Monday, March 21, 2011

Ayam Oh Ayam..Kenapa Kau Mahal Sangat??

Assalamualaikum semua..

Semalam aku pergi pasar malam kat area rumah aku..Kononnya nak beli ayam sebab stok ayam kat rumah dah abis..Bila nak beli tu aku tanyalah sekilo berapa sebab Zamri cakap ayam mahal sekarang ni..Aku terkejut sangat bila orang tu cakap sekilo RM8.50..Aku terus cakap makan sendirilah bang..Aku tak kiralah kau nak cakap aku kerek..Tak heran..

Agak-agaklah ye..Aku tak kisah tak makan ayam pun..Last week Zamri beli pun RM7.40 sekilo minggu ni terus naik mendadak..Aku tengok berita semua orang mengadu pasal benda ni..Peniaga pun cakap supplier yang bagi harga tinggi..Dan alasan supplier yang tak boleh terima akal ialah sebab tsunami kat Jepun..Satu soalan aku nak tanya sejak bila Jepun bekalkan ayam kat kita???Halal ke?

Alasan lagi sebab cuti sekolah & kenduri banyak..Tak berkat tau korang cari untung macam tu..Korang menganiaya orang namanya..Ingat senang ke kami nak cari duit semata-mata nak bayar ayam mahal-mahal?Aku mintak kerajaan ambiklah action pasal benda ni..Melampau sangat harga ayam..

Sorry jika entry ni teremo sikit..;p

9 comments:

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

salam ziarah dan folo blog ini..

semua dah mahal kan..ikan lagi la melambung..katanya impak tsumawi huhuhhh

Ila said...

betul tu..peniaga kat malaysia suka ambik kesempatan atas hal2 yang tak sepatutnya...nak kaya cepat

Mommy Fara said...

eh, bukan awak je emo...sy pun emo! saya nie dahlah penggemar ayam, lagi la sedih! =(

cikpia said...

naik nyer lajuuuuuuuuuuuuu jer. turun nya???

Arpiiz said...

huhu, kite dekat umah ni pun dah seminggu tak makan ayam..T_T

zubect said...

alasan tsunami tu mmg xley blah r

alyrds said...

biasa la tu. nak menteri ketuk baru depa turunkn.... ni la mslh peniaga skrg. nak kata penternak ayam sikit...byk kay msia ni.hoho~

Solihin Zubir said...

nak tau knapa ayam naik sbb tsunami?
sbb org takot nak mkn ikan.. kononnya ikan2 kt laut mkn mayat mangsa tsunami..

mcm kes tsunami kt msia dlu..

Cik Moon said...

erkkk semalam g pasar mlm..beli ayam.. mahal giler... nak tak terpaksa gak beli.. sebab tu je satu2nyer org yg jual ayam kat situ..huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...