemput memang akan datanglah kecuali aku ada hal penting sangatlah..Yang penting makan..hehe~Tapi bila salam ngan orang asyik nak sebut Selamat hari raya je padahal raya dah abis..Dah terbiasa..

Raya dah abis so tak delah pakai baju raya..hehe~

Tuan rumah yang free hair tu..

Terima kasih yatt kerana jemput aku..Makanan pun sedap-sedap belaka..Aku suruh semua makan kenyang-kenyang kat sini..Senang..Balik tak payah masak..hehe~

Saturday, October 9, 2010

Kerana Tiada Elektrik

Hari ni rumah aku 1st time tak ada elektrik semenjak aku duk sini tahun 2009..Bukan sebab tak bayar bil ye..Semalam area rumah aku ribut taufan so banyak sangat pokok tumbang maybe diorg nak potong pokok-pokok yang tumbang tnb terpaksa off kejap..Tapi bukan kejap aku rasa..Lama jugalah..Sebab tu kami sekeluarga terpaksa keluar kerana terlalu panas..Cuaca panas plak tu..

Ada yang kata tak de elektrik tak pe tapi jangan air tak de..Bagi aku pulak bila dah duduk bandar ni dua-dua sangat penting..Kalau duduk kampung elektrik tak de pun tak pe..Panas ko..Bila tengok susu anak dara 2 orang tu nak abis so decide pergi shopping susu diorang..Actually nak keluar dari rumah sebenarnya..

Anak dara sibuk nak duduk dalam troli..Masing-masing malas nak jalan..Mamanya sibuk pilih barang..

Aku ngah pilih shampoo..Pilih mana yang terbaik untuk rambut aku ni..

Cantik tak gambar ni..Aku yang ambil..Aku ngah proses belajar ambil gambar yang lawa2..

Gambar ni pun aku yang amik..Sila komen ye..

Sebenarnya gambar yang dalam Giant tu gambar curi sebabnya diorang tak bagi aku amik gambar tapi peduli apakan..Zamri ambil tak pakai flash..hehe~

Friday, October 8, 2010

Aizat Sungai Lui



Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini

P/S:aku suka share lagu yang aku suka je..hehe~

Thursday, October 7, 2010

Semuanya Kena Block

Hari ni aku memang frust giler ngan satu apek tua ni..Aku rasa nak bom je dia tapi siapalah aku untuk berbuat demikian..Aku cuma boleh menyuarakan ketidakpuasan hati aku aje..Kecewa gilerlah..Aku kecewa sebabnya kat ofis aku sekarang semuanya dah kena block..Apa-apa jenis hiburanlah..Tak kira website radio,tv,game online..Segalanya kena blocklah..Blog masih boleh dibuka tapi tak tahulah esok..Tapi follower ngan chat box memang tak boleh tengok..

Macam nilah chat box aku jadinya..So,siapa yang buat blogwalking malam karang baru aku boleh balas kunjungan korang..Harap bersabar ye (Ayat ni memang sesuai untuk aku yang tengah hangin semacam)


Yang aku tak boleh terima langsung website nuffnang pun dia block jugak..Tak sakit hati ko..Apa kena mengena nuffnang dalam hal hiburan ni..Aku tak kisah ko nak block hot fm, tv3 online, tonton.com tapi kenapa nuffnang pun kena juga???Mungkin lepas ni blog pun tak boleh..Better ko tak payah bagi internet pada staf..Senang..Habis cerita..Bila orang nak pakai internet diorang akan bawa broadband sendiri..Ko tak sakit hati, aku pun tak sakit hati..

P/S : Lecehlah nak bawa laptop & broadband sendiri..

Wednesday, October 6, 2010

Blog Yang Aku Suka Baca

Blog ni setiap hari mesti wajib aku baca..Tak kira cuti atau kerja..Mesti aku wajib buka setiap pagi..Takut aku ketinggalan setiap entry dia..hehe~Sebab dia rajin bebeno update..Aku??Jangan cakaplah..Bila rajin banyaklah entry bila tak rajin cerita tu juga..Korang mesti boleh agaklah blog sapa..Sapa lagi kalau bukan Redmummy.com..

