Monday, November 29, 2010

Lurus Bendul Betullah..

Di pagi yang hening..

Mak: Man,ko tak pergi sekolah ke hari ni?

Aman: Taklah mak..Cikgu dah bagi surat berhenti..Buat apa nak sekolah lagi..

Mak: Surat Berhenti apa?

Aman: Ni ha surat berhenti(sambil tunjukkan sijil berhenti sekolah rendah)

Mak: !#@$^%^%&^*&..(Lurus bendul betul anak aku)..

Hajar: Sebenarnya tu kisah antara mak aku ngan adik aku..Bila mak aku cerita..Gelak besar aku dibuatnya..

Aku Dah Tengok Rapunzel..

Assalamualaikum semua..

Hari Sabtu hari tu aku bawa anak aku tengok cerita Rapunzel..Sibuk dia nak tengok cerita ni..Dia terpengaruh tengok iklan kat tv3lah tu..

Aku beli tiket dalam pukul 12.00 tapi cerita tu start pukul 2.20pm..Kakak dah menangis2 waktu tu sebabnya dia nak tengok on the spot after dapat tiket..Budak lagi manalah fahamkan..Puas aku pujuk tapi dia still menangis..Last2 umpan dia untuk pergi main kuda..Baru dia ok..

Mula-mula aku ingat cerita ni mesti memboringkan sama macam cerita rapunzel yang pernah ditayangkan kat tv dan sebagainya..Rupanya tak..Cerita ni sangat menarik,kelakar..Tak kering gusi ko nak gelak..Jalan cerita pun best..So, sempena cuti sekolah ni apakata ibubapa sekalian bawa anak-anak korang tengok cerita ni..Orang dewasa pun tak akan boringlah tengok cerita ni..

Apalagi jom serbu panggung sekarang ni..

Friday, November 26, 2010

Red Mummy Again

Assalamualaikum semua..

Hari ni nak cerita pasal redmummy sebabnya malam tadi aku mimpi dia lagi..Masuk malam tadi aku rasa dah 4 kali aku mimpi dia..

Aku tak tahu kenapa asyik mimpi dia je..Hari2 memang aku baca blog dia tapi blog orang lain aku baca gak hari-hari especially blog kawan2 aku..Tak de plak aku mimpi diorang ni..Nak kata aku rindu dia memang jauh sekalilahkan..Yelah orang kata kalau mimpi orang tu maknanya dia rindu kita atau kita rindu dia..Apatah lagi nak kata redmummy rindu aku lagilah bukan..Dia bukannya kenal aku pun..

Entahlah tak tahu nak cakap apa..Agaknya aku terlalu taksub dengan redmummy sebab kalau boleh one day aku nak jadi macam dia juga..Famous dan kaya..

Siapa tak nak jadi macam Redmummykan??Kalau ada angkat kaki..

Thursday, November 25, 2010

Hari Keluarga Bersama Adik-Adikku..

Assalamualaikum semua..

Hari tu sekolah rendah adik-adik aku ada buat Hari keluarga..Seluruh keluarga pergi kecuali kakak aku..Dia tak dapat balik sebab suaminya kerja..Sangat best sebabnya jarang ada aktiviti macam ni..Dah lama tak join aktiviti macam ni..Sejak tinggalkan zaman sekolah..Nak beli apa-apa mesti guna kupon..Banyak juga aku habiskan duit satu hari kat sini..Apapun jom layan gambar..

Adik aku yang bongsu..Dia graduate juga waktu ni..haha~Graduate tadika..Nakal yang amat sangat budak ni..Kitorang panggil putek sebab dia hitam..

Budak pelahap makan..Pantang ada makanan..Aku pun sama gak pantang nampak makanan..Tapi idaklah nak bubuh gambar aku..

Abah aku ngan kawan dia..Pantang jumpa..

Berposing dengan kupon..

Mak aku tolong cikgu jual air..Upahnya air freelah..

