Wednesday, March 2, 2011

Anda Dah Buat??

Assalamualaikum semua..

Hari ni aku dapat statement dari Lembaga Zakat Selangor..Ye..Aku ada buat pemotongan gaji untuk zakat pendapatan..

Mungkin bagi uols benda gini pun nak cerita ke..Bukan niat aku nak riak aku bayar zakat tetiap bulan..Bukan nak elak income tax pun..Aku tak layak lagi kena income tax..Aku ni gaji bukan besar pun..

Niat aku bayar zakat pendapatan sebab aku ni dah layak membayar dan nak gaji tetiap bulan aku dapat lebih berkat..Amin..

Walaupun sikit tapi oklah dari tak de langsungkan..Untuk bekalan aku juga..:)

Aku nak share firman yang ada didalam statement tersebut..

"Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (daripada berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita."
al-baqarah; ayat 277

Lagi satu firman:

"Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu seratus biji. Dan Allah melipat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas kurnia-Nya lagi Mengetahui."
al-baqarah; ayat 277

Semoga kita semua dilimpahkan keberkatan dari Allah s.w.t..

So, anda dah buat??



7 comments:

uncle aziz said...

bagus!!!.... uncle pon nk... tp... xlayak lagik la..huhu

najwa's said...

bagus. niat tu memang nak buat pun, tapi, asyik tangguh2 je. malas nak ber'prosedur'. :'(

astaghfirullahala'zim..menda baik memang slalu je kita nak tangguh.

SoLy SoLicious said...

bgusnye..
hee~
sy xleh byr zakat lg..
sbb ayh sy byrkan tuk sy..hee

Siti Hajar Masri said...

uncle aziz:
tunggu layak ye..:)

Siti Hajar Masri said...

najwa's:
x susahlah..sy serahkn pd HR..:)

Siti Hajar Masri said...

soly solicious:
zakat fitrah tu dik..ni zakat pendapatan..:)

sesiapa yg dah ada pendapatan layak bayar..:)

AziE said...

alhamdulillah.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...