Sebenarnya mula-mula aku tahu blog Redmummy dari aku buat blogwalking..Semua blogger duk bubuh blog dia dalam list diorang..So,aku pun try buka blog dia nak tahu apa specialnya redmummy ni..Mula-mula masuk blog dia biasa je..Penuh ngan iklan je..Serabut aku tengok tapi rupanya Redmummy nilah orang dok cite pasal dia punya income kat blog boleh tahan..$$$$$$..Aku tak tahu dia punya exactly amount yang dia dapat tapi berganda-ganda lebih dari gaji aku kot..Kira oklah tu..Siapa nak bagi..Betul tak??Bila turn aku plak ye..

Lepas tu aku cuba baca blog dia lagi..Bila baca-baca tu aku jadi minat pulak..dengan setiap entry dia mesti ada gambar..Cara penulisan tu aku tahu dia memang orang yang suka bercakap..Aku suka orang yang macam tu..Tapi bukan suka bercakap benda-benda tak berfaedah ye..Dan cara penulisan Redmummy juga menunjukkan yang dia seorang peramah..

Redmummy pernah tanya dalam facebook dia nak entry apa..aku pun ada komen..Aku nak entry kasut dan handbaglah..Tapi lebihkan kepada kasut..Akukan gila kasut..Tapi sebenarnyakan Redmummy ni idola semua orang termasuklah aku..Aku tak kisah pun entry apa sebenarnya..yang penting entry pasal redmummy..Tak kisahlah pasal apa..Kami tetap baca..Sebab kami semua peminat redmummy..

Ok..Cukuplah tu..Pujian aku mungkin tak macam orang lain tapi yang penting semuanya ikhlas dari hati aku ye..Aku juga mencuba nasib masuk dalam contest redmummy ni..Doakan aku menang ye..Siapa-siapa yang nak mencuba nasib bolehlah ke blog Redmummy ni ye..

Jamuan Raya

Tiap-tiap tahun Drb-Hicom akan buat jamuan raya untuk staf-stafnya..Tahun ni buat juga..Tapi tahun ni tak meriah sangatlah..Tak tahu kenapa..Walaupun pengacaranya Fafau..Aku turun sebab nak tengok Fafau je..Makanan yang paling best tiap-tiap tahun sudah semestinya kambing salai..Aku rasa sikit je sebab perut aku dah kenyang giler..

Posing jap..

Tak de keje..Posing lagi..

Kebosanan melanda kami sebab majlis lambat start..

Jangan bosan tengok aku bergambar je..

Nilah Fafaunya..Memang idola aku dan hari tu aku nak bergambar ngan Fafau tapi ada orang tak bagi..Itu yang buat aku tak de mood nak tunggu kat majlis ni..Fafau aku rasa dia tak kisah pun..Orang tu yang lebih-lebih..yang membuatkan aku hangin satu badan bila geng2 dia nak bergambar ngan Fafau elok je dia bagi..Tahulah kami ni dianak tirikan tapi janganlah buat macam tu ngan kami..Sedih tau..

Potluck Raya

Cerita raya lagi..Selagi bulan Syawal tak abis lagi selagi tulah ada entry raya ye..Isnin lepas kami wat potluck sempena bulan Syawal ni..Masing-masing ada menu tersendiri..Aku kena bawa rendang ayam..Atas permintaan sebab diorang dah rasa yang 1st time aku buat tu..Maknanya rendang aku sedaplah ye..Perasan sendiri pulak..Inilah menu-menu yang kitorang semua bawa..

