Thursday, January 20, 2011

Resepi : Fetucini Carbonara

Assalamualaikum semua..

Seperti dijanjikan aku nak share resepi yang aku try guna buku '1 Hari 1 Resepi'..Kali ni aku try resepi fetucini carbonara..Sebenarnya aku suka sangat makan spagethi, pasta dan sewaktu dengannya..Bila dah suka kenalah pandai masakkan..Aku selalu masak spagethi je kali ni nak kelainan sikit..Aku masak memang sedap..Perasan jap tapi aku tak boleh makan sangatlah fetucini carbonara ni..Dah namanya tekak melayukan..Aku kena ubah sikit resepi ni untuk tekak melayulah macam resepi spagethi aku..Itu akan aku buat esperimen nanti..hehe~Aku share dengan korang ye resepinya..

Bahan-bahan:
  • 300 gram fertucini (direbus hingga lembut)
  • 2 sudu makan minyak jagung
  • 300 gram sosej (dipotong kecil)
  • 1 cawan susu segar
  • 10 biji cendawan (dipotong nipis)
  • 1 biji capsicum hijau (dipotong dadu)
  • 1 biji capsicum merah (dipotong dadu)
  • 2 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 125 gram keju cheddar (dipotong kecil)
  • 100 gram keju parmesan (dicincang halus)
  • 30 gram daun parsli (dicincang halus)
  • 1 sudu makan serbuk oregano
  • garam secukup rasa
Cara membuat:
  1. Panaskan minyak jagung, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan sosej, tomato, cendawan dan susu segar. Kacau rata.
  3. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk oregano dan garam. Kacau rata.
  4. Masukkan keju cheddar, capsicum merah dan hijau. Masak hingga pekat.
  5. Tuangkan di atas fertucinni dan taburkan daun parsli dan keju Parmesan.
  6. Hidangkan..
Selamat Mencuba semua..

6 cakap hajar comel:

man yusoef said...

wah sedapnye...favorite tu carbonara...hehe

ijatnuar87 said...

isk,aper nih?cam pelik jek,xpernah makan plak,hehhehe...nak kater sedap,xtau la...sebab tak rasa...jadi kak kena bagi sy rase,baru la tau sedap tak,hehehe

Cempakamelati said...

Makanan ni tak pernah makan..kalau masak pun mesti my hubby tak suka sebab dia kurang suka makanan yang camni. Selera dia tetap makanan melayu. Biasa kalau teringin makanan barat, beli jer untuk makan sendiri.

Siti Hajar Masri said...

man yusoef:
saya masak memg sedap..hehe~mood perasan..

ijatnuar87:
boleh aje..dtg umah ye..hehe~

cempakamelati:
Husband saya pun tak suka..Dia suka saya masak spagethi stail melayu saya masak..

Solihin Zubir said...

kenduri kawen kalau jamu spagethi ok x? heheh..

ijatnuar87 said...

beyeh2...sedap doh waseang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...