Friday, January 21, 2011

Wanita tunjukkan ciri kewanitaan mudah naik pangkat

RICHMOND, Amerika Syarikat (AS) - Satu kajian yang dilakukan para penyelidik Universiti George Mason di Virginia mendapati wanita yang menunjukkan ciri-ciri kewanitaan mudah dinaikkan pangkat, lapor sebuah akhbar semalam.

Kajian itu melibatkan personaliti 80 orang remaja lelaki dan wanita selepas lapan tahun mereka belajar dalam bidang sarjana pentadbiran perniagaan di universiti tersebut.

Para penyelidik itu mendapati wanita yang lebih bersifat kewanitaan mudah dinaikkan pangkat berbanding wanita yang bersikap agresif.

Menurut kajian itu, pengurus wanita yang mengawal diri mereka dengan baik lebih mudah dinaikkan pangkat.

Kajian itu diterbitkan oleh jurnal British Psychological Society. - Agensi

Sumber: Kawan ofis aku yang email..

Hajar: Kalau tiba-tiba aku jadi wanita sejati mahu pengsan bos aku..haha~

8 comments:

Fadzli Amir said...

Macamana pulak kalu lelaki bersifat kewanitaan..??lagi pengsan le Boss...hehehe

ijatnuar87 said...

hehehe...xkisah la pengsan pom,asalkan naik pangkat..besh tu,hehehe

relevan said...

Lelaki sejati ni.. :)

nora said...

hahahhaa takyah ar klau cmtu, sian bos ko, ari2 masuk opis kena pengsan dulu huhuhuhuhu

Solihin Zubir said...

wanita yg menunjukkan ciri2 penggoda plak cmne? hhehe..

Cempakamelati said...

Apa yang penting, kita jadi diri kita sendiri, tak perlu jadi orang lain.

Elly said...

mmm...konfius..konfius..

Hajar said...

fadzli amir:
kalo cam tu bukan pengsan je..kojol terus..haha~

ijatnuar87:
x mahulah..pelik pulak tiba2 jd wanita sejati..

relevan:
agak2 boleh naik pangkat ke?hehe~

nora:
elok tu..hr2 bos x de kat ofis..haha~

solihin:
itu aku rasa jd ceo terus..haha~

cempakamelati:
betul tu..jd diri sendiri lg best..

elly:
apa yg konfiusnye?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...