Saturday, February 19, 2011

Resepi : Popia Jejari Ketam

Petang tadi aku terlebih rajin..Baru bersenam sikit dah rajin ye..Bagus2..Sebenarnya dah lama nak buat..Tapi tak ada masa..Alasan je cakap jelah kau malas..Hari ni menu untuk minum petang pulak..Sedap sambil minum air teh kurang manis..:)

Bahan-bahan:

Bahan A
  • Kulit popia secukupnya
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
  • 2 sudu makan tepung gandum (dibancuh dengan 3 sudu makan air sebagai gam kulit popia)
Bahan B (Untuk inti)
  • 16 batang jejari ketam
  • 1 batang lobak (disagat kalau rajin potong kecil2)
  • 1 mangkuk sengkuang (disagat ataupun dipotong halus)
  • 1 pokok daun bawang (dipotong halus)
Cara Membuat:
  1. Kulit popia dilerai dan diletakkan di dalam pinggan.
  2. Letakkan isi ketam, lobak merah, sengkuang dan daun bawang diatas kulit popia.
  3. Lipatkan seperti membuat kuih gulung. Gamkan dengan bancuhan air tepung gandum.
  4. Panaskan minyak yang banyak dan gorengkan popia dengan api yang sederhana.
  5. Balikkan popia supaya masak rata.
  6. Apabila nampak kuning keemasan, angkat dan tuskan minyak.
  7. Hidangkan dengan sos cili.
Selamat mencuba semua..

Sumber: 1 Hari 1 Resepi dari Chef Hanieliza

4 comments:

Adzriel AB said...

sedapnya... cicah sos best ni.

mzhany said...

wow, mengancam ;)

Siti Hajar Masri said...

adzriel AB:
memg sedap..lg2 ngah panas..:)

Siti Hajar Masri said...

mzhany:
siapa?saya ke?haha~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...