Saturday, January 29, 2011

Resepi : Ayam Masak Lada Hitam

Resepi minggu ni pula ayam masak lada hitam..Mula2 ingat nak buat sup tapi yang tinggal daging ayam sahaja..Tulang tak ada..Apalagi tengoklah buku resepi Kak Liza..Kak Liza pun ada blog tau..Rajin2lah ke blog dia..Tengok semua bahan ada untuk masak lada hitam so aku pun mulakan operasi..hehe~Kat bawah ni aku kongsi resepi siapa nak mencuba..Ikut resepi ni rasa macam kat kedai tau..

Gambar memang nampak tak best tapi rasa sedap tau..Angkat bakul sendirilah ye..

Bahan A
  • 500 gram Ayam
  • 1 batang lobak merah (dipotong kecil)
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan tepung jagung (dibancuh dengan 1/2 cawan air)
  • 2 sudu makan lada hitam (tumbuk tau jangan main masuk je)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • garam secukup rasa
Bahan B (bagi menumis)
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 labu bawang besar
Bahan C (sebagai hiasan)
  • 2 tangkai daun sup
  • 2 tangkai daun bawang
  • 1 biji tomato (dipotong 4) - aku potong 8..
  • 2 biji cili merah (dihiris)
Cara Membuat:
  1. Buangkan kulit ayam, kemudian potong kecil.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga wangi dan layu.
  3. Masukkan ayam dan gorengkan sehingga masak.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung, kicap pekat, sos tiram, lada hitam dan garam.
  5. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
  6. Angkat, hidangkan dan makan...
Ok.Selamat Mencuba..:)

8 comments:

Cempakamelati said...

Sedap tu, masakan yang ada letak lada hitam memang saya suka, yum..yum..

mamaaizara said...

xcantik pn nmpk sedap je..terliur nih..

zubect said...

bestnya
mst cuba ni

ijatnuar87 said...

wah...nampak sedap,tapi kena rasa dlu la,baru tau sedap tak,hehehe

Siti Hajar Masri said...

cempakamelati:
memg sedap..hehe~saya pun suka masakan yang ada lada hitam..

mamaaizara:
bila saya tgk balik sy pun terliur..hehe~

zubect:
harus cuba..senang tau..

ijatnuar87:
sedap..tgk pun sedap tau..

Encik Blogger said...

ayam masak lada hitam satoo

Hajar said...

encik Blogger:
ok..siap..hehe~

umiwafi said...

ehmm..lauk kegemaran ni..mohon share ea resepi ea..tq.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...