Thursday, January 6, 2011

Terlalu Kejar Traffik Sampai Makan Diri

Malam tadi aku tengok berita utama TV3..

Satu berita yang menarik perhatian aku tentang Datuk Seri Rais Yatim yang menafikan tuduhan memperkosa amah..Sebenarnya bukan itu yang aku nak cerita..Aku nak cerita pasal Datuk Seri Rais Yatim yang akan ambil tindakan undang-undang kepada penulis blog yang cerita pasal kes dia memperkosa amah..

Nasihat aku pada blogger janganlah kerana nak kejarkan trafik sanggup keluarkan cerita yang belum tentu sahih lagi dan akhirnya makan diri..Itu boleh dikategorikan sebagai fitnah..Dalam islam pun perbuatan ni sangat salah..Biarlah kita cari trafik dengan cara yang betul..

Biar lambat asalkan selamat..Betul tak?Dalam dunia blogging ni kalau boleh janganlah cerita pasal yang tak sahih lagi nanti jadi fitnak pulak..Dan lagi jangan cerita pasal keaiban orang..Kalau nak luahkan atau nak kutuk orang janganlah mention nama macam selalu aku buat..

Lagi satu kalau nak traffic naik blogwalkinglah..Mesti traffic naiklah..Berdasarkan pengalaman aku kalau nak blog dihargai ko kena hargai blog orang lain..Kisahnya macam ni..Kalau ada orang komen kat blog aku aku akan balas komen tu dan aku akan singgah blog dia dan komen pula..Alhamdulillah dengan cara tu blogger lain akan hargai dan akan letak blog kau dalam bloglist dia..

Sebabnya aku faham tau perasaan kalau komen kita tak ada balas..Sedih pun ada tau..Aku pernah komen kat blog yang memang dah famous tapi sikit pun dia tak balas so aku pun rasa sedihlah..Aku suka komen kat blog otai kita enriqazz dengan kancilbiru..Diorang akan balas dan komen kat entry korang pulak..Suka sangat..

Itu jelah setakat ni..Penat dah aku taip..Sebenarnya dah tak ada idea..hehe~Apapun dalam dunia blogging jangan sesekali putus asa..Dimana ada kemahuan mesti ada rezeki kat situ..

p/s: Aku dah tak dapat BE..Sedih gak tapi aku tak akan putus asa..

17 comments:

Ila said...

betul tu...kdg2 citer tu tak betul tp ditokok tambah...huhuhu

Siti Hajar Masri said...

Ila:
tau x pe..hehe~

far_east said...

yer laa kan kadang2 terpikir gak mana laa dia orang dpt cite nie semua kan...

munna said...

betul tu..klu dah betul terbukti barulah kita boleh postkan citer tu... munna pun suka komen balik mana2 kawan yg pernah dtg dan komen blog munna...

efa nur said...

betul tuu..kerana tgn, badan binasa...hehe kena jge penulisan..hihi

Izan Ishak said...

betul tu, jgn sebab nak trafik mencanak2 sanggup cemarkan belog sendiri dgn caci maki atau brita yg tak pasti benarnya...

*suka balas komen tp selalu je rasa tak sempat...huhu

. i . n . a . z . said...

bab komen tu memang nak sokong sangat sangat. tu yang kadang2 sampai tanak dah masuk belog yang femes2 sebab bila kita komen, diorng tak reply pun.

Pearl Kaz said...

betul2... kalau tak suka mcm mana skali pun dgn org tu, jgn lah sebut nama kot. especially org yg mmg dikenali ramai... kalau boleh, x payah cerita langsung la keburukan org lain.. kalo nak nasihat, dgn cara berhemah... kan? kan? insyaAllah semua org boleh terima dgn baik... :) tp fitnah tu, kalau ikutkan dosa dah mcm bunuh sesama saudara islam sendiri... T_T takutnyeee...

saya_arief said...

betol2..
kalau hal politik2 nih memang xberani nak sentuh.
;D

Boloque said...

betul2..info yg berkesan..salam perkenalan

ijatnuar87 said...

heheheh...btol tu...jgn main taram jek citer..kang xpasal2 masuk ISA...sajer2 rugi blog yg selama ni kiter bina,hehehe...pasal lawatan ke blog yg femes2 tu..dah biasa sgt...smpai dah kalis dah...

Siti Hajar Masri said...

far_east:
tulah..diorang ni advandce betulkan..

munna:
aahkan..bila cerita tu dah sahih brlah siarkan..
sy pun suka balas komen yg dtg komen sini..

efa nur:
memg kena jaga penulisan dalam blogging ni..kalau tak bahaya datang..

Izan Ishak:
boleh cemarkan tp dptlah natijahnyakan..semoga kita tak tergolong dalam org2 mcm tu..

i.n.a.z:
sedihkan bila diorg tak balas..rs mcm kita ni x dihargai je..

pearl kaz:
tau x pe..lg2 org tu ada nama dan pangkatkan..

saya_arief:
jangan buat pasal kalau hal politik..kalau tak puas hati pun simpan dlm hati je..

boloque:
tq awak..salam perkenalan juga..

ijatnuar87:
ISA..haha~takut tul kalo ISA cari..
tp blogger femes tak patut buat mcm tu..kita pun jadi tak syok masuk blog diakan..

PuanBee said...

betui bahaya woo~

nora said...

fighting!

ijatnuar87 said...

tau xper....kang xpasal2 dgn kiter skali dier angkut masuk balai.hehehe

Ezal R said...

sekarang ni macam-macam cara nk menjatuhkan orang n yang paling berkuasa sekarang adalah fitnah.. bahaya tuh.. politik oh politik..

pasal komen, memang sokong statement tu..

Siti Hajar Masri said...

Puan Bee:
memg bahaya..

Nora:
ye..fighting..

Ijatnuar87:
itu yang paling aku takutkan..eeiii..seram je bila dgr perkataan balai..

Ezal R:
betul tu..bahaya sgt kalo berkaitan politik ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...