Mak aku balik so anak2 daranya yang ganti..Mak dara tu menyibuk je..Air laku giler bila diorang jaga..

Aktiviti last sekali naik keretapi keliling kampung..Aku sanggup tunggu sampai petang semata2 nak naik keretapi ni..Bukan aku tak pernah naik tapi keretapi ni berjalan2 keliling kampung..Sangat best..

Wednesday, November 24, 2010

Setelah Sekian Lama..

Zamri dah lama tak outstation..Dua minggu dia outstation so memang rasa kehilangan sangat..Nasib baik dia outstation cuti sekolah..Terpaksalah aku kutip adik aku untuk temankan aku..

Actually baru satu hari dia pergi tapi macam dah lama je..Rindu sangat kat dia..Aku rasa bukan aku sorang sebab anak dara 2 orang tu pun pagi2 bangun je dah nangis2..Dah bagi susu pun merengek je..Lepas tu boleh request nak pergi kedai sebelum hantar taska..Aku mana ada masa..Aku cakap balik nanti aku boleh bawak.Ayat yang menusuk kalbu kakak cakap.."papa selalu bawak pergi kedai sebelum hantar kakak.."

Tersentap jugalah aku..Bukan aku tak boleh bawa tapi aku ni ofis jauh..Aku takut aku sampai lambat sebab ikut kerenah dia..Tapi aku menyesal juga tak bawa sebabnya sekarangkan musim cuti sekolah so jalan lengang..Apa salahnyakan bawa dia sekejap..Tak boleh menyesal sebab dah berlaku pun..

Aku tahu Zamri baca blog aku sebab tu aku tulis kat sini..Aku tak pandai nak luahkan face to face walaupun dah jadi laki bini..

Rindu nak salam awak..

Rindu nak makan dengan awak..

Rindu nak masak untuk awak..

Rindu nak bergelak tawa dengan awak..

Rindu nak tidur dengan awak..

Segala-galanya rindulah..Tipulah siapa cakap kalau suami tak de boleh hidup..Mulut memang kata boleh tapi hati tidakkan..

Hajar : Sob..Sob..Sob..Sedih ni..

Tuesday, November 23, 2010

Budak Sekarang Advance

Budak tu anak akulah..Mana taknya aku kata advance..Korang tengoklah kat gambar kat bawah ni..Tengok dia buat apa..Sebenarnya budak dua orang ni ngah main game..Kakak baru 4 tahun..Yang adik plak baru 3 tahun..Kakak paling terror main game..Dia pandai tukar-tukar game..Kalau boring dia main game lain..Aku tak pernah ajar..Mungkin dia tengok papanya main game..Kat rumah Zamri je rajin main game..

Maknanya dia belajar dari apa yang dia tengok..Apa yang kita buat mesti dia tengok..So,aku kena bagi contoh yang baik..Aku rasa kalau dia dah pandai membaca mahu dia buat blog juga macam mamanya..Nasib baik ko pandai baca ABC je..Selamat aku..

Dulu zaman aku kecil2 dulu tak jumpa laptop ke komputer ke..Dulu paling kuat pun main kat luar rumah je..Mainlah apa yang ada..Main pondok2lah,main batu serembanlah..Macam2lah..Tapi budak sekarang dah tak payah main kat luar rumah..Semua dah ikut peredaran zaman..

Tapi elok juga main dalam rumah..Nampak je depan mata aku..Lagipun sekarangkan dah macam-macam kes..Anak aku anak dara pulak tu..Bahaya2..

Hajar: Alhamdulilah dapat anak-anak yang bijak..

Nuffnang Dah Tak Merajuk..

Aku ingat nuffnang dah merajuk ngan aku..Rupanya tak..Nuffnang dah bagi BE kat aku semula..Seronoknya aku..Yelah..Hari tukan aku busy ngan exam memang aku tak update blog..Bukan tak update tapi tak aktif juga..Sorry ye En.Nuffnang..Aku ucapkan ribuan terima kasih banyak-banyak bagi BE kat aku walaupun satu..Itu dah cukup membahagiakan aku..


