Saturday, January 29, 2011

Tipah Tertipu

Kuala Lumpur, 28 Jan (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia, (PDRM) berkata dakwaan berlakunya satu kes penculikan kanak-kanak di Puchong dekat sini yang disebarkan melalui internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini adalah palsu.

"PDRM menasihatkan anda semua untuk tidak terus menyebarkan spekulasi dan insiden yang diwar-warkan. Terima kasih," kata PDRM dalam laman sosialnya.
Media cetak dan elektronik dan orang awam di sekitar pusat bandar raya pagi ini gempar dengan dakwaan berlakunya penculikan itu.

SMS yang diedarkan berbunyi, "PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya nmpak (nampak) MYVi Putih No.Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut panjang atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828.
"Suspek telah melarikan seorang bayi berusia setahun yang ada di dalam kereta pemilik kereta menghantar anak ke nursery (nurseri) baru sebentar tadi di area (kawasan) Puchong. Keprihatinan anda amat dihargai ni (ini) berita benar." Sila sebarkan.
-- BERNAMA

Hajar: Tak baik tau siapa yang menyebarkan berita palsu ni..Aku pun tertipu jugak..Ingat tak sebelum ni ada kes sama tapi bila dia sebarkan orang tak percaya..Yang tu betul tapi anak yang ada dalam kereta ditinggalkan kat tepi jalan..Lepas ni kalau ada berita2 macam ni orang tak akan percaya dah..Beria2 aku mendoakan anak tu selamat tau..

Sumber: Blog Cek rasalah..Thanks to Solihin beritahu pasal ni..

7 comments:

Kancilbiru said...

hahaha...dah tau dah..KB dapat gak mesej tu tapi sebab memang rasa kepelikan di situ so abaikan jer.

tak logik la, sebab kat PDRM tak dak berita tu tapi kita semua beria dapat msg tu. sian en rashid tu kalau betoi la tu no dia..ekeke

Siti Hajar Masri said...

KB:
Hampeh jekan siapa yg buat mcm tu..x baik tau..

toyolkiut said...

TK baca kt bnyk blog pasal hal ni smlm..
ingatkan betul..
huhu..
ada jg yg main2 dlm hal camni..

Siti Hajar Masri said...

toyolkiut:
tau x pe..main2 mcm ni..bila ada betul2 mesti ramai x caya..

Solihin Zubir said...

ada gak manusia yg sanggup main2 hal camni kan..
jadi kat anak sindri baru taw.. hish!

takpe.. walaupon ko tertipu, sekurang2nya aku tau ko nie seorg yg prihatin.. wahhh.. heheh..

Kaseh said...

tu laa.. kaseh pun update kat blog.. dorang ni main2 la pasal anak ngan culik2 ni..mengonmg tul..

Hajar said...

solihin:
sabor jelah ngan org ni..x fhm betullah..

aku memg seorang yg prihatin..terlebih prihatin..smpai kena tipu..

kaseh:
memg mengong..x betul diorg ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...