Sunday, January 9, 2011

Indah Khabar Dari Rupa

Semalam aku teringin sangat nak makan char kuey tiaw..Area rumah aku ada satu tempat ni sedap tapi dah tutup plak..Majlis kacau so Zamri cadang pergi ke satu kedai kat TTDI Shah Alam..Ramai kata sedap dan pernah juga masuk dalam jalan-jalan cari makan, TV3 tu..Aku pun setuju..Tapi kecewalah..Mungkin ini kali pertama dan kali terakhir aku makan kat situ..Tak seperti yang dikhabarkan oleh orang..Makanan dia tak sesedap yang dikhabarkanlah..

Inilah kedainya..Aimar Corner..Tagline dia rasa macam best jekan..

Untuk anak dara tu aku orderkan satay..Ada juga satay kat situ..Tak sedap juga..Selalunya anak dara tu makan satay memang habis tapi kali ni tak..Mungkin dia rasa tak sedap juga..

Dah pergi sini mestilah makan char kuey tiaw..Aku tak tahu kenapa orang cakap sedap sangat sebabnya bila aku makan semalam memang tak sesedap yang dikhabarkan..Masin pulak tu kuahnya dan udang pun tak fresh..Kopek kulitnya dengan isinya pun tertarik sekali maknanya udang lamalahkan..

Ada jual nasi lemak juga..Nasi lemak ni oklah..

Order jugak otak-otak..Otak-otak salah satu makanan kegemaran aku..Tapi yang ni tak berapa sedap jugalah..Aku pernah rasa yang lebih sedap kat Melaka..Cukup rasa..

Selain char kuey tiaw macam-macam juga ada..Yang lain tu dipanggil Santai Aimar..

Actually anak dara aku yang sulung ni demam..Dia tak ada moodlah..Dia gelak besar bila aku buat lawak kat dia..Lepas tu terus ok..Habis je makan bawak dia pergi klinik..Suhu dia 38.5..Panaskan..Alhamdulillah pagi ni dia dah ok..

Kesimpulannya makanan kat sini tak memuaskan hati akulah..Tak tahulah bila orang lain pergi sedap pulakkan..Agaknya tukang masak sebenar sakit..Waktu aku datang dapat penggantinya..Itu yang tak sedap..Manalah tahukan..Fikir positiflah..Siapa pernah makan kat sini bagilah feedback ye..Manalah tahu lain pendapat dari aku..Tekak orangkan lain-lain..

11 comments:

YUL said...

peh, terliur seh tgok gambar2 makanan kat atas tu.
tak tahan tgok! huhu

selipar buruk said...

hahahaha..kt yg duk TTDI ni pon xpnah g stu..sbbnya???? haaaaa sbbnya ada ustaz cerita, diorg gne 'pelaris'..ustaz 2 boleh nmpak...2 yg xkn ke kedai 2..wlupun rmai org ckp sedap..tp xtringin pn nak cuba..baek g Qaseh..sedap!!!

Solihin Zubir said...

tukang masak dia yg sebenar cuti kot aritu.. ehehhehe...

Siti Hajar Masri said...

Yul:
Kalo tgh lapar..memg terliur..hehe~

Anne:
akak mana tahu..ko kata tak tahu tiba2 tahu plak..

solihin:
agaknya..dapat pengganti plak..memg x sedaplah..

ijatnuar87 said...

wah,sedap nyer char kuey tiaw...tp kena banyak kuah ek....yg biasa makan kering..sedap,hehehhe...

Siti Hajar Masri said...

ijatnuar87:
yg kat atas tu x sedaplah..aku plak suka byk kuah..tu yg aku kata tekak lain2..hehe~

selipar buruk said...

xtahu lak char kuey teow 2 kat aimar..huhu
ble akak akap baru kt taw =P

Mr. BA said...

Indah nya!

AziE said...

Tengok gambar char kuey teow tu pun dah tahu tak sedap. Jom ke area Subang 2. Better rasanya.

zubect said...

nasib baik kak siti bagitaw
len kali takder laa membazir duit makan kat cni

Siti Hajar Masri said...

anne:
ko ni katak dalam tempurung betullah..haha~

Mr.BA:
apa yang indah?

Azie:
nak trylah kak..x puas selagi x dpt yg sedap..

Zubect:
tulah..x yah bazir duit korang g sana..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...