Tengok..Aku cakap ada bukti sekali..Tak nampak pendek umur..haha~

Nilah iklan nokianya..Barulah meriah blog aku..

Hajar: Barulah ada semangat nak aktif berblog..


Monday, November 22, 2010

Diselubungi Misteri

Gambar ni diambil masa malam raya pertama raya haji baru-baru ni..Seram tak tengok gambar ni??

Petua Putihkan Kulit

Actually tak de petua pun..Semalam aku ada terima mesej yang minta petua untuk putihkan kulit..Aku sangat terkejut dan tak sangka..Sebabnya aku bukanlah orang yang putih melepak..

Ye..Memang aku mengaku dulu aku kategori hitam manis(manis mesti ada nak sedapkan hati)..Tak percaya boleh tengok gambar dibawah..


Gambar ni tahun 2004..Tu je gambar yang aku ada berkulit gelap..Lebih kurang macam tulah aku bila berkulit hitam manis..

So,hari ni nak ceritalah pengalaman aku dan cara-cara memutihkan kulit aku ni..

1. Aku beli produk untuk memutihkan kulit..Tak kiralah produk apa janji untuk memutihkan kulit..Aku pakai Tia Amelia..Itu je yang sesuai untuk aku..Before this, aku try pakai natasya..Memang ok tapi kulit jadi nipis dan bila ko terkena matahari muka ko macam kena bakar..Itu tak bagus ye..Bila pakai produk untuk memutihkan dan mencerahkan kulit make sure pakai berterusan dan berdisiplin..Jangan kejap pakai kejap tak pakai..Aku pun selalu gak macam tu..kadang-kadang produk yang bagus untuk kulit ni dia akan ambil masa untuk mencerahkan kulit..Jangan yang memberi kesan cepat itu bukan produk yang bagus..So,jangan give up bila tengok after 2 weeks tiada perubahan..Nasihat aku pakai je..


2. Bila berada ditempat yang panas terik mesti pakai sunblock ye..Itu yang paling penting..Matahari sekarang tak elok untuk kulit..So,memang kena pakai sunblock..Aku jarang kena cahaya matahari ni..Bukan aku puteri lilin ye..Aku sleeping beauty version moden je..Ingat tu..Mana taknya aku keluar rumah matahari tak terbit lagi..Aku balik rumah matahari dah terbenam..Sebab tu aku putih je..haha~

3. Aku tiap-tiap bulan wajib buat facial..Tak mahal pun aku buat..Around RM50.00..Facial sangat bagus untuk kulit muka kita ni..Especially untuk buang blackhead dengan whitehead yang ada kat muka kita semua..Bila lagi nak manjakan kulit muka?Betul tak?..Time ni jelah..Kalau tak ada masa dan rasa mahal nak buat facial..Korang boleh buat kat rumah juga..Belilah masker atau scrub yang banyak dipasaran sekarang..Kena tanya yang pakar..Aku bukan pakar ye..Aku tak pandai nak suggestkan produk apa yang bagus..

4. Yang ni paling penting..Jangan lupa beli produk yang mencerahkan juga untuk badan juga..Banyak yang aku tengok muka bukan main putih melepak tapi bab tangan dan kaki gelap semacam je..Tak balance tu..kena pakai juga losyen yang mencerahkan..Aku pakai Vaseline Healthy White..
Ini cara aku untuk memutihkan kulit aku berdasarkan pengalaman aku..Lain orang lain caranya ye..Ok..Selamat Mencuba ye..

Hajar: Kalau nak tengok gambar aku yang dah putih lagi balance tengoklah dekat tepi blog aku..Malas nak upload..

Friday, November 19, 2010

Aku Tak Boleh Derma Darah..