Makanan-makanan berat kiranya..Ada spageti,roti jala,mihun goreng,nasi impit & rendang dan last sekali satay kajang..Tak nampak sangat dalam gambar ni..Aku tak bawa kamera so amik guna h/p sahaja..Aku lupa sebenarnya..

Dessert kitorang..Semuanya sedap2 belaka..Memang time ni perut aku rasa nak pecah dah..Melantak tak ingat dunia..Pantang jumpa makanan macam nilah..

Gambar tak banyak sangat sebabnya aku dah beritahu tadi..Terlupa sangat-sangat..Sebab tu aku tak suka kamera besar-besar..Leceh nak bawa..Aku nak beli kamera kecil je tapi Zamri beria beno nak kamera besar..Kualiti gambar memang cantik aku tak nafikan tapi susahlah aku nak bawa..hehe~

Berbalik pada topik aku harap tahun depan buat lagi macam ni ye..Sedap sangat makanan yang korang semua bawa..Kalau hari-hari macam ni pun tak pe..Aku suka..haha~

P/S : Hari jumaat ni kena buat rendang lagi..Bahagian Finance pulak buat potluck..Minggu ni hidup aku dipenuhi dengan rendang sahaja..

Friday, October 1, 2010

Resepi Rendang Ayam

Seperti yang dijanjikan aku bagi resepi rendang ayam yang baru-baru ni aku masak..Aku ikut resepi Chef Hanieliza..Memang senang dan gerenti sedap..

Bahan A
  • 1 ekor ayam
  • 2 cawan santan pekat (1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan kerisik (aku beli segera punya)
  • 2 helai daun kunyit (dikoyak halus)
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar)

  • 3 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering
  • 15 biji cili api

Cara-cara membuat:-

  1. Ayam dibuang kulit dan dipotong kecil
  2. Masukkan semua bahan ke dalam kuali besar dan kacau hingga sebati.
  3. Masak dengan api sederhana hingga ayam lembut dan kuahnya sebati.
  4. Sedia dihidangkan apabila sudah pekat.

Selamat Mencuba ye..

Sabar ye..

Kepada yang request resepi rendang ayam yang aku post sebelum ni sabar ye..Malam nanti aku akan post..

Aku ambil resepi ni pun dari buku resepi 'Senangnya Memasak Bersama Chef Hanieliza'..Kalau korang buat ikut resepi ni mesti sedaplah..

So,harap bersabar ye..

Entry Marah & Marah Lagi..

Beberapa hari ni aku memang moody dan emosi pun terganggu..So, siapa yang tak suka entry marah-marah ni bolehlah exit segera dari baca blog aku ye..

kalau korang ada facebook aku semalam aku ada update status setelah sekian lama aku tak update status..Bukannya niat aku nak berlagak ke apa tapi sebenarnya aku nak perli orang yang suka kata barang aku guna duit dia..Memanjang guna duit dia..Korang ingatkan entry aku sebelum ni yang marah pasal perangai manusia yang cakap segala rumah dan kereta aku semua dia bayar..Kalau nak baca boleh baca kat sini.

Aku ingat cukuplah setakat tu tapi rupanya aku bawa balik kamera dslr aku tu dia dok cite kat semua orang yang kamera aku tu dia belikan dan bagi aku guna..Tak sakit hati ko..Aku punya susah-susah kumpul duit beli kamera senang-senang dia cakap dia yang belikan..Macam aku ni sengkek sangat x de duit nak beli apa-apakan..Kadang-kadang orang cakap dalam dunia ni kalau semua ok je macam tak best pulak..But the truth is, I am sick of this bunch of peoples.

So,aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab selama ni ko sponsor hidup aku..Senangkan hidup aku ada orang sponsor tapi sponsor atas angin..Apa yang dibanggakan sangatlah bercakap pasal benda yang tak betul..Bangga ke bila orang tahu kisah sebenarnya yang kau suka menipu..Bangga ke??

P/S : Kalau berani cakaplah depan aku ye gerenti ko kena cili api yang aku blender..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...