Sedih tau tak dapat derma darah..Sebabnya tekanan darah aku rendah sangat..Tak tahu kenapa..Tekanan darah aku bawah 100..Kalau dia bagi pun lepas aku derma darah aku akan dihantar ke hospital..

Sedih sangat sebab tak dapat membantu..Walaupun darah aku sikit..Aku pasti dapat menyelamatkan satu nyawa..Mana tahukan..Ada yang memerlukan darah aku..Darah aku 'O' plak tu..Orang kata darah 'O'lah kena banyak menderma..

Tapi, nak buat macam manakan..Dah tak boleh..

Hajar: Masih bersedih lagi..

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum semua..

Sebelum semua orang balik kampung raya ni aku nak ucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Adha'..Semoga perjalanan korang selamat sampai dan selamat kembali ke kampung halaman masing-masing..Korang juga doakan aku selamat sampai dan selamat kembali ye..Bukan kembali ke rahmatullah ye..

Raya ni aku balik kampung aku..Turn kampung aku plak..Tu yang seronok semacam je..Esok kalau dapat daging korban macam-macam resepi nak buat..Nak buat sataylah,nak buat dendenglah,nak buat stiklah..Wah..Sedapnya..Tak sabar aku nak tunggu esok..

Last sekali,selamat bercuti semua..

Rupanya Zain Saidin Adik Shasha Elite

Assalamualaikum semua..

Baru aku tahu Zain Saidin ni adik kepada Shasha Elite..Kesian aku..Patutlah nama bapak sama..Dan yang penting patutlah hensem giler..Aku yang tengok pun boleh jadi giler..Kalau Zamri sehensem macam ni..Aku berhenti kerja..Tiap-tiap hari aku amik dia dari ofis..Gila tak gila ko..Siapa tak takut ada lelaki sehensem macam ni..Betul tak??

Untuk pengetahuan korang Zain Saidin ni pernah berlakon dalam cerita Chinta..Waktu tengok dia berlakon pun aku dah cair..Korang tengok cair tak??

Hari Ini Aku Sangat Bahagia

Assalamualaikum semua..

Memang hari ni bahagia sangat..Sebabnya hari ni Zamri hantar aku pergi kerja..Zamri dah start cuti raya..Aku tak cuti..Tak dapat..Ok silap..Cuti aku dah abis ye..Asal Zamri hantar pergi kerja je bahagia je hidup aku ye..Kalau tak hantar kurang bahagia sikit sebab aku kena bawak kereta..haha~

Tension aku kalau bawak kereta..Nak tempuh jem lagi..Nak hadap pemandu-pemandu yang macam2 perangai lagi..Aku dahlah ada migrain..Bertambah2 sakit kepala aku ni kalau kena bawak kereta..

Lawaknya pagi tadi kami nak sarapan sama-sama tapi kitorang tak ada duit..Lupa nak cucuk duit..Cari atm tak jumpa..Makanya tak jadilah sarapan sama-sama..Dalam dompet aku ada RM3.00 je..Kalau kedai mamak tu boleh guna kad kredit..Bolehlah..haha~

So,hari ni korang bahagia tak??

Monday, November 15, 2010

Jalan-Jalan Ke Pahang

Hari tu aku g Pahang..Ingat tak entry aku pasal kawan aku tunang..Aku pegi rumah dialah..Rumah kawan aku ni dekat Temerloh..Sangat senang nak cari rumah dia..Dia bagi petunjuk pun sangat senang..Tulis banyak-banyak pun bukan korang nak bacakan..Jom layan gambar..

Masuk je tengok ada pelamin..Zaman sekarang punya tunang pun ada pelamin..Zaman aku tunang dulu manader semua ni..

Sebelum rombongan pihak lelaki datang aku bergambar dulu ngan pengantin..Nilah kawan aku..Lawakan dia..

Orang lain sibuk kitorg sibuk bergambar..hehe~

Sebelum balik kitorang bergambar dengan pasangan yang dah bertunang tu..

Bukti aku dah sampai Temerloh,Pahang..

Niat kitorang ingat lepas balik dari rumah member nak pergi cari ikan patin masak lemak tempoyak yang semua orang cakap sedap tu tapi last2 tak jadi sebab memandangkan aku mahu exam keesokan harinya..Maka kempunanlah makan ikan patin..Apa2pun aku ucapkan "Selamat Bertunang pada kawan aku ni"..Kahwin jangan lupa jemput tau..

Friday, November 12, 2010

Penangan Teh Tarik

Assalamualaikum Semua..

Hari ni tiba-tiba tekak aku teringin sangat nak minum teh tarik..Tak tahu kenapa..Sebenarnyakan aku tak suka minum manis-manis tapikan sejak akhir-akhir ni Zamri suka sangat minum teh tarik kat kedai mamak..So,aku pun nak trylah apa sedapnya teh tarik ni..


Rupanya bila aku dah try memang sedaplah..Bila pergi kedai mamak je mesti order teh tarik..Wajib..Tapi tak boleh selalulah..Aku pergi kedai mamak pun 3kali sebulan..Aku memang jaga bab minuman ni sebab tak nak kena kencing manis walaupun keturunan aku x de kena kencing manis..Harus jaga..Zamri pun aku jaga jugak sebab dia ada keturunan kencing manis..

Tapi yang susahnya bila cakap ngan orang dah dewasa nikan..Dia buat tak tahu je bila kita cakap..Nanti bila dah kena baru nak jaga tak boleh ye..Waktu tu aku boleh cakap 'Padan muka' je..

P/S:Bestkan kalau dapat minum teh tarik petang2 begini..Tambah pula cekodok pisang..perrgh..

Thursday, November 11, 2010

Ada Ke Bomoh Yang Tak Menipu?

Assalamualaikum semua..


Tadi aku baca berita so aku jumpa berita pasal bomoh..Satu soalan je aku nak tanya 'Ada ke bomoh yang tak menipu?'

My Review On Dove Syampoo

Assalamualaikum semua..

Ok.Sebelum ni aku ada cerita aku try guna shampoo dove untuk rambut gugurkan..So,hari ni aku nak bagi review untuk shampoo dove ni..Tak tahu kenapa, aku suka sangat ngan syampoo dove ni..Aku tak dibayar ye untuk tulis cam ni..

Sebabnya yang paling utama dah tentulah rambut aku kurang gugur..Nak kata tak de gugur tipu ye..Dalam sehari mesti ada rambut gugur cuma tak banyaklah..Sehelai 2 helai je..Best sangat tau ada perubahan..Sebelum ni tarik je mesti segumpal gugur..Sekarang ni x de dah..Dulu,bila bangun pagi je kat bantal mesti banyak rambut tertinggal..Sekarang ni x de rambut gugur kat bantal dah..

Selain tukan korang yang bestnya rambut jadi lembut sangat..Rambut tu rasa cam buat iklan syampoo plak..Tapikan yang aku perasan kalau tak syampoo rambut selama 2 hari rambut akan gugur banyak gak..Maknanya kena syampoo hari-harilah..Bila aku syampoo hari-hari baru ok..

Gambar x de ye sebab aku bertudung..Dosa nak tunjuk kat orang..Kalau korang tak percaya apa yang aku bagitau ni boleh tanya En.Zamri kita ye..

Lepas ni nak try set dove yang untuk rambut rosak plak..Sesiapa yang ada masalah rambut gugur tu bolehlah guna ye..Mesti korang puas hati..

Wednesday, November 10, 2010

Patutlah Boleh Accident..

Sekarang ni banyak cerita pasal bas accidentkan..Ok..Aku bukan nak cerita pasal bas-bas yang accident tu..Semalam aku on the way balik rumah..Aku lalu highway plus..Aku memang drive di line yang laju sebab aku laju..Semestinyakan..Bawak slow duk line laju mahu kena makikan..

Yang paling aku terkejut bas berada di line laju..Maknanya memang lajulah dia bawak..Paling tak sangka sebab bas tu kepunyaan TUDM..Time corner pun dia laju gak..Aku terfikir agaknya macam manalah bas tak accident..Bas bawak laju lepas tu line laju tu macam bapak dia punya jalan..Bahaya2..

Aku yang bawak laju ni automatik tukar line slow sebab takutlah..Kalau korang tak percaya boleh tengok gambar kat bawah ni..

Gambar ni tak berapa jelas sebab aku amik guna kamera phone je..Lagipun aku tengah drive..Aku rasa driver-driver bas ni tak akan ambil iktibar apa yang pernah berlaku sebab tak berlaku pada diorang..Betul tak??Adik aku selalu naik bas.Setiap kali dia naik baslah aku akan risau tak menentu..

Korang fikirlah sendiri kenapa banyak bas yang accident sekarang ni..Sebenarnya banyak kali aku dah jumpa bas yang bawak laju cuma kali ni je berkesempatan ambil gambar..

Tuesday, November 9, 2010

Cerita Tentang Lelaki Idaman

Hari ni nak cerita pasal lelaki idaman aku..Semua perempuan dalam dunia ni aku rasa mesti ada lelaki idaman yang diidam-idamkan..Termasuklah aku ni..Ni cerita sebelum aku kahwin ye..Lelaki-lelaki ni memang menjadi idaman aku..

Cheng Yi Kin..Aku memang minat dia ni..Selalu tengok cite dia..Tapi abah aku selalu marah..Dia kata nak jadi cina apa tengok cerita cina..Abah aku tak faham sebab tu dia marah..

Andy Lau juga menjadi lelaki idaman aku..Aku suka dia sebab mata dia sepet..Suka lelaki mata sepet..Walaupun umur dia dah tua tapi dia still nampak hensem..

Ni pun lelaki idaman aku juga..Korang tengoklah body dia..Tak tahan aku..Suka sangat ngan dia..Hensem dan body cantik..Suara pun sedaplah..Cukup pakejlah..Kalo yang tak kenal tu nama dia Enrique Iglesias..

Ok.Ni lelaki idaman aku sekarang ni..Walaupun tak hensem macam yang kat atas tu tapi hati dia sangat baik dan dia sangat bersabar dengan kerenah aku yang macam2 ni..Dia sanggup buat apa sahaja untuk aku..Tapikan korang dia ada jugak ciri2 kat atas tu..Mata dia sepet..I love you En.Zamri..

Sumber Gambar:En.Google..

Monday, November 8, 2010

Aku Kembali Lagi..

Assalamualaikum Semua..

Aku kembali berblog setelah aku bertungkus lumus menghadapi exam..Aku kembali ke ofis juga setelah seminggu bercuti..Rindu sangat dengan kawan-kawan ofis..Rindu juga nak berblog..Mr.Nuffnang pun merajuk juga tak bagi aku BE sejak aku tak aktif berblog..Sedih jugalah..Tapi nak buat macam manakan..Busy with my exam..

Tapikan korang best sangat seminggu tak masuk ofis..Sebabnya boleh bangun lambat..Exam pun belah petang..Sangat best..Paling best ialah Zamri pun cuti seminggu..Dia nak habiskan cuti tahun..Secara kebetulan sebenarnya..Aku pun tak tahu dia ambil cuti..Zamri jadi my driver seminggu ni..Hantar & ambil dari tempat exam..Bahagia rasanya hidup ni..

Apapun aku akan lebih rajin update blog lepas ni..Aku cuti semester sekarang ni..tapikan aku rasa cuti tak cuti sama je..Still kena kerja tapi kepala aku ringanlah sikit dari dok fikir pasal assignment segala..Lapang rasanya kepala ni..

Ok.Setakat ni saja buat masa ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...